Ubat Gigi Fresh & White

KORANG TAHU TAK, YANG GIGI KITA NIE SENTIASA TERDEDAH KEPADA BAKTERIA SETIAP HARI DAN TANPA PEMBERUSAN YANG KERAP, BAKTERIA BERKENAAN AKAN MEMBENTUK SATU LAPISAN NIPIS PLAK PADA GIGI.

Ubat Gigi Fresh & White

Jadi, sebab itulah pentingnya kita memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan ataupun tujuan kita menggunakannya. Lagipun, penggunaan ubat gigi bukan hanya mempengaruhi gigi kita sahaja. Sebaliknya turut mempengaruhi kesihatan mulut kita juga.

Ubat Gigi Fresh & White

Pernah cuba tak, ubat gigi Fresh & White? Okay juga ubat gigi nie tau sebab Fresh & White telah memperbaiki ramuannya dengan memasukkan dua jens florida untuk memberikan tiga kali perlindungan kaviti.Maklumlah kita orang Malaysia ni suka sangat makan makanan yang manis-manis.

Tiga kali perlindungan kaviti tu termasuklah perlindungan formulasi tanpa gula terhadap asid gula. Ini adalah untuk mencegah pereputan serta memperkuatkan lagi enamel gigi bagi menangani masalah tersebut.
Ubat Gigi Fresh & White


ENAM VARIAN MENYEGARKAN
Enam varian yang menyegarkan dalam rangkaian produk berasaskan pudina ini adalah Fresh Cool Mint, Extra Cool Mint dan Fresh Applemint; barisan herba semulajadi Kayu Sugi; serta gel anti nafas busuk Fresh Blast Extra Fresh Gel dan Whitening Gel.

Kesemua varian ubat gigi Fresh & White disahkan Halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), jadi kita bolehlah gunakan ubat gigi Fresh & White ini tanpa was-was.

Antara kesemua ubat gigi Fresh & White, Sis seisi keluarga paling suka dengan varian Kayu Sugi dan Extra Cool Mint. Ubat gigi paling sejuk hehehe…
Rasa pudinannya tu benar-bemar memberikan kesegaran pada mulut dan dalam masa yang sama juga memperkuatkan gigi serta menyegarkan bau nafas.

Ubat Gigi Fresh & White

Bagi yang belum pernah cuba ubat gigi Fresh & White nie, try lah. Varian Kayu Sugi tu pun best. Ada tiga bahan aktif herba yang digunakan untuk ubat gigi Kayu Sugi Fresh & White iaitu ekstrak kayu sugi, minyak-minya penting daripada cengikh dan eucalyptus yang mampu memberikan nafas yang lebih sedar serta melindungi gigi dan gusi ketika kita sedang tidur.

Nampaknya tak salah kali ini Sis memilih ubat gigi Fresh & White yang ternyata juga berkualiti untuk mendapatkan gigi yang sihat, kuat dan cantik!

Okaylah, sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Tataaaa…
 
Ubat Gigi Fresh & White
Miliki gigi yang bersih, sihat, kuat dan menyegarkan dengan ubat gigi Fresh & White 
Lurve,

Sis Anie Mohamed