TAK LAMA LAGI DAH NAK BULAN RAMADAN. TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG DAH TAK SABAR MENANTI KETIBAAN BULAN MULIA INI.KALAU KORANG MENCARI-CARI TEMPAT BERBUKA PUASA DI SEKITAR SHAH ALAM, AYUH NIKMATI KEENAKAN KEMBARA SELERA MEMIKAT JIWA’ BUFET RAMADAN YANG DIBAWAKAN OLEH LAMAN KAYANGAN INI.




Untuk bufet Ramadan kali ini, Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek adalah antara ‘signature dish’ di Laman Kayangan yang pastinya akan menambat selera korang yang akan datang berbuka di sana.

Apa yang menarik lagi, terdapat lebih kurang 88 menu yang tidak kurang hebat kelazatannya. Antaranya Nasi Kabuli, Ayam Kalio,Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi. Meriah dan mewah sangat makanannya. Boleh rambang mata dibuatnya. Sampaikan Sis sendiri tak tahu nak jamah yang mana satu dulu.


Kalau suka makanan Siam, singgah jangan tak singgah...

Ada macam-macam... pilih jer mana yang selera dengan tekak... 

Nak air apa? Sejuk panas, semua ada.... 

ANTARA JUADAH & PEMANIS MULUT:














Puas menjamu selera di sini...  
Kalau nak ikutkan dah tiga tahun berturut-turut Sis dijemput untuk turut sama memeriahkan Prebiu Bufet Ramadan anjuran Segi Seri Sdn Bhd. Bermakna tiga tahun jugalah Sis berpeluang menikmati kelainan menu yang cuba diketengahkan itu. 

Apa yang menarik lagi sambil menikmati juadah berbuka tu nanti korang akan dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang sememangnya cukup mendamaikan jiwa.






Majlis pelancaran Prebiu Bufet Ramadan pada hari itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin. Di samping itu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie dan Naddyepul. 

So, kalau korang rasa nak berbuka puasa di sini, tak kiralah bersama family atau kawan-kawan, silalah berhubung dengan Puan Nor Iliana (Nana) di talian 019-3117443 / 03-5542 4200. Dewan nie cukup selesa, boleh muat 400 orang dan berhias cantik!

Okaylah… sekian dulu catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Babai




Lurve,
Sis Anie Mohamed