SELAMA INI
SIS HANYA TAHU KALAU NAK MASUK KE SEMPADAN THAILAND MESTI KENA IKUT PADANG BESAR DI PERLIS, BUKIT KAYU HITAM DI KEDAH ATAUPUN RANTAU PANJANG DI KELANTAN.
TU YANG TERKEJUT BILA KAK LONG BAGI TAHU, BOLEH JER MASUK KE SANA MELALUI
KAMPUNGNYA DI PENGKALAN HULU PERAK.
![]() |
Anak-anak cukup seronok, tapi sorang lagi tak dapat ikut... (si Abang) |
Rupa-rupanya
Pengkalan Hulu juga menjadi salah satu
pintu masuk ke Thailand, jika mahu ke Betong.Dari rumah Kak Long adalah dalam 6
km rasanya.
Bukit
Berapit ini merupakan pintu masuk utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Perak.
Kata Kak Long, kami boleh pergi ke sana seawal 6 pagi dan sebelum jam 7 malam.
Tak dinafikan, Sis memang excited sangat sebab masa zaman muda-muda dulu,
pernahlah Sis ikut emak Sis bershopping di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan
Rantau Panjang.Kalau ingat-ingat balik, time tu emak Sis banyak giler borong
periuk belanga dan selimut toto. Hahhaa hahah…
Deretan gerai yang menjual buah-buahan. |
Sebelum
sampai ke sempadan antara Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan Daerah Betong, kena
tempuh imigeresen. Masa pergi pun dah agak lewat,
passport memang tak bawak.Nak buat border pass pun dah tak sempat. Sis ni memang
teruja sangatlah nak ke Betong. Lebih-lebih lagi Kak Long dan Opah bagi tahu
kat sana tu lagi banyak tempat shopping. Bila dengar tu, kembang kepis hidung
Sis dibuatnya. Hahahahaha…
![]() |
Kompleks Zon Bebas Cukai, tapi Sis tak singgah. |
Kat situ
juga terdapat Kompleks Zon Bebas Cukai yang tak seluas mana. Tapi Sis nampak
bangunan baru sedang dibina dan lebih luas daripada yang asal. Sis tak sempat
singgah di Kompleks Zon Bebas Cukai tu, sebab lebih teruja nak tengok deretan
gerai yang menjual pelbagai jenis produk
dari Thailand tu.
Sis suka pes Tom Yam nya. Wajib beli! |
Memang
rambang mata dibuatnya.Ikutkan macam-macam nak beli.Terbayang di mata, kalaulah
emak Sis turut sama berada di situ, tentu sahaja selimut toto dan periuk
belanga yang disambarnya. Huhuhu..huhuh…
Hahhaaha... ni favourite emak Sis. Kalau mak Sis ikut, mahu diborongnya nihhh! |
Selain
selimut toto dan periuk belanga, banyak juga gerai yang menjual pakaian
termasuklah kelengkapan askar. Buah-buahan dan makanan kering memang mewah. Dua benda ni lah yang menarik minat Sis untuk membeli.
![]() |
Ada macam-macam... sedap belaka! |
Buah-buahan memang mewah... |
Harga-harga barang kat sini... eeheemmm... boleh tahan huhuuhu...huu... |
Anak-anak bujang, yang ni dicarinya dulu! |
Sis tak
banyak mana bershopping, beli apa yang betul-betul perlu sahaja. Chewah! Anak-anak
bujang Sis lebih tertarik untuk membeli air tin dan botol - Coca-Cola dan Fanta. Cap Thailand
tu yang ‘mahal’ katanyaaaaa.
Makanan kering banyak sangat dijual. |
Bab kain baju bagai ni, kalau tak tahan nafsu, boleh 'lebur' duit, nak menyambar jer... Hahhaa... |
Sis borong jugaklah Mi tu, sebab sedap! |
Oklah
disebabkan tempatnya tak seluas mana, poket pun tak berapa penuh, jadi dua jam
waktu yang diperuntukan sudah mencukupi. Hihhiihi… Apapun, kalau ada rezeki
lagi, Sis memang nak pergi lagi.
Kalau boleh nak masuk Betong, nak shopping
sampai lebam! Hahah.. eh, tak adalah.
Sebenarnya Sis nak melawat Terowong Piyamit (Piyamit Tunnels) tu. Tertarik
dengan sejarah lampaunya, salah satu kubu kuat milik pengganas komunis.
Tu lah,
moga-moga Allah berikan Sis dan famili kesempatan untuk berkunjung ke sana,
tapi yang pastinya dengan Kak Long sekeluarga lah. Heheh… insya-Allah.
Dea Marissa jer yang sempat ambil gambar. Tu pun dalam perjalanan pulang dan ternampak Memorial Tragedi Kroh/Betong. Singgah jap, nak baca! |
Oklah,
sekian sahaja catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Tata….
P/S Kalau sudi, baca jugak pengalaman pertama Sis di Kampung Pengkalan Hulu Perak.
P/S Kalau sudi, baca jugak pengalaman pertama Sis di Kampung Pengkalan Hulu Perak.
Lurve,
Sis Anie
Mohamed
0 Comments