KORANG SELALU TAK KENA ULSER MULUT? SECARA UMUMNYA, MASALAH ULSER MULUT NIE BOLEH TERJADI PADA SESIAPA SAHAJA. TAK KIRA TUA, MUDA, REMAJA MAHUPUN KANAK-KANAK TERUTAMA APABILA KEADAAN TUBUH SESEORANG ITU KEKURANGAN VITAMIN C, ZAT BESI DAN VITAMIN B12.





Sebenarnya Sis kerap juga terkena ulser mulut nie. Lebih-lebih lagi, kalau Sis kurang minum air masak, tergigit ketika mengunyah makanan dan bila Sis stress.Mulalah user mulut nie datang menyerang, kadang-kadang sampai tiga ‘ketul’. 

Ada yang di bibir, di lidah dan sekitar bahagian dalam mulut. Perggh… sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Rasa nak demam pun ada dibuatnya.Huhuuhu….




Ada banyak cara untuk merawat atau mengubati ulser mulut nie. Tapi apa yang Sis nak share nie adalah petua yang telah Sis praktik setiapkali terkena ulser mulut.Tapi antara semua petua tu yang paling mujarab, MINUM AIR MASAK BANYAK-BANYAK!

Habis berbotol-botol air mineral Sis 'belasah' sebab nak cepat sembuh, selain mempraktik petua di bawah nie.Selalunya, 2 hari macam tu ulser nie makin sembuh.




6 PETUA MERAWAT ATAU MENGUBATI ULSER MULUT:





1. BERKUMUR DENGAN AIR GARAM
Ini adalah cara tradisional yang telah Sis amalkan sejak zaman remaja lagi.Cubalah berkumur dengan air garam (Sis gunakan garam pink atau garam bukit) selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.

Bagi Sis la kan… ini merupakan cara yang boleh menyembuhkan ulser dengan cepat, tapi korang kenalah menahan sakit dan kepedihan ketika melakukan aktiviti berkumur tu. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.






2. LETAK CAMPURAN GARAM DAN BAKING SODA
Petua yang nie pun korang perlukan ketabahan sikit hahhaa…. Campurkan garam dan baking soda (letak air sikit sahaja). 

Lepas tu letakkan di bahagian ulser.Secara beransur-ansur ia akan mengurangkan diameter luka tersebut.Lakukan secara rutin, paling kurang 1 kali sehari.




3. MINUM AIR KELAPA
Air kelapa muda memang bagus untuk kesihatan badan kerana dapat membuang zat-zat beracun yang ada di dalam badan.Selain itu, air kelapa juga bersifat elektrolit yang mampu menyejukkan badan, mengatasi panas dalam dan berupaya menyembuhkan ulser mulut.

Air kelapa terbukti berkesan untuk mengatasi dehidrasi tubuh. Lagipun ulser mulut boleh disebabkan kerana tubuh kita dehidrasi atau kekurangan cairan.Selalunya Sis minum 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam)



4. MAKAN YOGHURT
Yoghurt merupakan produk fermentasi yang berasal dari susu. Ianya mengandungi bakteria baik yang cukup tinggu. Selain bagus untuk sistem penghadaman, kandungan bakteria yang baik itu mampu mempercepatkan proses penyembuhan ulser mulut.

Sebaiknya diamalkan secara rutin, 2 kali sehari.Tapi, pastikan korang pilih yoghurt (plain) ya.



5. GUNA MENTEGA
Rasanya tak ramai yang tahu nie bahawa mentega mampu mengubati usler mulut.Cara nie sangat mudah, korang hanya perlu letakkan mentega di ulser tersebut.Biar jer mentega tersebut cair. 

Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua nie juga sesuai untuk kanak-kanak sebab ia tidak menyakitkan atau terasa pedih.



6. PAKAI MADU
Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Korang hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut dan cara ini pun sesuai buat kanak-kanak yang terkena ulser mulut.




Merawat menggunakan petua ini atau bahan-bahan semulajadi ini memanglah tidak akan membuatkan korang mendapat hasilnya serta merta. Tapi, cara ini tidak akan menimbulkan kesan sampingan, terutama kalau korang alah denganubat-ubatan.

Di samping itu, korang kenalah minum air masak secukupnya kerana musim panas seperti sekarang membuatkan kita lebih berisiko tinggi untuk mendapat ulser mulut sekiranya kurang minum air masak.Selain itu, elakkan juga tekanan dan dapatkan rehat yang secukupnya supaya ulser tu boleh hilang dengan cepat.

Itu sahaja perkongsian tips merawat atau mencegah ulser mulut nih. Semoga bermanfaat!
Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber Internet