PERKEMBANGAN OTAK ANAK ADALAH
PERKARA YANG SANGAT DITITIKBERATKAN OLEH KITA SEBAGAI ORANG TUA. ADA BANYAK
JENIS PERMAINAN YANG MAMPU MERANGSANG OTAK ANAK KITA, MISALNYA DENGAN ADANYA
KOLEKSI MAINAN CARRIE JUNIOR “SUKAN RIA” INI!
Anak Sis, Dea Marissa happy
sangat bila dapat mandian CARRIE JUNIOR nie. Baunya memang wangi dan
manis, aroma ‘Cheeky Cherry’. Suka sangat bau ni, lepas habis mandi pun masih
melekat bau wanginya tu. Memang syoklah Sis menggomol Dea Marissa. Hahhahaa….
![]() |
Asyik... Abang-abang pun seronok melayan adik kesayangan mereka nie. |
Oh, ya… Bukan dapat mandian sahaja, dapat juga sekeping board game bersama sebiji dadu. Dan yang
paling buat Dea Marissa teruja, dibelakang botol mandian tersebut terdapat satu figura mainan yang sangat comel.
Kebetulan pula tuan puteri nie memang ‘hantu air’. Kalau mandi tak pernah sekejap, memang berjam tunggunya
sampailah dia betul-betul puas bermain.
Tapi kalau dibiarkan, terleka seketika, ‘sederapan’
sahaja mandian nie boleh habis tau. Dibuat main! Lagilah seronok kan... sebab mandian
CARRIE JUNIOR nie dah lah wangi, banyak buih pula! Hahhaha….
Jadi, untuk elakkan Dea
Marissa berbuat sedemikian, selalu biarkan sahaja dia bawa mainan kesukaannya
(yang sesuai) ke bilik mandi. Kebetulan bila, CARRIE JUNIOR telah mereka 6
figura mainan comel yang dikenali sebagai “Sukan Ria” ini, Sis adalah antara
ibu-ibu yang paling gembira.Bolehlah Dea Marissa bermain-main dengan koleksi mainan nie pula nanti.
Bukan apa, selain mampu
mencetuskan keriangan kepada anak-anak ketika mandi, “Sukan Ria” ini turut
membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka.
Bagi Sis lah, aktiviti “Sukan
Ria” ni bukan sahaja dapat melatih otak anak atau meningkatkan kemampuannya,
tetapi juga dapat mempereratkan lagi hubungan sang ibu dengan permata hati.
Lagipun ianya direka memang untuk
mencetuskan keriangan kepada anak-anak ketika mandi. Kalau korang nak tahu, terdapat 6 figura mainan
comel kalau korang beli produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml nie. Cuma, koleksi mainan tersebut korang tak boleh nak pilih. Ikut nasiblah dapat apa. Hari tu Dea Marissa
dapat Si Gajah, dan mulutnya tak habis-habis mengomel ‘Baby Elephant’!
6 FIGURA MAINAN COMEL:
SI GAJAH - yang gemar bermain bola sepak.
SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian.
TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat.
DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki.
SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong
TROFI KEJOHANAN SUKAN.
![]() |
Yeaaayy... Dea Marissa dapat Si Gajah!! |
MAINAN TERSEMBUNYI
Korang pun dah tahu, jenama CARRIE JUNIOR nie bukan baru. Sis pun, tak terkecuali sebagai pengguna tegar produk nie. Kalau nak ikutkan sama jugaklah seperti pembungkusan
CARRIE JUNIOR sebelum ini. Cuma, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di
dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’. Ini adalah kerana ingin menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu serta memberikan mereka seronok dan teruja.
Koleksi figura CARRIE JUNIOR
& Buddies ini boleh didapati bersama
mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE
JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml. So, apa yang ditunggu lagi, jom lah dapatkan 6 koleksi mainan
comel Carrier Junior
Okaylah sekian catatan Sis
kali ini. Sampai jumpa lagi dan sama-samalah kita alami keseronokan si manja ketika mandi bersama keharuman mandian
Carrie Junior. Sebelum berpisah layan dulu video Dea Marissa nie.
Tataaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed
3 Comments
sengih aje anak dara ko nih...
ReplyDeleteHahahaha... Dea Marissa macam ko jugak le kuat nyengih kih kih kih...
Deletecomellnye anak dara ni..
ReplyDelete