Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan


AHAD BARU-BARU INI (12 NOVEMBER,2017) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) TELAH MENGANJURKAN ‘PINK WALK’ (KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA). IANYA BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA MASYARKAT TENTANG PENYAKIT KANSER ATAU BARAH PAYUDARA.

Dah lama sangat Sis tak joint aktiviti sihat sebegini, dan terlebih rajin pula hari tu.Hihihi… jam 6.30 pagi  Sis dah sampai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Yang nyata,di celah keheningan pagi, suasana hujung minggu di Shah Alam cukup meriah dengan adanya xtvt sebegini.

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
Meriah dengan warna pink!
Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan ini merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, dapat juga mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Apa yang menariknya sambutan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kali ini bertemakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara dan acara ‘Pink Walk’ telah diadakan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama kaum wanita tentang bahaya penyakit kanser payudara ini. Pada hari itu juga telah diadakan penerangan tentang ‘Breast Cancer Awareness’ untuk memberikan serba sedikit pendedahan mengenai penyakit yang telah membunuh ramai wanita di dunia ini.

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
Y.B. Dr Daroyah Binti Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor turut serta memeriahkan sambutan Shah Alam Hari tanpa Kenderaan.
Kalau korang nak tahu,setiapkali sambutan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan berlangsung, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut. Serius best sangat, macam-macam aktiviti riadah yang boleh kita joint. Antaranya berbasikal, berjalan kaki dan senamrobik.
Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan


Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
Banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang disediakan.
Kalau ada yang nak bawa anak-anak pun boleh sebab ada banyak permainan kanak-kanak yang disediakan. Misalnya ‘chu-chu train’, petting zoo, aktiviti doodles/painting,photo booth,urban picnic, kickboxing on street, gusti lengan, permainan rakyat, ‘street show’ ,permainan rakyat dan fruit eating challenge. Memang tak boringlah…

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Kalau rasa haus atau lapar, jualan makanan di Food Truck pun ada. Pilih jer nak makan apa. Selain itu, ada juga Eco Free Market iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Pink Walk Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Hari tu joint aktviti  ‘Pink Walk’ sejauh 5km. Memang terbakar jugalah kalori yang ada ni dan kejung-kejung kaki jugaklah hahah… Mana taknya sebab dah lama sangat tak beriadah sebegini rupa. Pancit!!! Hahaha...  Apapun, rasa bangga jugaklah sebab berjaya menghabiskan misi 5km tu.

Insya-Allah, untuk sambutan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bulan November nanti, kalau tak ada aral melintang memang Sis nak joint lagi. Korang pun, kalau ada kelapangan tu, mana-mana yang kat Shah Alam ni, moh la kita turun padang sama-sama ya.


 Ok, sekian sahaja catatan Sis kali ini. Sebelum berpisah, Sis belanja satu video Dato' Haji Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, yang sangat sporting dan selalu 'turun padang' bagi memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. 

Ketemu lagi ya.
Lurve,

Sis Anie Mohamed