ROMANO Eau De Toilette

DAH TRY MINYAK WANGI ROMANO? NI WANGIAN MASKULIN UNTUK LELAKI YANG JUGA TAK KURANG HEBATNYA. BAGI SIS LA KAN, LELAKI YANG BERBAU WANGI NIE MEMPUNYAI KESAN MASKULIN, LEBIH BERKEYAKINAN, ADA STAIL TERSENDIRI, PEMBERSIH DAN ROMANTIK ORANGNYA! HAA..HAA.. HAA...


Lagipun wangian maskulin yang hebat tentunya akan menjadi senjata rahsia buat kaum lelaki untuk menyerlahkan personaliti serta keyakinan diri mereka.Jadi, sebab itulah Wangian ROMANO Eau De Toilette terbaru dengan harga yang berpatutan ini telah dicipta untuk lelaki urban yang ingin menyerlahkan bau lelaki sebenar.

ROMANO Eau De Toilette
Yang mana satu bakal jadi kegemaran korang?


ROMANO EAU DE TOILETTE ini hadir dalam 2 variasi iaitu Force dan Unique sesuai untuk menyerlahkan lagi gaya lelaki kontemporari masa kini.



Romano Eau De Toilette
Jika korang sukakan kebebasan dan cabaran, bolehlah pilih Romano Force ya!

ROMANO EAU DE TOILETTE – FORCE
Wangian segar ini reka khas untuk lelaki moden yang sukakan kebebasan dan cabaran.

Bagi korang yang sukakan aroma bauan hijau yang segar semulajadi, sitrus serta aroma lavender yang dilapisi nuansa laut serta bau maskulin, bolehlah pilih Romano Eau De Toilette – Force.


ROMANO Eau De Toilette
Potensi diri korang akan lebih terserlah dengan haruman Romano Unique

ROMANO EAU DE TOILETTE - UNIQUE
Dicipta untuk lelaki yang sentiasa yakin dengan potensi diri dan mempunyai daya tarikan tersendiri. 

Sis memang suka bau yang nie. Keajaiban terwujud berkat perpaduan aroma lavender, bergamot, kayu sandalwood dan patchouli sehingga menghasilkan bau istimewa yang Sis rasakan cukup menggoda dan cukup memberikan kesan berkarisma kepada si pemakainya.

ROMANO Eau De Toilette
Ok, Sis pilih wangian Romano Unique. Baunya istimewa dan cukup menggoda! 

NAK BELI KAT MANA?

Bagi korang yang nak try ROMANO Eau De Toilette ini, bolehlah beli di semua farmasi dan pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia. Harganya pun berpatutan, mampu milik gitew… RM40.60 sahaja

Oklah sekian dulu cerita Sis tentang perfume lelaki yang kini mula menambat hati Sis.Kebetulan anak bujang Sis sedang mencari-cari haruman yang sesuai dengan karakter dirinya yang agak pendiam, namun mahu nampak lebih berkeyakinan. Ok, Sis pilih Romano Unique untuknya!

Sampai jumpa lagi. Boleh juga baca tentang minyak wangi ini DI SINI

Lurve,
Sis Anie Mohamed