INILAH BUFFET RAMADHAN YANG PATUT DINIKMATI. CUKUP MEWAH DENGAN MASAKAN MELAYU DAN WESTERN. NIKMATI PELBAGAI HIDANGAN LAZAT YANG PASTINYA MENEPATI CITARASA TRADISONAL KORANG. PELBAGAI JENIS JUADAH MENARIK, ENAK DAN PADA HARGA BERPATUTAN DI RESTORAN FUNTASIA, HOTEL BANGI-PUTRAJAYA.


Sebenarnya nie first time Sis menikmati Buffet Ramadhan Hotel Bangi-Putrajaya.Terima kasihlah sebab sudi mengundang Sis untuk sama-sama memeriahkan majlis preview Buffet Ramadhan yang lalu. Bagi korang yang tak tahu, Hotel Bangi-Putrajaya nie dahulunya dikenali dengan nama Hotel Equatorial Bangi.

Lokasinya tentulah berdekatan dengan Putrajaya, 20 minit macam tu dah sampai ke Putrajaya. Dari Shah Alam pula, adalah dalam 45 minit kalau tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang cukup menyeksakan... huhuhu...



Pertama kali menjejak kaki di hotel ini, terasa cukup tenang. Cuma, Sis tak sempatlah nak explore kawasan persekitaran hotel, tapi dekorasinya memang tersusun dan nampak tenang.Syok kot kalau dapat stay sini berehat dan menenangkan diri semalam dua. Hahhahaa…









Okaylah, kita sambung cerita tenang buffet ramadhan yang disediakan di sini.Serius.. makanannya cukup mewah. Tengok sahaja pada paparan gambar-gambar yang Sis kongsikan di sini. Segalanya pasti memenuhi citarasa korang.

Bagi yang baru pertama kali datang, sure tak akan menyesal dan rasa nak datang lagi pekena buffet ramadhan kat Hotel Bangi-Putrajaya nie.
Daging kambing panggang empuk sekali, tu yang cepat habis!!

Kambing Panggang Golek... cepat jer licin!

Peminat daging itik (kiri) jangan lepaskan peluang ye untuk menikmatinya. Tapi Sis hanya makan yang sebelah kanan tu jer (ayam)... hahha...

 
Macam-macam boleh pilih. Antara menu yang menjadi pilihan ramai sepanjang bulan Ramadhan tentunya Kambing Panggang Golek.Selain itu, terdapat juga murtabak, roti canai, nasi kandar, pizza, spaghetti carbonara dan juga spaghetti bolognese. 

Rojak pasembor,laksa penang, pulut kukus dengan serawa durian, aiskrim, cendol dan pelbagai pilihan kuih muih, pencuci mulut, buah-buahan dan macam-macam lagi.









Sis tak dapat nak rasa semua, sebab terlalu kenyang. Lagi satu yang buat Sis teruja,banyak makanan yang cukup menyelerakan dan kena dengan selera Sis. Kuih-muih tradisional dan nasi berlauk mak aii… banyak pilihan. Memang rambang mata bila tengok itu, ini, semuanya sedap! Hahhaha…
Okaylah, kalau korang ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan, bolehlah hubungi
talian 03-8210 2222 atau emel : fb_reservation@hotelbangi-putrajaya.com
Website : www.hotelbangi-putrajaya.com









Harga Buffet Ramadhan 2018
Dewasa; RM120 nett
Kanak-kanak: RM 60 nett (umur 4 hingga 12 tahun)
Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah : Percuma
Tapi dengan promosi JOM IFTAR yang bermula pada 17 Mei sampai 14 Jun 2018, bolehlah dapat murah sikit. RM90 nett untuk dewasa dan RM45 nett untuk kanak-kanak. Sempat lagi kalau korang nak kejar promosi Jom Iftar Hotel Bangi-Putrajaya








                                              Antara port makanan fav Sis nie.... hehe hehe...
Okaylah, sekian dulu catatan Sis kali ini. Sebelum berpisah,sekali lagi Sis nak beritahu ni, kalau teringin sangat nak pekena buffet ramadhan kat hotel, pergilah ke Hotel Bangi-Putrajaya.

Harganya sangat berpatutan dan hasilnya tak mengecewakan korang sama sekali! Sis pun berhajat nak bawa famili untuk datang berbuka puasa di sini lagi. Insya-Allah, dan nanti kita jumpa di sana. Hahhaa.. haha..





Lurve,
Sis Anie Mohamed