RAYA DAH TAK LAMA LAGI. BAGI KORANG YANG MASIH TERCARI-CARI BUTIK BEST UNTUK MEMBELI BAJU RAYA, JOM KITA SERBU BUTIK NOVERMBERMATE, DI BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI NIH.







Sis sempatlah juga merisik-risik baju-baju raya yang dijual di Butik NovemberMate yang bertemakan Romantic Raya Collection 2018. Wow, banyak juga koleksi baju raya yang cantik dan menambat hati. Bagi korang yang menyukai warna pastel, sesuai sangatlah singgah di butik NovemberMate.

Butik NovemberMate merupakan butik berkonsepkan vendor.Jadi, sebab itulah Sis kata memang best kalau korang bershopping raya kat sini. Ramai juga online seller yang menyewa tapak di butik NovemberMate, dan korang bukan sahaja boleh membeli baju raya. Pakaian kasual,pakaian muslimah, tudung ataupun aksesori seperti kasut,handbag pun dijual di sini.




Memang rambang mata Sis dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila tengok koleksi baju raya yang sedondon buat ibu dan anak. Memang berkenan habis, tapi macam biasalah. Bab baju-baju yang dah siap sedia nie, Sis susah nak cari size yang betul-betul ngam dengan bentuk badan Sis. Al-maklumlah, Sis nie ‘chinonet’ jer.

Kalau baju ok, kain pula yang bermasalah. Hishh… memang susah nak dapat size yang sepadan dengan Sis gitew.Apapun, Sis yakin korang akan berpuas hati bila shopping kat Butik NovemberMate nie.







So, selamat bershopping dengan suasana yang cukup tenang, selesa dan banyak pilihan!
Sekian catatan sis kali ini. Jumpa lagi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Batin.





Lurve,
Sis Anie Mohamed