Ternyata projek sulung #darihati123mamanet menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Awal-awal lagi Booth123mamanet diserbu! Bahkan tak sampai satu jam,segala barangan keperluan yang telah disumbangkan oleh pihak penaja termasuk orang perseorangan habis licin. Syukur allhamdulillah.
Melihat pada sambutan yang diberikan, Sis sendiri berasa amat terharu.Selalu kita sangka,orang lain tak macam kita.Kita nie memanjang jer susah.Tak habis-habis banyak masalah dan sentiasa dihimpit kesusahan hidup sedangkan rupa-rupanya masih ada insan yang lebih teruk dan sukar menempuh kehidupan berbanding dari kita.
Projek #darihati123mamanet ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan ibu tunggal menjelang Ramadan yang bakal tiba.
Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam dan para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.Tiada sebarang jualan, belian dan sistem barter sepanjang aktiviti ini berlangsung. Semuanya diberikan secara PERCUMA!
Seramai 26 orang anak yatim di bawah kawasan pentadbiran MBSA telah dibawa ke booth 123mamanet untuk menerima sedikit sumbangan daripada pihak penaja, QSR Ayamas |
Cik Amy, wakil daripada QSR-Ayamas menyampaikan sumbangan tersebut kepada anak-anak yatim ini. |
Projek #darihati123mamanet turut menyedarkan Sis betapa kesusahan yang diterima setiap daripada kita yang hidup di dunia ini berbeza-beza. Belilah kesusahan kita dengan sikap yang baik! Jika kita ada rezeki lebih, apalah salahnya jika kongsikan apa yang ada bersama mereka yang kurang bernasib baik. Paling penting, bersedekah dengan penuh keikhlasan tanpa mengira bangsa dan agama. Sekurang-kurangnya kita dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh mereka yang kesempitan dalam hidup di bumi Malaysia ini.
![]() |
Hanya yang mempunyai KUPON sahaja yang layak untuk menerima sumbangan tersebut. |
Bagi korang yang ingin turut serta dalam projek #darihati123mamanet, jangan segan-segan ya. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu meringankan beban mereka.
YB Kota Anggerik,Najwan Halimi, sporting orangnya! |
Datuk Bandar Shah Alam,Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, turun padang memeriahkan Eco Free Market, anjuran MBSA |
Apa yang lebih mengharukan, usaha murni projek amal #darihati123mamanet ini turut mendapat perhatian daripada Datuk Bandar Shah Alam,Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan juga YB Kota Anggerik,Najwan Halimi yang turut serta mengagihkan keperluan tersebut kepada pengunjung yang memerlukan sewaktu mereka hadir ke booth 123mamanet.
Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penaja yang sudi membantu kami merealisasikan usaha murni ini.
@gurdianmalaysia
@kedai_ayamas
@kidzaniakl
@disnyechannel
@anmumofficial
@thecoffeebean
@sacitycouncil
#qsrbrands
#indeedcommunications serta orang perseorangan

Begitu juga kepada kengkawan dan semua yang terlibat untuk turut serta menjayakan projek #darihati123mamanet ini, terima kasih tak terhingga.
@liza_ali_penulis - Allhamdulillah, penat lelah kita tidak sia-sia dan tercapai jua impian sekalipun di saat kesukaran!
@kolinzainal - Tq beb. Kita sambung lagi projek nie ya!
@beeabdullah – Semangat! Get ready untuk projek yang akan datang. Bersama kami lagi ya... Muaaaahhhh…
@farahanifailulrahman – Jasamu ku kenang. Ayuh, kita together-gether lagi. Mwahs!
Sekian dulu catatan Sis untuk kali ini.Apa yang pasti,kenangan projek sulung #darihati123mamanet ini terlalu bermakna dan manis untuk dikenang.
Sentiasalah berbuat baik, Insya-Allah hidup kita akan dikelilingi oleh kebaikan-kebaikan, bersama orang-orang yang baik serta menyayangi kita sekalipun kita bukan siapa-siapa dan tak punya apa-apa, melainkan sekeping hati yang ingin selalu berbuat kebaikan!
4 Comments
Insya-Allah kita buat buat lagi! Chayok! Tahniah sekali lagi!
ReplyDeleteInsyaAllah! Moga ada rezeki kita untuk menjayakan projek ini lagi. Bersedia.... Lepas rayaa nantiiiii....
Deletethaniah uollss ! teruskan buat program macam ni. kat luar sane memang ramai lagi mengharapkan bantuan kita. allahu, tkleh tgk muka anak yatim. sayu hati ni. trbyg dekat ank sendiri.
ReplyDeleteSama-sama tau. Insya-Allah, memang berhajat pun untuk meneruskan projek amal nie... lain macam perasaan bila berhadapan dengan situasi begitu... terasa insaf pun ada...
Delete