“LUAS GILER!” ITULAH AYAT PERTAMA YANG TERPACUL DI MULUT SIS SEBAIK SAHAJA SAMPAI DI LADANG REMPAH RATUS DAN HERBA ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN LADANG HERBA NASUHA YANG TERLETAK DI KM 19, JALAN MUAR-PAGOH, MUAR, JOHOR.
Sis tahu ni pokok asam gelugur, sebab kat kampung halaman Sis ada pokok ni :)) |
Masa yang ada tak sampai 2 jam itu, tidak memungkinkan Sis untuk menjelajah seluruh kawasan seluas 3,200 ekar ini. Kalau korang nak tahu, ia adalah ladang herba dan rempah ratus yang terbesar di Asia.Jadi, sebab itulah Sis teruja sangat.
Apatah lagi, apabila melihat banyak tumbuhan yang unik yang selama ini Sis tak pernah tengok dan tahu khasiatnya.

Buah asam gelugur (Garnicia) dan buah Gora |

Ladang yang berkonsepkan pelancongan berasaskan pertanian (agro-tourism) ini mampu mengeluarkan 6 hingga 10 tan metrik bahan mentah pada setiap hari.
Apa yang lebih mengagumkan, tanaman herba ini juga berasaskan sistem organik yang tiada menggunakan sebarang racun dan baja kimia berbahaya.
Kedatangan Sis bersama team Colours of Lives Travelogue Malaysia yang dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia ini dijamu ‘welcome drink’ – 7 minuman teh herba yang bagus untuk kesihatan.
![]() |
Setiap teh yang dihidang mempunyai kebaikan dan khasiat tersendiri. |
Dalam waktu yang sama kami turut diberikan penerangan tentang herba dan rempah ratus herba yang terdapat di ladang tersebut.

Berdekatan Restoran Herba Nasuha, terdapat Muzium Herba Nasuha seluas tujuh hektar. Kat situ macam-macam kita boleh kenal pelbagai spesies herba dan rempah ratus. Manakala di belakang Restoran Herba tu pula kita terletak Pondok Sauna. Kalau ada yang nak mandi sauna, untuk sampai ke sana kenalah mendaki anak tangga sikit.


Berdekatan Restoran Herba Nasuha, terdapat Muzium Herba Nasuha seluas tujuh hektar. Kat situ macam-macam kita boleh kenal pelbagai spesies herba dan rempah ratus. Manakala di belakang Restoran Herba tu pula kita terletak Pondok Sauna. Kalau ada yang nak mandi sauna, untuk sampai ke sana kenalah mendaki anak tangga sikit.

![]() |
Suasana di bilik spa yang cukup menyegarkan. |
Pondok sauna terletak di atas bukit, belakang Restoran Herba |
![]() |
Log cabin, tersergam indah di puncak bukit ladang Nasuha |
Keselesaan pengunjung sentiasa di utamakan |

Jangan risau tentang tempat tinggal, sebab kat sini turut disediakan log cabin dan juga chalet di puncak bukit ladang tersebut. Pihak mereka memang mengalu-alukan kedatangan syarikat kerajaan atau swasta, pelajar sekolah dan universiti datang secara berkumpulan.
Ini adalah kerana pelbagai kemudahan turut disediakan bagi aktiviti hari keluarga ataupun program-program motivasi.Terdapat beberapa pakej dengan harga yang berpatutan sebagai daya tarikan di ladang tersebut.

![]() |
Ahaaa... Rempah Ratus Mak Siti dari Nasuha rupanya! |
Kalau ada kesempatan memang Sis nak datang ke sini lagi. Lagi satu Sis nak cakap, rupa-rupanya rempah ratus Mak Siti yang selama ini Sis masak tu keluaran sini. Baru tahu!
Hahaha.. hahah…Kat sini juga kita boleh beli macam-macam produk herba dan rempah ratus keluaran Nasuha serta Budayatama Corporation Sdn Bhd (anak syarikat Nasuha)
Bersama Puan Noraini Aizah, Pegawai Pemasaran Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd |
Ok lah, sekian dulu catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Jaga diri dan senyum selalu.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments