Happy Birthday 123mamanet

PEJAM CELIK PEJAM CELIK, RUPANYA HARI INI SUDAH DUA TAHUN SIS BERSAMA PARTNER, LIZA ALI MENGUSAHAKAN  PORTAL ONLINE 123mamanet.com    PATUTLAH RASA TERUJA SEMACAM, SAMPAI DEMAM-DEMAMLAH DIBUATNYA!



Happy Birthday 123mamanet


Happy Birthday 123mamanet


Happy Birthday 123mamanet


Happy Birthday 123mamanet
Inilah antara kenangan manis di hari Hari Pelancaran 123mamanet.com bersempena Hari Bumi dan  Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan tahun lalu.
Tak sangka berkat ketabahan dan kesungguhan kami berdua, kini 123mamanet.com semakin mendapat tempat di hati pembaca. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan dan teruslah bersama kami untuk mendapatkan informasi terkini.



KENAPA KORANG KENA BACA 123mamanet.com?
Kami bina magazine online ini khusus untuk wanita bekerjaya,wanita bisnes dan wanita berkeluarga serta
keibubapaan. Setelah dua tahun berlalu, kini 123mamanet.com semakin mendapat tempat di kalangan wanita sebagai sumber rujukan mengenai
pelbagai aspek kehidupan.

Oh, ya… ada juga yang tanya Sis, apa tu Mamanet? Sis jelaskan ek, Mamanet ialah singkatan daripada perkataan ‘Mama” dan ‘Internet’. Biasalah mama-mama sekarang ni kan Ratu Internet … hahhaa…

Sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah Majalah Harian Wanita, jadi 123mamanet.com menyediakan pelbagai segmen menarik yang sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Segmen yang disediakan kini ialah terdiri daripada CANTIK, DIET, FA M I L I + k e i b u b a p a a n + a d d i n, FESYEN, SIHAT, BISNES+karier +inspirasi+sana-sini, RESEPI dan CUTI-CUTI.


Happy Birthday 123mamanet



Sejak bermula pada 4 Januari 2016, pelawat 123mamanet.com, semakin meningkat dan jumlah pembaca yang masuk ke portal ini mencecah lebih 200 ribu pelawat dengan capaian hits lebih 3 juta.Peningkatan pembaca secara berterusan ini adalah hasil daripada niche penulisan yang kami terapkan dan fokus kepada artikel yang digemari oleh pembaca.



BUKAN PORTAL GOSIP!
Lari daripada konsep gosip dan trending yang bersifat sementara,123mamanet.com mengekalkan kepada asas
informasi iaitu bahan yang bermanfaat kepada para pembaca seperti petua kecantikan, kesihatan, diet, panduan
kerjaya, keluarga dan keibubapaan serta kerohanian berdasarkan konsep panduan“HOW TO” yang merupakan
informasi malar hijau (evergreen) di kalangan pembaca.



Di samping itu, 123mamanet.com juga menawarkan servis profesional terus dan telus daripada syarikat. Tidak ada caj tersembunyi yang mengelirukan. Dengan ruang promosi dan iklan yang terbuka luas, korang yang berminat untuk  mempromosikan produk dan perkhidmatan boleh dibuat tanpa kekangan. Apa-apa kita bincang ok. So, jangan segan-segan untuk hubungi Sis ya andaikata korang nak promote produk korang, tempahan iklan dan sebagainya.

Happy Birthday 123mamanet
Okaylah.. sampai jumpa lagi. Terima kasih tak terhingga untuk semua pelawat dan juga pembaca setia www.123mamanet.com   Tataaaa....

 
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan kami kekuatan!


Lurve,

Sis Anie Mohamed