BARU-BARU
INI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE ATAU SACC TELAH MELANCARKAN BUFFET RAMADHANNYA
UNTUK TAHUN 2018, YANG BERTEMAKAN “WARISAN TRADISI’.
Sama sepertimana
tahun-tahun yang sebelum ini, buffet ramadhan SACC tetap menawarkan pelbagai
jenis juadah berbuka puasa. Gabungan mantap ‘air tangan’ Chef Eksekutif Jamili
Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar dalam menghasilkan lebih 100 hidangan menarik dari dapur SACC ternyata tidak
menghampakan.Yang mana hidangan tersebut merupakan kompilasi resepi-resepi
nenek moyang kita. Juadah-juadah tersebut tentunya pernah dihidangkan oleh
nenek moyang kita dahulu dan sudah semestinya ia mampu memikat selera ramai.
![]() |
Pelbagai ulam-ulaman yang cukup enak menambat rasa. |
![]() |
Menu masakan kampung pelbagai jenis |
Antara hidangan
yang bakal membuatkan korang kecur air liur ialah Masak Lemak Pisang Muda,
Singgang Kepala Ikan, Sotong Masak Hitam, Sambal Udang Terung Pipit, Pajeri
Kedondong dan banyak lagi.
Bagi yang
sudah biasa menikmati Buffet Ramadhan di SACC sudah pasti tahu keenakan
hidangan “Kambing Kebuli” yang menjadi menu tradisi di SACC. Kalau korang
memang suka makan daging kambing, memang syok sangatlah, puas menikmatinya!
Sis bukan
peminat daging kambing, tapi bila tengok kengkawan enak menjamu selera, Sis
percaya sedap betullah daging kambing dari dapur SACC nih!
![]() |
Kambing Kebuli hidangan tradisi Buffet Ramadhan SACC |
JANGAN LUPA BUAT TEMPAHAN
Kalau
korang bercadang untuk berbuka puasa di sini, hanya RM88.00 ++ untuk dewasa.
Manakala RM52.00 ++ bagi kanak-kanak (7-10 tahun) dan warga emas. Untuk
anak-anak di bawah usia 6 tahun di kira percuma sahaja. Kira berbaloilah kan.
Buffet Ramadhan
di SACC ini akan dibuka dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam, pada setiap
hari. Bermula dari 18 mei sehingga 13 Jun 2018. Untuk promosi Early Bird, hanya
RM78+ yang kini sedang berlangsung, tapi korang kenalah buat pembayarannya
sebelum 17 Mei 2018. Bolehlah jimat sikit dan kalau korang nak buat tempahan,
layari laman web SACC iaitu www.sacc.com.my/ramadan-buffet
Di samping
itu, SACC juga turut menyediakan pakej korporat.Minima 30 orang, dan harganya
hanya RM75+ sahaja. Kalau nak senang, call sahaja pihak SACC di talian
03-55118858. Tak pun korang jenguk Instagram iaitu www.instagram.com/shahalamconventioncentre
atau FB www.facebook.com/SACCOfficialnew untuk mengetahui lebih lanjut tentang
buffet ramadhan ini.
![]() |
Macam-macam jenis kuih muih tradisional. |
![]() |
Pemanis mulut pelbagai perisa. |
![]() |
Sedapppp!! |
Bagi anda
yang belum pernah menikmati Buffet Ramadhan SACC, silah ya. Terlalu banyak
makanan yang sedap. Di bahagian pencuci mulut,terdapat pelbagai kuih-muih
tradisional, puding dan juga kek. Mewah sangat! Cuma, Sis macam biasalah,
‘tank’ kecik so Sis makan apa yang termampu sahaja. Hahaha….
Terima
kasih kepada SACC kerana sudi menjemput Sis untuk mencuba Buffet Ramadhan.
Tahun depan, panjang umur jemputlah lagi! Hiihii…
Okay,
sampai ketemu lagi. Babai.
Lurve,
Anie
Mohamed
No comments:
Post a Comment