Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Hujung minggu kalau ada yang tak tahu nak bawa anak-anak jalan ke mana, bolehlah datang ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Ia adalah salah satu destinasi yang Sis suka kunjungi kalau balik ke kampung halaman emak Sis di Lanchang, Pahang. Lagipun Sis suka tengok gelagat Dea Marissa, anak Sis yang bongsu tu. 

Konon-konon takut gajah, tapi kalau tak pegang tangannya habis satu kawasan tu diterjahnya. ‘Mengah’ nak mengejarnya sebab tempat ni luas. Bagi yang sudah berkeluarga, ada anak-anak, pasti syok!


Dea Marissa ketakutan... heheh ... hehe...
Kalau korang nak tahu, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini menempatkan beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pusat ini juga turut memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka. Bagi memastikan ianya terus hidup, maka anak-anak gajah ini dibawa ke pusat ini untuk dirawat dan dipelihara.
Sentiasa ada jer pengunjung yang datang... time ni sesi memberi gajah makan
TAK KENAL MAKA TAK CINTA!
Bagi Sis, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah adalah lokasi yang cukup menarik dan korang boleh letak dalam senarai, salah satu destinasi percutian bersama keluarga.Tak kenal, maka tak cinta! Walaupun mungkin ada yang beranggapan, eh… tengok gajah jer kot! Apalah yang seronoknya…?

Issh… adalah! Kita boleh tambah ilmu pengetahuan dan pengalaman bersama ahli keluarga.Minda kita pun akan jadi lebih terbuka. Secara tak langsung kita dapat membantu anak-anak kita untuk berfikir di luar kotak!








Kat situ, ianya bukan sahaja dapat memberikan kita pendedahan yang luas tentang kehidupan gajah. Apa yang buat Sis dan keluarga suka datang ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, selain dekat dengan kampung halaman Sis (he… he… hee…) tempat ni turut menggabungkan pemandangan alam semulajadi.

Kat sini juga ada taman herba tau.. 
Sis memang suka dengan suasana yang dikelilingi tumbuhan hijau.Rasa nyaman, tenang dan damai. Tu sebablah Sis suka balik kampung. Sikit-sikit, hujung minggu kalau tak ada kerja nak balik kampung. Tak balik merajuk… nangis! Hahhahaa….

Dea Marissa memang enjoy bila balik kampung walaupun habis kena 'lutu' dengan nyamuk!

MACAM MANA NAK PERGI?
Kalau korang dah biasa melalui Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Lumpur-Kuantan Highway), tentu tak ada masalah. Nanti bila nampak signboard Lanchang, exit la ke Lanchang.

Perjalanan seterusnya adalah dalam 20 minit untuk sampai ke Elephant Sanctuary- Kuala Gandah. Senang nak cari sebab ada signboard. Tapi kalau rasa susah sangat, pakai aplikasi Google Map atau Waze ok. Confirm sampai! 

Cuma Sis nak pesan sikit, kalau bawak kereta atau motorsikal tu janganlah laju-laju sangat. Biasalah kawasan kampung, jalan rayanya sempit dan tak berapa molek sangat.Kadang-kadang orang-orang kampung koi yang bawak motorsikal ni pun boleh tahan jugak memecutnya! Haaahaha… kampung dema sendiri lah katakan!!
Apa-apa sila daftar dulu ya.. 
SO, APA NAK BUAT BILA SAMPAI DI SANA?
Bila dah sampai, jangan terpinga-pinga pula tau. Sebaiknya terus ke lobi utama untuk mendaftar dan dan menandatangani surat pelepasan tanggung jawab bagi mendapatkan tiket masuk.

