MINUM MILO
PADA SETIAP PAGI SUDAH MENJADI KEBIASAAN PADA SIS DAN KELUARGA. SEOLAH-OLAH BELUM
LENGKAP RASANYA KALAU TAK HIDANGKAN DENGAN SEGELAS MILO, KHUSUSNYA PADA SETIAP
PAGI SEBELUM ANAK-ANAK KE SEKOLAH.
Sis yakin, bukan Sis sahaja yang menyedari kepentingan bersarapan pagi buat anak-anak
sebelum ke sekolah. Begitu banyak manfaat atau kebaikan apabila kita bersarapan
pagi. Bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi juga buat orang dewasa dan warga
tua.
![]() |
Minum berkhasiat yang menjadi kegemaran Sis sekeluarga dulu, kini dan selamanya! |
Pengambilan sarapan pagi dapat menghindarkan kita dari pelbagai macam
penyakit yang berisiko tinggi.Menyedari
kepentingan itulah,pada setiap tahun MILO® Malaysia akan mengunjungi
sekolah-sekolah di seluruh negara dengan van-van MILO® yang ikonik untuk merangsang
permulaan tahun persekolahan yang baru, dan untuk memupuk tabiat mengambil
sarapan pagi di kalangan rakyat Malaysia.
Kalau
korang nak tahu, pada tahun ini, MILO® Malaysia meraikan hari pertama
persekolahan di 35 sekolah di seluruh negara. Wahh, cukup meriah, kan… Lawatan
tahunan ke sekolah pada tahun ini juga adalah sebahagian dari inisiatif yang
lebih besar bagi MILO® Malaysia untuk membantu ibubapa memahami yang ianya amat
penting untuk membekalkan anak-anak mereka dengan sarapan pagi yang berkhasiat
dan seimbang untuk memastikan mereka mendapat tenaga bagi menghadapi hari
tersebut.
Tahun 2017
yang lepas, MILO® Malaysia telah buat
satu eksperimen sosial yang dinamakan “Mama Kembali Ke Sekolah”. Ianya melibatkan
empat orang ibu yang mengambil tempat anak mereka di sekolah dan terpaksa
menempuhi jadual ketat yang mereka sendiri aturkan untuk anak mereka.
Menurut
kata Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Malaysia
dan Singapura, Nestle Malaysia,tujuan eksperimen tersebut adalah untuk membantu
ibubapa menyedari situasi sebenar aktiviti-aktiviti harian anak-anak mereka.
Jadual
harian seseorang kanak-kanak itu adalah lebih sukar daripada yang kita jangka dengan
kata-kata. “Bayangkan seorang murid darjah satu yang baru pergi ke sekolah
tanpa sarapan pagi. Kanak-kanak ini, tidak seperti ketika hari-hari
pra-persekolahannya, akan bangun diantara jam 5 dan 6 pagi dan mengikuti jadual
tetap termasuk waktu makan. Dia diwajibkan mengikuti pelajaran secara aktif di
dalam bilik darjah dengan perut kosong. Dan waktu rehat adalah pada pukul 10am,
iaitu empat jam semenjak mereka bangun pagi,” tambah beliau lagi.
Untuk
memahami dengan sebenarnya bagaimana jadual harian seorang kanak-kanak, mencabar
tak mencabarnya rutin harian mereka, jom tengok video eksperimen sosial. MILO®
Malaysia turut menggalakkan ibubapa menyaksikan video “Mama Kembali Ke Sekolah”
di www.milo.com.my
Sis pun
tumpang bangga sebab teman blogger Sis, Kolin Zainal turut terlibat dalam video
tersebut. Sikit sebanyak pengalaman yang dilaluinya itu turut menyedarkan Sis
betapa pentingnya kita mendengar ‘suara hati’ anak-anak kita yang mengadu
kepenatan setiapkali pulang dari sekolah.
Okay, jumpa
lagi di catatan yang akan datang. Sebelum tu, kalau sudi FOLLOW lah Sis ya. Bukan apa, semua tu mampu memberikan aura
positif untuk Sis jadi lebih bersemangat dan rancak menulis... berkongsi cerita dengan
korang semua. :))
Jaga diri, sayang selalu dan jangan lupa minum milo untuk sarapan pagi!
Lurve,
Sis Anie
Mohamed
2 Comments
follow blog sis :) kalau sha minum milo poagi pagi nanti sakit perut haha
ReplyDeleteDah follow tau... :)) Ooo macam tu ek... ada setengah orang memang tak tahan pepagi minum tu hahhaha... mau berlari ke toilet jer huhu
Delete