SELAMA INI
SIS HANYA DENGAR MEMBER-MEMBER BERCERITA
TENTANG KEHEBATAN RZ RESTORAN NIE. KATANYA, KALAU DAH SAMPAI KE SEGAMAT, RUGI
BESARLAH KALAU TAK SINGGAH MENJAMU SELERA DI SITU.
Bersungguh-sungguh kami makan tau... |
Jadi,
kebetulan Sis menjadi salah seorang rakan media untuk projek Colour of Lives
Travelouge Malaysia ke bahagian utara Johor, yang mana destinasi pertamanya
adalah menjamu selera di RZ Restoran. So, apalagilah... bagaikan pucuk
dicita,ulam mendatang. Langkah kanan tu!
Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi paling laris! |
RZ Restoran
nie memang cukup terkenal di Segamat dengan variasi lauk pauknya. Tapi yang
paling 'femes' adalah ikan baung, ikan patin dan juga udang galah.
Bagi peminat
ikan baung, korang memang wajib datang ke RZ Restoran nie. Nikmati sendiri
masakan ikan baung, tak kiralah masak tempoyak ataupun masak lemak cili padi.
Rata-rata member kata, memang ada umphh masakannya.Cukup segala rasa dan boleh
ketagih dibuatnya.Tapi, sayangnya Sis tak makan ikan baung dan juga ikan patin.
Jadi, Sis tak boleh nak komen lebih-lebih tentang masakan ikan baung dan patin
ni. (Huhuu... nama jer orang Pahang, tapi tak makan ikan patin).
Dalam
banyak-banyak lauk pauk yang dihidangkan tu, apa yang menambat selera Sis pada
hari tu ialah udang galah masak sambal, telur ikan dan ulam-ulaman. Lagipun Sis
tak pandai nak makan dengan lauk pauk yang terlalu banyak.
Tak dinafikan memang
rambang mata Sis melihat lauk pauknya yang bermacam jenis tu, ikutkan hati
memang nak rasa lauk tu, lauk ni. Tapi bila fikir-fikir balik, ambik
banyak-banyak nanti tak habis membazir pula.
![]() |
Nilah lauk-pauk yang menjadi pilihan Sis. Simple jer... |
Jadi, Sis ambil lauk apa yang Sis
rasa betul-betul nak makan jer.Cuma udang
galah masak sambal tu, nampak jer merah tapi tahap kepedasannya bagi Sis
biasa-biasa sahaja.Tapi, memang sedaplah sambalnya cukup rasa, manis dan
masinnya. Lebih-lebih lagi korang tak suka pedas-pedas sangat.
Encik Razali Mohamad, pemilik RZ Restoran. Peramah dan humble orangnya. Nanti boleh jemput Sis datang makan lagi ye.. :) |
Bercerita
tentang harganya, Sis sempatlah berbual dengan tuan punya restoran nie iaitu
Encik Razali Mohamad.Katanya, udang galah dikirakan harganya mengikut siaz atau
kebesaran udang tersebut. Tapi, semua tu bergantung pada harga pasaran semasa. Kadang-kadang
seekor boleh mencecah sehingga RM45.
Sungguhpun begitu, udang masak sambil ini tetap laris dan menjadi pilihan
ramai.
Harga udang galah nie seekor boleh mencecah sampai RM45 seekor tau! |
Restoran ini turut mendapat sambutan geng motor berkuasa tinggi. Perghh... hebat! |
RZ Restoran
yang sudah teguh menempa nama lebih 14 tahun ini mempunyai dua ruang makan.
Bahagian ruang terbukanya di tingkat bawah, manakala ruang makan tertutup
(dewan) lengkap dengan penghawa dingin di tingkat atas.
Dewan makan tertutup di tingkat atas restoran, serba lengkap dan selesa. |
Biasanya dewan makan
tertutup digunakan jika ada tempahan untuk majlis keraian dan juga makan malam.
Kadar sewa yang dikenakan, sejam adalah RM60.
Wow! Datuk Ramli Sarip pun pernah singgah di RZ Restoran. |
Variasi menu yang enak-enak belaka. |
Bagi yang
teringin nak singgah makan-makan kat sini,make sure korang datang betul-betul
tepat pada waktunya. Bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang dan tutup
setiap hari Selasa.
![]() |
Pelbagai jenis ulam terdapat di sini. Cukup menggoda selera bagi yang suka makan ulam-ulaman. |
Udang Galah masak lemak cili padi. Memang sedap! |
Kalau nak tahu lagi cerita tentang RZ Restoran baca kat SINI
Sekian dulu catatan Sis kali ini. Kalau ada yang nak jemput Sis review restoran, kafe dan sebagainya, jangan lupa roger-roger ya. Emel jer kat myellowheart@gmail.com atau mydeamarissa@gmail.com Mana-mana pun boleh, dua-duanya pun sampai. Insya-Allah, kalau ada kesempatan, boleh sahaja... janji korang ikhlas untuk jemput Sis.
Wokey... Tataaaa....
Udang Galah Masak Sambal nie menggiurkan selera kami :) |
Lurve,
Sis Anie Mohamed.
0 Comments