APABILA
DIBERITAHU MISI PENJELAJAHAN TERSEBUT TURUT MENYENARAIKAN HUTAN LAGENDA GUNUNG
LEDANG SEBAGAI DESTINASI KEDUA YANG AKAN DIKUNJUNGI, PERASAAN SEDIKIT TERUJA.
DAH TERLALU LAMA SIS TAK JOINT AKTIVITI LASAK, MENGUJI MENTAL DAN FIZIKAL.
APATAH LAGI BERPELUANG MENDAKI GUNUNG YANG KAYA DENGAN KISAH LAGENDA, BANYAK
MISTIK DAN JUGA MISTERINYA INI!
Dulu zaman
muda remaja Sis suka juga aktiviti sebegini.Antara pengalaman manis Sis ialah
sewaktu mendaki Gunung Bah Gading, yang terletak di perkampungan orang Asli Pos Gedong, Bidor
Perak. Manisnya mencuit rasa sehingga ke hari ini! Hahhaa…
Okaylah,
lupakan cerita yang dah jauh berlalu tu. Ni Sis nak cerita tentang Hutan
Lagenda Gunung Ledang ni. Cuma, sedikit terkilannya atas sebab-sebab tertentu,
Sis tak dapat joint sesi pendakian tersebut.Sis cuma berpeluang jalan-jalan di
persekitaran Taman Hutan Lagenda, Taman Negera Johor Gunung Ledang yang mana
kawasan tersebut cukup luas.
Taman
Negara Johor Gunung Ledang ini terletak di dalam dearah Sagil dan tidak jauh
dari Pekan Tangkak, Johor.Di sini juga merupakan salah satu pintu masuk untuk
ke puncak Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir tu. Kalau korang
nak tahu, Gunung Ledang dikatakan merupakan salah satu gunung yang paling sukar
untuk didaki dan memiliki ketinggian 1,276 meter bersamaan 4186 kaki dari aras
laut.
Menurut
kata kawan-kawan yang telah mendakinya, momentum tubuh kena kuat. Kena jaga
pernafasan supaya kita tidak cepat penat. Biarpun pada awal pendakian dengan
laluan bertangga, namun lama kelamaan ianya menjadi semakin curam dan ada banyak
batu-batu besar.
Bagi korang
yang mencintai suasana alam semulajadi, serius korang patut sampai ke puncak
Gunung Ledang ini. Suasana damai akan lebih terasa sebaik sahaja korang
mendengar desiran air terjun serta bunyi sang unggas yang cukup mengasyikan
itu.
MENARA PANDANG PUTERI (PUTERI VIEW
TOWER)
Di sebabkan
tak mendaki, Sis cuci-cuci matalah di persekitaran Taman Hutan Lagenda tu. Tapi
sebelum sampai ke sana, Sis sempat juga dibawa melawat ke Menara Pandang Puteri
(Puteri View Tower).
Sis naik separuh sahaja Menara Pandang Puteri ni sebab gayat... hahhaa.... Penakut! |
Menurut apa
yang tertera pada ‘signboard’ tu, menara ini telah dibina oada 30 Oktober 2015,
bertujuan untuk pemerhatian dan kajian avifauna dan hidupan liar yang hidup di
lapisan kanopi atas. Manakala pemberian nama Menara Pandang Puteri ini diambil
sempena simbolik Hikayat Puteri Gunung Ledang. Begitulah ceritanya…
KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI KAKI
GUNUNG
Kita balik
semula pada cerita apa yang ada di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Selain dapat
menikmati keindahan alam semualajadi, kita juga boleh beriadah bersama keluarga sambil mandi manda
di kaki Gunung Ledang. Nak ber BBQ pun boleh.
Rasa damai
dan tenang sangat apabila dikelilingi dengan suasana pelbagai jenis flora dan
fauna serta gemersik deruan air terjun tu. Jangan lupa singgah ke Taman Herba, ada pelbagai jenis herba terdapat di sini.
Kat sini
juga terdapat chalet, dormitri, Gunung Ledang Resort, tapak perkhemahan dan
pelbagai aktiviti menarik yang boleh korang sertai. Tempat ni juga sesuai untuk
aktiviti lasak dan juga kegiatan berkumpulan seperti kem bina semangat, program
motivasi, hari keluarga dan sebagainya. Kemudahannya juga lengkap, ada surau,
tandas,dewan, asrama, pondok dan pelbagai kemudahan lain. Kawasannya pun bersih
dan terjaga.
Kalau
korang nak tahu lebih lanjut, jenguk website TAMAN HUTAN LAGENDA GUNUNG LEDANG,
di samping tu baca jugalah di SINI ya!
Sekian dulu
cerita Sis tentang Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang ini. Kesuntukan masa team Colour of Lives Travelouge Malaysia ,membuatkan tak banyak tempat yang sempat Sis terokai di sini. Insya-Allah ada rezeki
dan kesempatan, memang nak mai sini lagi. Nak merasa menginap di Gunung Ledang
Resort . Wah.. gitew!
Ok, Tataaa…
Lurve,
Sis Anie
Mohamed
0 Comments