Memang tiada bayaran yang dikenakan.Tapi kita dialu-alukan untuk memberikan sumbangan peribadi seikhlas hati bagi kemajuan tempat ini. Terpulanglah pada kita sendiri, sama ada hendak memberi ataupun tidak.
Lagi satu, nak pesan jika kita pergi beramai-ramai, boleh sahaja untuk menghantar seorang wakil dengan senarai penuh nama-nama ahli keluarga yang lain. Tak payahlah menderu semua sekali ke tempat pendaftaran tu. Huhuu…huu…Selepas mendaftar tu, kita akan diberikan sticker atau pelekat. Tampal lah kat lengan baju kita.
Takut!! Takut elephant nya... Kata Dea Marissa..Huhhu.. 

WAKTU BEROPERASI:
Sebenarnya bukanlah banyak sangat aktiviti yang boleh kita lakukan di sini. Kalau sampai sebelah petang pun ok, lepas Zohor. 
Cuma kalau nak tengok Tayangan Video – sejarah dan dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar tu kenalah datang awal sikit (sebelum jam 1.30 petang).
Pusat ini juga dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.



ANTARA AKTIVITI MENARIK :

* TONTON VIDEO RINGKAS PROGRAM PEMINDAHAN GAJAH

Kalau nak tambah pengetahuan atau maklumat tentang kehidupan gajah, bagaimana gajah diselamatkan dari kawasan bahaya ke habitat baru yang lebih selamat. Korang bolehlah tengok tayangan video (sekitar 30 minit) yang dibuat di auditorium khas.




* BERI MAKAN GAJAH
Kita berpeluang bergambar dan memberi makanan kepada gajah sewaktu ‘lunch hour’ nya. Tapi bukan kita suka-suka boleh bagi makan macam tu jer ya. Makanan yang tersedia ataupun terjual di sana sahaja boleh kita bagi gajah makan demi menjaga tahap kesihatan gajah.






* TENGOK PERTUNJUKAN GAJAH
Bolehlah kita ramai-ramai tengok gelagat dan aksi gajah dewasa bersama penjaganya.Di samping itu diselitkan juga penerangan mengenai gajah dan sejarahnya.

Selain itu juga, korang berpeluang berpeluang memberi bergambar, memberi makan dan menyentuh gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan yang bertugas.
Acara mandi-manda... gajah bersama penjaganya


* MANDI BERSAMA GAJAH
Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai pengunjung.Jika enggan turut serta dalam aktiviti mandi bersama anak-anak gajah, boleh sahaja tengok gajah-gajah ini mandi bersama penjaga mereka di situ.

Tapi kalau hari hujan lebat atau keadaan paras airnya tidak sesuai, aktiviti mandi bersama anak-anak gajah untuk para pengunjung dibatalkan.

Kalau korang nak joint aktiviti ini korang diwajibkan menggunkan perkhidmatan pemandu pelancong. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak-kanak). Terhad kepada 100 orang sahaja dan kita perlu daftar awal ya. Biasanya 4 orang saaja untuk memandikan seekor anak gajah dalam tempoh lebih kurang dua minit.





Sis nak bagi tahu juga, kat sini tidak menyediakan aktiviti tunggangan gajah hiburan.Baguslah kan… kita kena lebih peduli dan ada rasa kasih sayang terhadap haiwan-haiwan ini.

Jangan nak fikir seronok nak tengok atau seronok dapat menunggangnya sahaja. Fikirkan juga hak kebebasan gajah serta kesihatan fizikal dan mentalnya apabila dikerah untuk mengangkut orang sepanjang hari dengan bebanan yang berat! Kasihan kan… 

Okaylah dan banyak sangat Sis bercerita ni. Kalau korang ada kelapangan, datanglah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan atau Elephant Sanctuary- Kuala Gandah ini. Selamat meneroka keunikan tempat ini.




Sebagai anak jati Pahang, sudah tentulah Sis rasa bangga dengan keunikan dan keistimewaan yang ada di negeri Pahang. Khazanah sejarah, khususnya di Lanchang, Pahang ini terlalu sentimental, menyimpan banyak cerita dalam hidup salasiah keluarga Sis. 

Sampai jumpa lagi. Jaga diri dan sayang selalu.

P/S: Aduhai… rindu nak balik kampung.Rindu mak!

Lurve,
Sis Anie Mohamed.