Merawat Bibir Menggelupas

Ramai di antara kita yang mengalami masalah bibir kering, pecah-pecah, menggelupas atau merekah. Selain menganggu penampilan bibir yang menggelupas dan kering ini akan menimbulkan rasa pedih dan perit di bibir.


Ada banyak sebab atau punca yang menyebabkan bibir kita menjadi kering, pecah-pecah atau merekah nie. Salah satunya adalah kerana kelembapan bibir yang tidak mencukupi atau berkurangan.




PENGGUNAAN KOSMETIK ATAU LIPSTIK YANG TIDAK SESUAI DENGAN KULIT BIBIR
Sebenarnya masalah ni kerap Sis alami, tambahan pula kalau cuaca terlalu panas dan Sis pula kurang minum air masak. Lagi cepatlah Sis merana dengan masalah bibir kering nie. Lagi satu, kalau Sis tersalah pakai lipstik. Lagi cepatlah bibir Sis ‘koyak rabak’!




LIPSTIK JENIS MATTE BUAT BIBIR LEBIH KERING?
Kalau Sis teringin sangat nak pakai lipstik jenis matte, Sis memang kena lebih alert dan pilih yang betul-betul mampu menjaga kelembapan bibir.

Sis juga kena pastikan lipstik tersebut mengandungi sea butter, avocado oil, jojoba oil ataupun sesame oil. Tak pun kena tenyeh lip balm atau pelembab sebelum dan selepas pakai lipstik matte. Gitew….

UNTUK MENCEGAH ATAUPUN MENGATASI BIBIR KERING:
1. Boleh gunakan pelembab bibir yang mengandungi pelindung cahaya matahari setiapkali kita berada di luar rumah bagi mencegah efek UV yang boleh membuatkan kulit termasuk bibir kita menjadi kering dan mengelupas.

2. Kena kurangkan penggunaan lipstik, ataupun bertukar-tukar lipstik, terutama matte lipstick yang boleh membuatkan bibir kita menjadi lebih kering. Sebaiknya pakai pelembab atau lip balm sebelum dan selepas mengaplikasi lipstik tersebut. Ianya akan membantu membuatkan bibir kita menjadi lebih lembab.

3. Jika bibir kita mengelupas, jangan ditarik-tarik kulit yang terkelupas tu kerana ia boleh memparahkan lagi keadaan bibir kita. Silap-silap boleh sampai berdarah!

JOM IKUT CARA SIS!
Cara terbaik, gunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati. Kalau ikut cara Sis, Sis akan ambil sedikit gula pasir ataupun garam pink. 

Kemudian campurkan sampai sebati dengan madu ataupun petroleum jelly ataupun minyak zaitun (pilih salah satu). Lepas tu gaul dan letak kat bibir dengan menggunakan jari. Biarkan seketika, kemudian barulah digosok atau diskrub lembut di bibir.

Sunscreen Lip Balm daripada Miniso, memang terbaik! 
LIP BALM
Cakap tentang lip balm pula, memang ada banyak jenis kat pasaran tu. Tapi, Sis suka sunscreen lip balm daripada Miniso nie. Dalam banyak-banyak lip balm yang Sis pernah cuba pakai, rasanya inilah yang terbaik dan cukup berkesan untuk merawat bibir yang bermasalah. Maybe sesuai dengan kulit bibir Sis.



Ianya tidak berwarna dan bila digunakan di atas bibir, lip balm tersebut hanya seperti minyak sahaja. Tetapi rasa sedikit berangin, kerana bersifat ‘cool mint’.

Penggunaan lip balm nie sangat mudah, hanya perlu oleskan pada bibir. Disebabkan bibir Sis selalu terasa kering, setiap 20 minit Sis akan oleskannya lagi. Kalau pakai lipstik, Sis pun akan pakai lip balm nie sebelum dan selepas pengaplikasian lipstik.
Ada banyak pilihan Petroleum Jelly di pasaran, ni salah satu brand yang Sis suka. 
PETROLEUM JELLY
Untuk merawat bibir daripada kekeringan dan pecah-pecah ataupun merekah, Sis memang suka menggunakan petroleum jelly. Ianya sangat bermanfaat untuk melindungi tahap cairan pada permukaan kulit.

Secara tak langsung, kulit akan terjaga kelembapannya serta membantu proses penyembuhan apabila terjadinya luka pada kulit tersebut.






Sejak zaman sekolah lagi, Sis memang pengguna tegar Petroleum Jelly.Sis suka gunanya sebab banyak manfaat. Bukan setakat boleh diguna pakai untuk merawat bibir kering sahaja. Sesuai juga digunakan untuk merawat tumit kaki pecah, kulit kaki atau tangan yang kering. So, lebih menjimatkan! Hahhaa..hahha… 

Korang yang ada masalah nie, untuk mengatasinya kenalah merawatnya dengan cara yang betul dan tips yang Sis kongsikan tersebut merupakan cara Sis mengatasinya,. Boleh jer kalau korang nak cuba, mana tau serasi kan. Selain tu, jangan lupa minum air masak secukupnya ya. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
Selamat menjadi cantik dan sihat. Tataaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed