Ikan Bakar Jalan Bellamy

Korang suka makan ikan bakar? Pernah menikmati ikan bakar di Jalan Bellamy, Istana Negara?

Sebenarnya gerai-gerai ikan bakar Bellamy tu banyak sekali mengamit kenangan lama. Dulu, lokasi itulah yang kerap sis kunjungi bersama teman-teman untuk menikmati makan tengahari. 


ikan bakar jalan bellamy


Teringat sewaktu bekerja di Kumpulan Media Karangkraf yang pada waktu itu beroperasi di Taman Tun Dr.Ismail. Kebetulan pada waktu itu Sis bernaung sebagai wartawan di Majalah Remaja, dan Editornya pada masa itu adalah Kak Sharah Ibrahim. Dialah yang telah memperkenalkan Sis kepada port makan ini.Selalunya, dia yang belanja.Hehehe...heheheh....

Tak pun, anak-anak buahnya yang naik gaji, bersiap sedialah kena 'open table'. Ya! Allah, manisnya memori pada masa itu.Bahkan setiapkali Sis datang menjamu selera di sini, memori bersama Kak Sharah dan team Remaja lalu akan kembali menerjah fikiran.

Paling tak boleh Sis lupa, kalau kita orang makan kat sini. Memang kecoh sikit, terutama bab berebut nak dapatkan meja.Lagipun gerainya bukan banyak, ada 4 jer kalau tak silap Sis.

Satu lagi, pasal keadaan yang sesak dan panas. Memang berpeluh ketiaklah kalau duduk di tempat yang jauh daripada kipas. Dah tu bila masuk jer kereta masing-masing cium baju sendiri. Ada bau asap, tak? Hahahhaa…Apa lagi, lepas tu memasing semburlah minyak wangi gitew untuk hilangkan bau yang melekat kat baju!!!

Ikan Bakar Jalan Bellamy
Kedai Kak Jat tu cukup popular


LAMA 'GILER' TAK DATANG!
Kalau nak ikutkan dah lama jugaklah Sis tak makan-makan Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara ni. Maklumlah sejak duduk Shah Alam, terasa jauh pula nak melencong ke sana. Lagipun kat Shah Alam nie terlalu mewah dengan port-port makan yang sedap. Untung tau siapa duduk Shah Alam ataupun jadi warga Shah Alam… #weloveshahalam Hahaha..hahaha…


Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara nie memang dah ‘femes’ sejak dahulu lagi. Sekarang ni masih ‘femes’ jugak. Ramai jer orang datang, kalau tengahari tu. Tetap juga susah nak cari tempat duduk. Cuma, kalau ikut pemerhatian Sis, dulu lagi azab kot! Dah lah susah nak cari parking. La ni,parking dah senang sikit….

Kalau ada yang tanya macam mana nak ke Ikan Bakar Jalan Bellamy Istana Negara ni? Susah sikit Sis nak jawab, sebab jalannya agak susah sikit nak explain. Sis pun ‘meranjau’ kalau nak datang ke situ… hahhaa… sebab jalannya macam tersorok ke dalam sikit. Jadi senang cakap, kalau korang nak datang sini silalah pakai Google Map ataupun Waze ya. Insya-Allah, sampai punya…


Ikan Bakar Jalan Bellamy

APA MENU YANG ‘MELETOP’?
Namapun ikan bakar kan… dah tentulah ada macam-macam jenis ikannya. Tapi yang paling, meletop ikan terubuk dan ikan pari. Lain-lain ikan yang ada antaranya, ikan keli, ikan kembung dan cencaru (ada jugak yang panggil ikan jaket).

Sis, paling suka ikan terubuk bakar. Memang kena sabar sangat kalau nak makan ikan ni, tulang bersirat sana sini. Kalau tak hati-hati, boleh tercekik! Hahaha… so, bukan semua orang yang pandai atau suka makan ikan terubuk ni.

Walaupun sedikit terseksa untuk menapis tulangnya, tapi rasanya fullamak, cukup enak. Lebih-lebih lagi kalau dicicah dengan sambal kicap atau air asam. Tu yang buat Sis gigih kalau makan ikan terubuk ni.

Selain itu, ada jugak sotong bakar. Ni pun salah satu menu favourite Sis. Terliur wey… terus teringat balik saat-saat menikmati makan tengahari di situ.


Ikan Bakar Jalan Bellamy

MACAM MANA PULA DENGAN HARGANYA?
Zaman sekarang nie tak ada benda yang murah, termasuklah bab makan-makan nie. Kalau dah namanya makan luar, paham-paham sahajalah. Kena pulak, yang beranak pinak. Kalau setakat, dalam poket ada RM10, lupakan sahaja. Huhuhu….

Kalau rasa nak selamat, ambiklah saiz ikan atau sotong yang biasa-biasa sahaja. Bukan yang besar-besar, sebab lagi besar saiz lagilah mahal harga yang perlu kita bayar. Tapi, kalau ada rezeki lebih dan rasa tak kisah dengan harganya, apa ada hal kan!

Apapun, Sis suka jugaklah makan kat sini walaupun keenakan rasa sambal kicapnya tu dah tak macam dulu lagi. Tu pendapat Sis la. Insya-Allah, kalau ada kesempatan nak datang lagi. Nak makan lagi sotong bakarnya yang sedap tu! Hahahahha…


Ikan Bakar Jalan Bellamy
Yummy wehhhh.... Sotong bakar!

Sekian dululah cerita Sis kali ini. Sampai ketemu lagi ya dan yang tak pernah datang makan ikan bakar Jalan Bellamy, sila-sila lah ya. Berbaloi!! 

Ikan Bakar Jalan Bellamy
Ni jer gambar makan reramai yang ada... Asyik makan tak sempat nak bergambo! 
Huhu..huhu...


Lurve,
Sis Anie Mohamed