Happy New Year 2018

SELAMAT TAHUN BARU KORANG SEMUA. SYUKUR ALHAMDULILLAH…  HARI INI KITA SEMUA MASIH DIBERIKAN-NYA KESEMPATAN UNTUK MENIKMATI LEMBARAN BARU DALAM KEHIDUPAN. SEMOGA 2018 INI MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK, LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA. INSYA-ALLAH.


Mengenang 2017, sudah pasti setiap daripada kita tentu punya pelbagai kisah dan juga dugaan. Ada yang manis tak terkata, ada juga yang pahit mencengkam rasa! Namun, semua itu tidak perlu kita ungkit kembali. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pengalaman dan juga pengajaran dalam hidup untuk kita melangkah dengan lebih baik lagi.

Happy New Year 2018
Bahagia tetap sederhana...
Kalau tanya Sis, apa yang akan Sis buat untuk menjalani kehidupan di tahun 2018 supaya terasa lebih ‘cool’? Hurmm… Life is beautiful, so tak payahlah kita nak serius sangatkan. Memanglah life is difficult, tapi tak bermakna kita tak boleh bahagia dalam kehidupan kita.


Happy New Year 2018
Bila kita relaks, kita akan jadi lebih kuat untuk mengharungi tiap dugaan yang datang! Biarpun kita rasa tak punya sesiapa, tetapi yakinlah Tuhan sentiasa ada bersama kita!
Take it easy! Sebab apa, orang yang lebih relaks biasanya lebih kuat, lebih mampu mengharungi segala penderitaan dalam hidupnya. Dalam apa juga keadaan, sekalipun diuji dengan situasi yang sukar, sebenarnya kita tetap boleh memilih untuk bahagia. Kita masih boleh untuk tetap tersenyum dan ketawa.

Happy New Year 2018
My happiness depends on myself! So, kita cerahkan dunia dengan senyuman dan tawa!

Kalau Sis, semakin banyak Sis  senyum dan ketawa, semakin tinggi daya ketahanan Sis terhadap tekanan ataupun stress. My happiness depends on myself! Wahhh… gitew!!Lagi satu, mungkin di saat kita happy, kita akan menjadi lebih mudah untuk memaafkan, memberi dan sentiasa berfikiran positif!



Happy New Year 2018



UNTUK TAHUN 2018 JUGA, JOM KITA SAMA-SAMA BE POSITIVE!

  • Kita belajar memandang setiap masalah yang datang tu sebagai satu cabaran dalam hidup.


  • Sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat, kritikan dan idea juga orang lain.


  •  Memandang masalah dengan lebih relasitik.


  •  Tidak terbenam dan lemas pada satu masalah sahaja! Hehehee….


  •   Melihat setiap yang dilalui dengan lebih optimis.


  •  Cepat-cepat bertindak atau berusaha, bukan dengan hanya pandai mencari pelbagai macam alasan.


  • Bersyukur dengan apa yang kita miliki.
·     

  • Menikmati hidup apa adanya tanpa perlu membandingkan kenikmatan hidup orang lain!


Sekian sahaja catatan Sis di tahun baru ini. Sampai ketemu lagi dan jangan ragu-ragu untuk berubah menjadi lebih baik biar siapa pun diri kita sebelum ini!



Lurve,

Sis Anie Mohamed