Pond’s Age Miracle

KETIKA USIA SEMAKIN BERTAMBAH TERUTAMA BAGI KORANG YANG MENGINJAK UMUR 30 TAHUN, PASTI KORANG AKAN MENYEDARI PERUBAHAN BESAR PADA KULIT MUKA KORANG. ITU BARU, UMUR 30-AN, DAN KALAU DAH MASUK 40 TAHUN KE ATAS, LAGILAH NAMPAK, KAN… KULIT MULA BERKEDUT DAN MENGGELAMBIR SANA SINI! HUU...HUU…HUU…


Pond’s Age Miracle

Tapi untunglah sebab sekarang nie kita berada di zaman yang mana terlalu banyak produk penjagaan kulit, terutama anti penuaan (anti aging) di pasaran. Tinggal pilih sahaja mana yang terbaik dan mampu dimiliki!

Kali nie Sis nak cerita tentang Pond’s Age Miracle yang baharu dengan Retinol-C Kompleks. Ianya bertindak secara berterusan selama 24 jam. Memang sesuailah buat para wanita yang super sibuk! Macam Sis jugaklah hahha..hahaha…

Banyak faktor yang membuat kesan-kesan penuaan jelas kelihatan di muka kita. Pencemaran udara, kebiasaan-kebiasaan kita seperti kurang tidur, jarang bersenam,banyak makan makanan ringan, makanan berminyak dan masin atau pengambilan minum berkarbonat juga boleh juga boleh mempercepatkan lagi kemunculan kedutan di sekitar muka kita.

Lebih-lebih lagi, kalau kita nie jenis yang kurang menitikberatkan soal penjagaan muka. Lagi cepatlah kulit muka kita nampak kering, kusam dan berkedut!


 Pond’s Age Miracle

Bagi korang yang masih mencari-cari produk anti aging yang boleh memperlambatkan proses penuaan dan nak nampak awet muda, try lah Pond’s Age Miracle. Kandungan Retinol-C Kompleks berupaya mencerahkan, menyamarkan kedutan dan mampu meresap masuk ke dalam lapisan epidermis paling dalam kulit untuk mengeluarkan bahan aktif antipenuaan secara berterusan selama 24 jam tanpa henti.

HASIL KAJIAN KLINIKAL/PENGGUNA 
•Kajian klinikal/pengguna terhadap penggunaan Krim Siang Hari selama 12 Minggu menunjukkan kesan berikut:

1.96% peserta bersetuju bahawa produk memberi kesan setanding rawatan kedutan profesional  2.98% peserta mendapati kegebuan yang jelas mengurangkan garis halus dan kedutan  3.100% peserta mendapati kulit menjadi cerah dan sekata, muda dan berseri selepas menggunakan produk

KESAN POSITIF LAIN TERMASUK: 1. Selepas penggunaan  hari pertama: Kulit tampak muda dan lebih berseri-seri.

2. Hari ke-7: Warna kulit menjadi lebih sekata

3. Day ke-14: Garis halus ternyata semakin berkurangan.

Okay, satu perkara yang Sis nak pesan kat korang, kalau nak pakai Pond’s Age Miracle, tak kiralah krim siang ataupun krim malam, pastikan korang bersihkan muka terlebih dahulu sebelum memakainya.

 Pond’s Age Miracle
Dua ni Sis suka sangat! -  Eye Cream dan Intensive Wrinkle Correcting Cream
Dan Sis paling suka Pond’s Age Miracle - Eye Cream dan Intensive Wrinkle Correcting Cream. Maklumlah lebam bawah mata Sis ni boleh tahan jugak.Sis suka pakai krim mata nie sebelum tidur dan sebelum pakai mekap. Setelah dua minggu berlalu, Sis dapati garis-garis halus bawah mata semakin berkurangan dan bawah mata nie juga nampak cerah sikit.

 Pond’s Age Miracle
Kesan lebam atau lingkaran hitam bawah mata serta garis-garis halus nie akan buat wajah kita nampak tua!
Lagi satu perkara Sis nak pesan juga, tak payahlah nak tenyeh-tenyeh kuat-kuat masa pakai krim tu. Memadai, tepuk-tepuk manja jer dengan menggunakan jari telunjuk.  Bukan apa, kulit kawasan mata kita tu sangat sensitif, jadi aplikasikanlah dengan perlahan-lahan tau. Di samping tu, korang kenalah sabar. Jangan ingat, pakai sekali terus hilang kesan lebam atau lingkaran hitam bawah mata tu. Lakukan secara rutin, insya-Allah akan nampak keberkesanannya itu.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Pond’s Age Miracle baharu nie, layari www.ponds.com  atau baca kat SINI




 Pond’s Age Miracle
Lovely hampers daripada Pond's. Thank you, luv it! 

 Pond’s Age Miracle
Sis dah cuba Pond's Age Miracle nie, korang cubalah jugak tau...
Okaylah, sekian dulu. Sama-samalah kita menjadi cantik. Sayangi diri, sayangi juga kulit wajah kita!

Lurve,
Sis Anie Mohamed