expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 2 January 2018

REVIEW: SYOK JUGA RUPANYA MENGINAP DI HOMESTAY SAGIL, MUAR.LAYANANNYA CUKUP MESRA!



Homestay Sagil

TIDAK PERNAH MEMBAYANGKAN AKAN TINGGAL BERSAMA KELUARGA TUAN RUMAH YANG DIPILIH! BIARPUN HANYA SEMALAMAN, NAMUN PENGALAMAN INI CUKUP BERERTI KERANA INILAH KONSEP  HOMESTAY ATAU INAP DESA YANG SEBENAR, YANG MANA TELAH DIPERKENALKAN OLEH KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN MALAYSIA.


Homestay Sagil
Kedatangan kami disambut meriah dan penuh mesra dengan paluan kompang daripada Persatuan Wanita Sagil Parit 3 (Kompang Kome Oii)
Rasa bertuah sangat apabila Misi Penjelajahan Sis bersama Colour Colours of Lives Travelogue Malaysia – Johor (Utara) yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia ini turut mengadakan slot bermalam di homestay sebegini.

Kemas dan bersih, selesaan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan Homestay Sagil.

Biarpun dekorasinya serba ringkas, namun tetap menjanjikan keselesaan.

Homestay Sagil
Layanan baik dan penuh kemesraan, Ayah dan Mama, tak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.
Homestay Sagil
Menikmati makan malam yang cukup enak.Terima kasih Mama sebab masak sedap! Hehhee...
Secara tak langsung Sis dapat juga mempelajari cara hidup seharian keluarga angkat Sis iaitu En. Ahmad Mahir (ayah) dan Puan Noriah (mama). Layanan mesra ayah dan mama (panggilan mesra untuk keluarga angkat tersebut) membuatkan Sis sendiri berasa selesa dan tidak janggal untuk bermalam di rumah tersebut.

Homestay Sagil
Homestay Sagil turut menyediakan aktiviti santai seperti menjala, memancing dan menangguk ikan.

Di samping itu Sis dan kawan-kawan juga berpeluang mengenali kebudayaan masyarakat di Homestay Sagil Parit 3 itu sendiri serta aktiviti harian mereka.


Homestay Sagil
Satu pengalaman baru bagi yang tidak biasa dengan aktiviti sebegini.

Kemplingan - persembahan kesenian masyarakat Jawa di negeri Johor

Pengalaman yang terlalu berharga walaupun masa yang ada terlalu terhad. Namun, dapat juga Sis merasai keunikan budaya dan adat di sini. Sempat juga menyaksikan persembahan kesenian masyarakat Jawa di negeri Johor iaitu kemplingan.

Kalau perkara-perkara yang Sis tak pernah tahu atau lihat, memang teruja sangat! Hahha...

First time tengok, memang Sis teruja. Sebelum nie, kalau kesenian Johor, Sis ingat Zapin jer. Ya lah Zapin kan lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.

Menurut kata ayah, muzik kemplingan ini selalunya dimainkan pada sebelah malam, khususnya majlis keraian seperti cukur jambul, majlis berkhatan dan di malis perkahwinan (rewang).

Homestay Sagil
Muzik Kemplingan ini cukup unik dan perlu diterapkan kepada golongan muda supaya ia tidak lenyap dan kekal sebagai warisan seni turun temurun.

Kombinasi peralatan muzik kemplingan seperti gendang, kempling dan kempol mampu menghasilkan alunan muzik yang lunak apabila diiringi dengan nazam yang diambil daripada Kitab Berzanji. Setiap alat muzik ini juga mempunyai fungsinya yang tertentu.

Memang baguslah kalau kesenian warisan masyarakat Jawa yang unik ini turut dimartabatkan dan diperkembangkan supaya ia terus dikenali ramai, terutama di seluruh tanahair.
Selepas menyaksikan persembahan kemplingan tersebut, kami pun bersurai dan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Homestay Sagil
Semoga kita bertemu lagi  ya Mama dan Ayah
Keesokan paginya selepas menikmati sarapan pagi, kami pun memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Apa yang pasti, segala kenangan sewaktu tinggal bersama ayah dan mama tetap menjadi salah satu kenangan manis dalam hidup Sis. Mudah-mudahan suatu saat nanti, kami dipertemukan lagi. Tak kisahlah di Shah Alam, mahupun di Muar! Hahhaa... Insya-Allah.

Okay, setakat ini sahaja cerita Sis kali ini. Jaga diri dan senyum selalu. Semoga kita juga sama-sama bersemangat untuk menempuh liku-liku perjalanan di tahun 2018 ini.



Lurve,
Sis Anie Mohamed