SAKIT-SAKIT SENDI PADA ZAMAN SEKARANG INI BUKAN HANYA DIDERITAI OLEH GOLONGAN TUA SAHAJA. MALAH ORANG MUDA PUN TAK TERKECUALI DAN TERLEPAS DARIPADA MASALAH KRONIK INI.


Bagi yang tak pernah rasa kesakitan tersebut, memanglah rasa macam tak ada-apa. Mungkin tak ambil kisah pun kisah tentang kepentingan menjaga tulang ataupun sendi ini sedangkan hakikatnya di seluruh dunia ini berjuta-juga orang menderita penyakit ini.

Sakit sendi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira lapisan usia. Bukan penyakit orang tua ajer ya…Sis yang tak terlalu tua sangat (kononnnnnn… hahhaha) pun dah mula rasa sendi-sendi Sis nie tak sihat. Apatah lagi kalau Sis duduk seharian mengadap komputer, menyelesaikan segala tugasan yang ada. Lebih-lebih kalau kerja tu client nak urgent. Kalau boleh, kaki dan tangan Sis nie pun nak buat kerja serentak! Hahhahaaha…. 




Sis dapat kenalpasti kalau sendi-sendi Sis ni tak sihat, antaranya rasa lenguh-lenguh dan kebas tu berpanjangan, mudah tegang dan kejang pada sendi, mula terasa bengkak pada sendiri, bunyi ‘kriuk-kriuk’ pada sendiri dan juga rasa sakit pada sendi bila Sis nak bergerak. 

Ayoooo, memang seksa sangat. Biasalah kan bila usia semakin meningkat usia, tulang-tulang kehilangan kalsium dan mineral menyebabkan kepadatan tulang pun turut berkurangan.

Nak jadi cerita, kebetulan pula Sis memang tengah menanggung kesakitan di bahagian pinggang. Rasa macam pinggang nak putus pun ada weyy…. Gilos sakitnya! 

Huhuhu… Kebetulan ada kawan Sis suruh Sis try produk Lanconone. Katanya mampu memberikan kelegaan sakit sendi yang pantas sebab dia sendiri dah try. 

Disebabkan Sis memang dah tak tahan, kerja pula tengah banyak huhhuhu… jadi Sis pun cubalah dan apa yang membuatkan Sis tak ragu-ragu untuk mengambilnya, sebab ia selamat dimakan dan tak ada kesan sampingan.





LANCONONE PRODUK HERBA YANG TELAH DIKAJI SECARA KLINIKAL

Lanconone® merupakan produk herba yang telah dikaji secara klinikal. Malah produk ini juga telah diuji keberkesanannya berbanding ubat tahan sakit NSAID ibuprofen (menurut jurnal Trials 2016). Hasil ujian tersebut mendapati ubat herba ini berfungsi dengan cepat melegakan sakit dan menyokong pemulihan sendi selepas 12 minggu. 

Ia diperbuat daripada gabungan 7 herba Ayurvedik menjadi satu formula. Lagipun produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ekstrak bahan mentahnya diimport dari India dan dikilangkan di sebuah kilang OEM di Kuala Lumpur.

YANG BOLEH MAKAN PRODUK LANCONONE:
Produk Lanconone ini disarankan diambil oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah sakit sendi, mereka yang allergi kepada ubat tahan sakit NSAID, pesakit sendi yang mempunyai masalah sakit usus, jantung, buah pinggang dan hati. 

Malah bagi mereka yang sedang makan ubat diabetis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan gastrik pun boleh makan ubat herba Lanconone® ini.

CARA PENGGUNAAN:

Pengambilan 2 biji pil kapsul Lanconone® setiap hari selepas makan.

7 JENIS HERBA AYURVEDIK TERSEBUT ADALAH:

* Commiphora mukul

* Pluchea lanceolata

*Boswella serrata

*Withania somnifera

*Oroxylum indicum

*Smilax china

* Zingiber officinale




NuvaLanconone nie dah masuk dalam pasaran Malaysia sejak Januari 2018 lalu dan dijual dengan harga RM160 sebotol yang mengandungi 50 biji kapsul. Korang boleh juga dapatnya di Guardian, Caring dan semua rangkaian farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. 

Sis dah try makan, alhamdullilah… rasa keberkesanannya. Lanconone memang mampu melegakan kesakitan sendi yang Sis alami. Kebetulan tengah sakit… so, korang yang ada sakit-sakit sendi tu, bolehlah cuba. Mana tau serasi… kan…

Sekian sahaja, sampai jumpa lagi. Tata.



Thank you #NuvaLanconone kerana melegakan kesakitan sendi yang Sis alami baru-baru ini.

Lurve,
Sis Anie Mohamed