Set Hadiah Enchanteur Paris

KORANG TENTU PERNAH RASA SERABUT, TAK BOLEH NAK FIKIR DAN TAK TAHU NAK BELI APA HADIAH YANG SESUAI UNTUK DIBERIKAN KEPADA SESEORANG YANG CUKUP ISTIMEWA DALAM HIDUP? DI SINI, SIS ADA SATU IDEA!


Set Hadiah Enchanteur Paris

Sebagai wanita kita pasti suka hadiah. Lebih-lebih lagi kalau dapat hadiah yang cukup istimewa dan mengesankan. Memang makin berbunga-bungalah hatinya!

Kalau ada di antara korang yang masih kelabu asap, tak tahu nak pilih atau beli apa. Why not, hadiahkan tersayang korang tu dengan Set Hadiah daripada ENCHANTEUR PARIS. Wangian yang penuh dengan keindahan ini! Dibungkus dengan rapi serba indah dan lengkap dengan rangkaian penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.


ADA 5 SET WANGIAN EDT
Untuk wangian EDT, ENCHANTEUR telah memperkenalkan 5 set wangian tersendiri. Apa yang menarik, ia dihasilkan dalam bingkisan yang direka cantik dan sesuai untuk dihadiahkan buat yang tersayang.Tak semestinya untuk dijadikan hadiah hari jadi sahaja, hari-hari istmewa yang lain pun sesuai juga tau.

Set Hadiah Enchanteur Paris

Lagipun biasalah orang perempuan ni, memang suka pakai perfume. Minyak wangi atau perfume nie sering dianggap sebagai simbol sempurna dari cinta dan kasih sayang. Jadi, tak mustahillah ramai perempuan sukakan hadiah sebegini.

Tambahan pula, pek EDT ini dicipta mesra perjalanan dan bersaiz 15ml. Memang sesuailah untuk dijadikan hadiah ataupun kejutan kerana mudah dibawa di dalam handbag.Tu yang Sis suka sangat!!

Lagi satu, jenama haruman dan set penjagan diri nie diilhamkan
dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kekal mewangi sepanjang hari !Haaa… hebat, kan…

Set Hadiah Enchanteur Paris

ANTARA SET HADIAH SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS

1. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, membawa maksud My Friend (Sahabatku). Manaka Belle Amour pula bermakna Beautiful Love (Keindahan Cinta).

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan salah satu pilihan hadiah korang kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Kedua-dua wangian ini juga telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris.

Set Hadiah Enchanteur Paris
Tampil memikat, unik dan tersendiri.... Set Hadiah EDT Mini  Enchanteur Paris Belle Amour & Mon Amie  / Set Hadiah EDT Mini  Enchanteur Paris Mon Amie & Adore


2. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling.

Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis.Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini dikatakan mampu meningkatkan mood si pemakai agar merasakan dirinya cukup istimewa dan berkeyakinan.

 
Set Hadiah Enchanteur Paris
Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie terdapat wangian EDT dan losyen badan dan tangan Light & Fresh

3. SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml. Kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie.

Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

Diformulasikan dengan tekstur ringan dan tidak berminyak supaya si pemakai dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah dan  selesa.


4. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu untuk kegunaan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup seseorang yang gemar menggunakan aroma berbeza pada setiap waktu yang berbeza.


Set Hadiah Enchanteur Paris
Mana satu jadi pilihan? Set Hadiah Mini Enchanteur Bella Amour & Romantik  atau Set Hadiah Mini Enchanteur Mon Amie & Charming? 

5. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan daripada personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.

Kedua-dua wangian  ini cukup menyenangkan dan mampu menyemarakkan cinta dan kasih sayang sehinggamenjadikan setiap detik bersama itu amat berharga.

BIAR SEDERHANA TAPI PENUH MAKNA!
Biarkan tersayang terkesan dengan hadiah atau kejutan yang korang berikan. Korang tak perlu nak kisah sangat atau terikut-ikut cara orang lain dalam memberikan hadiah tersebut kerana korang boleh sahaja menggunakan cara tersendiri untuk menjadikan hadiah korang tu istmewa dan cukup mengesankan.

Bagi Sis lah, hadiah tidak semestinya perlu mahal dan mewah-mewah.Sebaliknya dengan hadiah yang sederhana dan harga bajet pun boleh menjadi cukup istimewa dan bermakna! Tapi, kalau nak bagi hadiah untuk Sis yang mahal-mahal pun, Sis ok jer. Lagilah suka kot! Kih.. kih.. kih.. hih.. hih...

Oklah, sekian dulu. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Tapi, sebelum berpisah, Sis nak cakap lagi, jangan lupa... dapatkan set hadiah ENCHANTEUR PARIS yang sentiasa hadir dengan bau yang cukup memikat ini! Korang boleh dapatkan rangkaian produk Enchanteur Paris ni kat mana-mana pasaraya ataupun di Lazada.

HARGANYA PUN BERPATUTAN SANGAT!

Enchanteur Paris Miniature EDT Gift Sets - RM34.90 (SM & SS)
Enchanteur Paris Mon Amie Gift Sets berharga RM23.50 (SM & SS)
Enchanteur Miniature Gift Sets - RM34.90 (SM)/RM36.70 (SS)
 
Set Hadiah Enchanteur Paris
Luv it! 


Jumpa lagi. Tataaa…

Lurve,

Sis Anie Mohamed