KORANG SUKA PAKAI SUNBLOCK MUKA TAK? DULU SIS PUN TAK SUKA PAKAI. MACAM TAK KISAH SANGAT TENTANG KEPENTINGAN MEMAKAI SUNBLOCK MUKA PADA SETIAP HARI. PADAHAL, IANYA SANGAT PENTING UNTUK MELINDUNG KULIT MUKA KITA DARIPADA SINARAN UV MATAHARI YANG JAHAT DAN BOLEH MEROSAKKAN KULIT MUKA.
Masa Sis zaman remaja dulu memang tak pernah pakai sunblock nie. Dah tua-tua ni barulah tahu kepentingan memakai sunblock muka. Hahaha… biarpun dah agak terlambat, tapi tak salah kalau kita tetap buat sesuatu yang baik untuk menyelamatkan kulit muka kita daripada terus membiarkannya menjadi lebih parah.
"Momma, kalau keluar rumah sebelum mekap tu jangan lupa pakai sunblock tau.... " |
ANTARA KEBAIKAN PAKAI SUNBLOCK / KRIM PELINDUNG SINARAN MATAHARI:
* Dapat mencegah penuaan semulajadi.
* Berupaya melindungi kulit muka daripada munculnya tompok-tompok hitam akibat radiasi sinaran UV matahari.
* Dapat mencegah kerosakan pada sel kulit yang mana boleh menyebabkan kanser kulit.
* Kulit muka atau wajah menajdi lebih cerah kerana kulit tidak mudah terbakar apabila terkena sengatan siaran matahari.
Itulah antara kebaikan memakai sunblock muka yang membuatkan Sis sedar bahawa kulit muka kita juga perlu dilindungi dengan baik daripada sinaran UV. Tambahan pula, Sis punya pengalaman mengerikan tentang masalah kulit muka nie. Macam Sis cakaplah, kulit muka Sis nie masih dalam proses pemulihan, dan Sis kenalah betul-betul merawatnya dengan baik.
PEMILIHAN SUNBLOCK MUKA
Tentang pemilihan sunblock muka, kalau tanya Sis, Sis lebih sarankan korang guna sunblock yang ada SPF. Pilihan Sis, sunblock dengan SPF 30 atau SPF 50.
Ada banyak sangat produk sunblock muka di pasaran. Macam-macam jenis, dan pilih sahaja yang mana paling selesa korang pakai dan pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit muka korang.
SPF
CARA TEPAT PAKAI SUNBLOCK MUKA
Sis akan pakai sunblock secukupnya ke seluruh muka dengan rata dan secukupnya, termasuklah bahagian leher selepas membersihkan muka.
Aplikasikan secara merata sambil tu tepuk-tepuklah manja muka kita tu. Lepas tu Sis biarkan selama 3 atau 5 minit supaya sunblock tu meresap masuk ke dalam kulit.
Lepas tu barulah Sis pakai pelembab (tunggu tiga atau empat minit) dan barulah Sis pakai mekap apa yang patut.
ANTARA BANYAK-BANYAK SUNBLOCK, SO FAR SIS SUKA DARIPADA THE FACE SHOP DAN ETUDE HOUSE
Apa yang Sis yang Sis nyatakan adalah berdasarkan pengalaman Sis menggunakannya lebih enam bulan.
Ianya memberikan perlindungan SPF yang tinggi, membuatkan muka atau wajah Sis nampak lebih cerah. Apa yang paling penting, ia tidak menyumbat liang pori-pori dan juga membuatkan kulit Sis nampak kering ataupun berminyak. Baunya ok, fresh dan bertekstur ringan.
Sis suka sangat pakai Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++ , sebab selain kekuatannya sebagai krim pelindung matahari, ia turut berfungsinya sebagai ‘primer’ dan dapat membuatkan solekan Sis bertahan lebih lama.
Sis suka yang bertekstur ringan, tak melekit dan baunya tak menusuk hidung. Gitew…. |
CARA TEPAT PAKAI SUNBLOCK MUKA
Sis akan pakai sunblock secukupnya ke seluruh muka dengan rata dan secukupnya, termasuklah bahagian leher selepas membersihkan muka.
Aplikasikan secara merata sambil tu tepuk-tepuklah manja muka kita tu. Lepas tu Sis biarkan selama 3 atau 5 minit supaya sunblock tu meresap masuk ke dalam kulit.
Lepas tu barulah Sis pakai pelembab (tunggu tiga atau empat minit) dan barulah Sis pakai mekap apa yang patut.
ANTARA BANYAK-BANYAK SUNBLOCK, SO FAR SIS SUKA DARIPADA THE FACE SHOP DAN ETUDE HOUSE
Apa yang Sis yang Sis nyatakan adalah berdasarkan pengalaman Sis menggunakannya lebih enam bulan.
The Face Shop Natural Sun Eco Super White Sun Cream SPF 50+ PA +++ |
Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++ |
Sis suka sangat pakai Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++ , sebab selain kekuatannya sebagai krim pelindung matahari, ia turut berfungsinya sebagai ‘primer’ dan dapat membuatkan solekan Sis bertahan lebih lama.
Setakat nie, hanya dua jenis produk sunblock ni jer yang pernah Sis cuba pakai. Lain-lain tak pernah lagi. Nanti kalau ada yang lain, Sis dah cuba pakai, Sis cerita lagi pengalaman memakai menggunakannya ya.
Korang yang tak biasa memakai sunblock muka tu, mulai sekarang belajarlah memakainya ya. Lagi lama korang tak pakai, lagi banyak kerosakan kulit muka korang yang terjadi disebabkan radiasi sinaran matahari.
Jom kita sama-sama mencantik lebih cantik dan menyayangi kulit wajah kita dengan sebaik mungkin. Jumpa lagi. Tataaaa…
Berapapun jangkauan usia kita kini, menjaga dan merawat kulit muka agar kekal sihat tetap penting.
Lurve,
Sis Anie Mohamed

0 Comments