ADAKALA KITA TERBURU-BURU, NAK CEPAT, TERLAMBAT BANGUN PAGI ATAU ADA SESUATU YANG MEMBUATKAN KITA TAK SEMPAT UNTUK MENYEDIAKAN HIDANGAN BUAT TERSAYANG.JADI, TIGA MENU BARU RANGKAIAN ‘READY-TO-EAT’ (RTE) DARIPADA AYAMAS KITCHEN INI BOLEH DIJADIKAN PENYELAMAT KEADAAN. MANA TAKNYA, DALAM MASA LEBIH KURANG 5 MINIT, KITA BOLEH MENDAPAT HIDANGAN SEPINGGAN NASI TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH GIGIH MEMASAK DI DAPUR!




Baru-baru ini Ayamas telah melancarkan tiga lagi menu baru RTE yang tak kurang hebat kesedapannya iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi, dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai. Jadi, bertambah lagilah tiga menu RTE yang sedia ada di pasaran.

Pada tahun lepas, menu RTE iaitu Nasi Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala mendapat sambutan yang positif tau daripada orang ramai.



Bagi korang yang belum pernah rasa produk RTE daripada Ayamas Kitchen nie, silalah cuba ya. Singgah-singgahlah ke Kedai Ayamas! Boleh beli dan ‘tapau’ banyak-banyak untuk buat stok, simpan dalam tempat beku dalam peti sejuk.

Langkah persediaan kalau-kalau kita tak sempat masak atau rasa liat-liat sikit nak ke dapur… hehhehe…. Bolehlah sambar pek RTE nie. Pilih jer yang mana satu, selera dengan anak tekak hahahaa….

Lagi satu, korang tak perlu nak rasa was-was tentang produk RTE daripada Ayamas Kitchen nie. Sebab apa, menurut kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn. Bhd, produk tersebut disediakan dalam persekitaran yang bersih dan kawalan kualiti yang tinggi dengan kadar nilai nutrisi yang tepat, selaras dengan idea mereka untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat serta mengekalkan rasa makanan seperti masakan asli.




SERIUS, SENANGNYA!
Selaras dengan temanya “Easy and Delicious”, rangkaian RTE Ayamas Kitchen ini memang mudah untuk disediakan. Perkara pertama yang korang perlu buat adalah dengan menebuk bungkusan plastik pada bekasnya dengan garfu. Buatlah dalam 6 atau 8 lubang. Lepas tu panaskan dalam microwave selama 4-5 minit dan siap untuk dinikmati. Senang, kan…
Nasi Bijan Ayam Bulgogi - RM 7.90 sepeket
Nasi Kari Hijau Ayam Thai - RM 7.90 sepeket 
Bihun Goreng Istimewa -RM5.90 

HARGA YANG DITAWARKAN
Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Manakala Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket. Rangkaian RTE ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di Malaysia.

Okaylah, korang kena cuba tau. Kalau tanya Sis, antara tiga menu RTE tu mana yang menjadi favourite Sis, hurmm… Sis pilih Nasi Kari Hijau Ayam Thai dan Nasi Bijan Ayam Bulgogi. Kena dengan selera Sis seisi keluarga. Gitewwww….
Sampai jumpa lagi.
Tataaaaa…



Lurve,
Sis Anie Mohamed