InnerShine Pati Prun | Buah prun sememangnya kaya dengan nutrisi dan antioksidan.Baru-baru ini jenama minuman kecantikan popular Innershine telah memperkenalkan formulasi baharu untuk pati prun yang kini mengandungi vitamin E yang cukup bermanfaat untuk kulit dan memberikan kecantikan dari dan keserian wajah dari dalam.


InnerShine Pati Prun


InnerShine Pati Prun Dengan Vitamin E

Jadi, Sis pun tak lepaskan peluang untuk menikmatinya. Kebetulan pula Sis memang suka makan buah prun. Secara tak langsung, InnerShine Pati Prun dengan vitamin E ini telah menjadi minuman kesihatan favourite Sis.

Ekstrak prun tulen yang diperbuat daripada prun Califoria premium segar ini kaya dengan serat diet yang menggalakan sistem penghadaman yang sihat dan memberikan kita kesihatan yang baik secara menyeluruh kerana ia mengeluarkan toksin dari badan kita secara semulajadi.


InnerShine Pati Prun


InnerShine Pati Prun dengan vitamin E nie juga dikatakan mampu melengkapkan keperluan diet harian yang diperlukan untuk kulit wanita dewasa bagi mendapatkan perlindungan dari dalam.

Baca Juga:





Kulit Jadi Lebih Cantik & Sihat


Sebenarnya Sis sejak remaja lagi Sis memang hantu buah dan sayur. Kalau tak makan, badan rasa macam tak fresh jer. Sis suka buah plum, dan juga buah prun. Sis anggap buah prun nie sebagai penyelamat, terutama ketika Sis mengalami masalah untuk membuang air besar. Haaahhaa.... Makan jer buah prun settle masalah tu! Hhahahaha.... Kalau ada yang tak tahu, sebelum dikeringkan buah prun ini dikenali sebagai buah plum.

Mengekalkan Wajah Awet Muda

Lagi satu yang buat Sis terjatuh hati untuk terus setia dengan InnerShine Pati Prun dengan vitamin E ini adalah kerana ia mampu melembabkan dan menjaga kulit dari dalam supaya terus kekal sihat dan tidak kering. Faham-faham ajelah bila sudah berumur nie, kebaikan vitamin E sangat diperlukan untuk kulit.Vitamin E dapat mencegah kedutan dengan meningkatkan pengeluaran kolegan sehingga menjadikan kulit lebih anjal.

Jadi, pengambilan InnerShine Pati Prun dengan vitamin E ini secara rutin dapat merangsang penghasilan kolagen dan mempercepatkan pembentukan semula sel-sel bagi mengekalkan wajah awet muda dan berseri-seri.

Jangan ingat orang muda sahaja perlu menjaga kecantikan wajah, orang tua pun sama juga. Biarpun keanjalan kulit mungkin sudah tidak sama seperti waktu muda, namun penjagaan yang betul sekurang-kurangnya dapat mencegah kulit wajah daripada kedut beribu-ribu! Kih kih.. kih..

Ni haaa ada berita baik, kalau korang beli BRAND’S® InnerShine® Pati Prun dengan Vitamin E sekarang ni, korang boleh sertai pertadingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulajadi

Korang boleh beli produk ni pada harga runcit RM32 untuk satu pek enam botol. Manakala RM58 untuk pek 12 botol di semua kedai rangkaian Watsons di seluruh negara dan farmasi.



InnerShineCantikSemulaJadi


Sertai Pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi


Bermula 1 Mac lalu serhingga 23 April 2018, telah berlangsung pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi

Ia merupakan pertandingan interaktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengekspresikan kecantikan semulajadi mereka. Seterusnya, kalau menang korang berpeluang untuk tampil dalam kempen promosi InnerShine® yang seterusnya bersama selebriti Malaysia, Siti Saleha.

Cara Untuk Menyertai Pertandingan


1. Korang perlu daftarkan diri sebagai ahli Watsons Malaysia (jika masih belum menjadi ahli) dan beli pek 12 botol atau 24 botol BRAND’S® InnerShine® Pati Prun dengan Vitamin E. Tapi pastikan korang simpan resit sebagai bukti pembelian.

2. Rakam foto diri korang yang paling fotogenik di mana kecantikan semulajadi korang tu terserlah. Kemudian muat naik pada laman sosial Instagram dan letakkan kapsyen paling kreatif berserta hashtag #InnerShineCantikSemulaJadi.

Hadiah Yang Ditawarkan


• HADIAH UTAMA berupa 200,000 mata Watsons VIP dan tampil dalam kempen promosi InnerShine® yang seterusnya bersama duta InnerShine® Siti Saleha.

• Satu daripada 12 HADIAH SAGUHATI berupa 100,000 mata Watsons VIP setiap seorang dan produk BRAND’S® InnerShine®

• PALING BANYAK “LIKE”: Hadiah wang tunai RM500 bagi peserta yang memiliki jumlah “Like” tertinggi untuk foto pada Instagram

Pastikan akaun Instagram korang disetkan kepada mod umum kerana BRAND’S® Suntory akan menghubungi pemenang secara terus dan juga mengumumkan pemenang menerusi Instagram.


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang pertandingan tersebut, layari Facebook BRAND’S® InnerShine® di https://www.facebook.com/innershineclub/ atau laman web BRAND’S® di www.brandsworld.com.my





Okaylah, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi

Selamat mencuba ya! Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Sama-sama juga kita menjadi lebih cantik dan sihat bersama InnerShine Pati Prun dengan vitamin E . Babai.