MUNGKIN SEBELUM INI ADA YANG TAK SABAR MENANTI KEMUNCULAN SAMSUNG GALAXY S9 DAN S9+ DI PASARAN MALAYSIA. SO, SEKARANG AMACAM? BERKENAN DENGAN KEHEBATAN YANG CUBA DIBAWAKAN? SETANDING DENGAN HARGA YANG DITAWARKAN?




Terus-terang Sis katakan, Sis bukanlah pencinta smartphone berjenama nie, namun Sis tak nafikan, melihatkan perisian dan program yang ditawarkan untuk S9 dan S9+ , Sis rasa terjuga juga.



Lagi-lagi bila bab perisian kameranya. Kamera Samsung Galaxy yang baru nie memang terbaik, syok sebab dapat bantu kita untuk mencipta momen-momen menarik.Biasalah, kalau perempuan selalunya bab kamera tu penting! Hahahhaa… tu yang diutamakan. Lepas tu baru fikir soal RAM dan sebagainya….




CIRI AR EMOJI BARU SERTA KAMERA LEBIH CANGGIH
Baik S9 mahupun S9+, kedua-duanya mempunyai keunggulan tersendiri, di mana dual aperture yang mampu membuat kamera Galaxy S9 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin ketika kita merakamkan gambar.
Kamera Dual Aperture Samsung (F1.5 / F2.4) bagi Sis memang best lah. Ia berfungsi untuk mengatur atau mengawal keadaan atau jumlah cahaya supaya hasil fotografi ‘low light’ menjadi lebih baik.
Lepas tu, kalau kita ambil video ‘Super Slow-mo’, kita boleh memilih 35 muzik latar yang berbeza atau menambah lagi muzik dari playlist muzik dalam smartphone kita.
Teknik "Low Light" Menghasilkan Gambar Yang Lebih 'Vassss" 
Teknik 'Super Slow-mo' .. Sis LIKE! 
Selain itu, apa yang bestnya kamera Samsung S9 ni adalah kemampuan ‘augmented reality’ yang terdapat pada kameranya, dapat direalisasikan menjadi AR Emoji. So kita boleh jadikan foto atau gambar kita tu menjadi emoji dalam bentuk animasi format GIF. Menarik, kan…
AR Emoji hurrmm... menarik sangat! 
Lagi satu yang buat Sis teruja nak juga telefon nih (kan syok kalau ada orang sudi bagi hadiah atau sponsor hahahha…) sebab Samsung Galaxy S9 dan S9+ dikatakan kalis air dan debu! 

Woww! Ini bermakna ia tahan dari percikan air dan debu. Maklumlah Sis nie lasak dan cuai sikit hahaha… So, sesiapa yang rasa dirinya lasak dan cuai tu, wajib miliki smartphone nih.
Yang mana satu idaman hati? 

Okay, sama-samalah kita mengumpul duit untuk membelinya ya. Galaxy S9 dan S9+ sudah berada di pasaran Malaysia sejak16 Mac 2018. Ditawarkan dengan harga dari RM3,299 hingga RM4,399. Ada tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple.

Sekian dulu catatan Sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Babai.





Lurve,
Sis Anie Mohamed