expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 2 March 2018

REVIEW: KEENAKAN NASI KEPAL DI RESTORAN EE JI BAN CHICKEN RICE BALL, MELAKA


Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

  
NASI KEPAL, BULAT-BULAT.PERNAH DENGAR TAK? KALAU TAK PERNAH, WAJIB CUBA! LAGI-LAGI KALAU KORANG MEMANG SUKAKAN MASAKAN CINA. RESTORAN EE JI BAN, YANG TERLETAK DI TAMAN MELAKA RAYA INI PATUT KORANG SINGGAH.



Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball nie memang dah lama terkenal. Sis jer yang baru berkesempatan untuk datang ke sini dan menikmati sendiri keenakan Chicken Rice Ball yang  hangat diperkatakan tu. Pernah masuk program TV, Jalan-Jalan Cari Makan dan lain-lain lagi.Nie restoran Cina, tapi halal. Jangan risau.


Ee Ji Ban Chicken Rice Ball


Kebetulan masa Sis pergi tu, time cuti. So, memang ramailah pelanggannya dan parking kat kawasan tu memang agak sukar. Empat lima kali berpusing jugaklah baru dapat parking.Biarpun kena beratur panjang, tapi rezeki sebab tak perlu menunggu terlalu lama.

Tahulah kalau bawa anak kecil macam mana,lama-lama menunggu memang tak boleh tahan hahhhaaa…. Kelasakan Dea Marissa adakalanya tidak terkawal, kepenatan memang berganda-ganda. Boleh patah selera dibuatnya! Kih.. kih.. kih…

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Sebenarnya nie pertama kali Sis singgah makan kat Ee Ji Ban dan mencuba Chicken Rice Ball atau nasi kepal-bulat-bulat nie. Itupun, Kak Long dan family beria-ia mengajaknya sebab restoran nie memang favorite dikunjungi setiapkali mereka turun berjalan-jalan ke Melaka. 


Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Andaikata korang tak nak makan nasi kepal bulat-bulat tu, boleh jer makan nasi biasa. Manakala ayamnya pula, korang boleh pilih nak yang steam atau roasted. Ikut selera memasinglah tapi Sis memang pilih roasted, setiapkali makan nasi ayam. Begitu juga dengan nasinya. Nasi ayam biasa bersama ayam roasted menjadi pilihan Sis sebab lebih menepati citarasa tekak Sis hahhahaa….


Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Tapi, Sis cubalah jugak nasi kepal bulat-bulat tu. Bercakap tentang rasa, hurrmmm… kalau ikut pendapat Sis, biasa-biasa jer. Tak adalah ‘superb’ sangat-sangat.Teringat makan nasi kepal bulat-bulat nie zaman kecil dahulu.Tak pun, bila time tercekik tulang ikan, Sis memang akan telan nasi kepal nie. Tapi tak de ler besar macam tu. Gentel kecik-kecik sikit dan telan. Petua yang mak Sis ajar tersebut masih Sis amalkan sehingga ke hari ini. Kekadang bila makan ikan yang banyak tulang tu, sesekali ada juga Sis tercekik tulangnya! Jadi untuk melepaskan tulang yang tersangkut di tekak, telan ler nasi kepal bulat-bulat tu.... Huhuhu...
Hehehehehe…. Tapi, menu-menu sampingan yang lain tu, banyak yang sedap. Memang tak mengecewakan selera!

Oklah, sekian dulu perkongsian cerita Sis kali nie.Bagi yang jalan-jalan ke Melaka tu jangan lupa singgah di restoran Ee Ji Ban, nikmati sendiri keenakan masakannya.

Alamat: Ee Ji Ban Chicken Rice Ball,
275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya.
Nak senang macam biasa, guna google Map ataupun Waze. Selamat sampai!


Tataaaa…
Lurve,

Sis Anie Mohamed