RAMAI TAK YANG SUKA MAKAN
OAT? BAGUS TAU, ADA BANYAK MANFAAT UNTUK KESIHATAN KITA, TERUTAMA UNTUK JANTUNG
YANG LEBIH SIHAT!
Jadi, sebab itulah Sis seisi
keluarga suka menikmati empingan oat nie.Khasiat dan kebaikannya untuk
kesihatan cukup banyak.Oat mengandungi banyak flavonoid yang cukup bagus untuk
membantu mencegah penyakit jantung.
Di samping itu juga Sis suka
menikmati quaker oat ni sebab ia dapat membantu diet Sis untuk menurunkan berat
badan. Boleh menggantikan menu nasi yang kita ambil pada setiap hari tu!
Okaylah kat sini Sis nak
share RESEPI AYAM DAN CENDAWAN DENGAN NASI & OAT yang dibawakan oleh Quaker
Oat ini.
RESEPI AYAM DAN CENDAWAN DENGAN NASI & OAT
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
• ¾ cawan (180g) beras putih atau perang
• 9 sudu besar (90g) Quaker Oats for Rice
• 1 ¾ cawan (400ml) air untuk memasak nasi dalam periuk nasi
• ½ ayam (500g) tanpa kulit dan lemak, dipotong menjadi kepingan
kecil
• 6 cendawan Cina, direndam sehingga lembut, dipotong separuh
• 1 sudu besar halia, dicincang
• 1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
• 1 sudu teh lada putih
• 1 ½ sudu besar minyak masak
PERAPAN AYAM:
• 1 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar minyak bijan
• ¾ sudu teh garam
• 1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
1.
Marinate
kepingan ayam dengan perisa dan ketepikan seketika.
2.
Panaskan
1 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis halia selama 1 minit, tambah bawang
putih, dan tumis hingga perang keemasan.
3.
Masukkan
kepingan ayam dan cendawan. Kacau rata selama 2-3 minit. Tambah 1 cawan air
panas.
4.
Masak
kuah sehingga mendidih, kecilkan api dan tutup kuali dan masak selama kira-kira
15 minit atau sehingga ayam dimasak.
5.
Tambah 1
sudu teh lada putih.
6.
Campurkan
beras putih atau perang dengan Quaker Oats for Rice dan 1 ¾ cawan air dan masak
nasi dalam periuk nasi.
7.
Selepas
kira-kira 10 minit, masukkan campuran ayam ke dalam periuk nasi. Jangan kacau
sehingga nasi dimasak. Apabila nasi sudah masak, kacau dan hidangkan.
Selamat mencuba resepi nie
tau. Tapi sebelum Sis mengakhiri catatan kali ini, Sis nak bagi tahu juga
sekarang ni sedang berlangsung Kempen
"Share the Oats, Share the Ong" (sampai 28 Februari, 2018).
Dalam
tempoh kempen ni, korang boleh membeli Pek Hadiah Tahun Baru Cina
(terdiri daripada balang 1kg Oats Segera / QuickCook Oats, pek 600g Oats for
Rice dan balang kaca bertema Tahun Baru Cina percuma) dengan harga runcit yang
disyorkan sebanyak RM19.98 dari pasaraya terpilih (AEON, AEON BiG, Giant, The
Store dan Econsave) di seluruh negara.
Selain tu, kalau korang nak
dapatkan resepi Tahun Baru Cina yang lazat boleh layari www.quaker.com.my
Okay, nanti Sis share lagi
resepi oat yang lain pula. Cuba yang ni dulu tau.
Sekian sahaja. Sampai jumpa lagi.Jaga diri
dan sayang selalu.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Sis Anie Mohamed
0 Comments