expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 16 May 2018

“RAMADAN DINANTI, ZAKAT DI HATI” BESARNYA GANJARAN PAHALA MENANTI!

Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati

“RAMADAN DINANTI, ZAKAT DI HATI”, ITULAH TEMA YANG DIANGKAT OLEH PUSAT PUNGUTAN ZAKAT-MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP) MENERUSI KEMPEN TERBARUNYA BERSEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN UNTUK TAHUN 2018, BERSAMAAN 1439 HIJRAH.




Zakat mempunyai banyak pengertian dan juga hikmah dalam kehidupan kita. Berzakat bukan sahaja mampu mensucikan diri dari dosa serta menyuburkan harta. Bahkan hikmah berzakat sebenarnya lebih daripada itu! Apatah lagi apabila dilakukan di bulan Ramadan, bulan ibadah yang mana pada bulan yang mulia ini Allah melimpahkan banyak kurniaan kepada hamba-hambaNya dengan melipatkaligandakan pahala dan diberikan jaminan keampunan bagi sesiapa yang boleh memanfaatkan segala kebaikannya itu.

Memandangkan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, paling digalakkan untuk mengeluarkan zakat harta, justeru itu Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persektuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan satu kempen yang bertemakan “Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati”. Kempen ini telah dilancarkan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana dan tenang di Wisma PPZ, Shamelin Perkasa, Cheras, pagi tadi.

Buat pengetahuan korang semua, PPZ-MAIWP bertanggungjawab untuk mengutip zakat di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala, Baitulmal-MAIWP pula bertanggungjawab bagi mengagihkan zakat.

7 JENIS ZAKAT HARTA
Zakat adalah harta yang wajib dikeluarkan oleh kita sebagai seorang muslim apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan disalurkan kepada  golongan-golongan yang telah ditentukan dalam syarat wajib  membayar zakat.

Di antara jenis-jenis zakat harta yang boleh ditunaikan adalah:
1.           Zakat Pendapatan
2.           Zakat Perniagaan
3.           Zakat Simpanan
4.           Zakat Emas
5.           Zakat KWSO
6.           Zakat Saham
7.           Qadha Zakat

Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati

TERDAPAT 6 SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT
Sebenarnya tak patut dijadikan alasan sukar untuk membayar zakat, kerana terdapat 6 SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT. Pilih sahaja mana satu saluran yang korang rasa paling mudah, cepat dan menjimatkan masa, andaikata korang betul-betul sibuk dan langsung-langsung tak ada masa!
Oh ya,  bagi yang ingin menunaikan Zakat Fitrah iaitu sebanyak  RM7.00 untuk setiap individu dan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP.

1. 11 Kaunter Zakat
Haaa… terdapat 11 kaunter ya dan Kaunter Zakat-MAIWP ini dibuka pada setiap hari, termasuklah cuti umum. Bermula dari jam 8.15 pagi higga 4.30 petang.
Lokasi kaunternya adalah seperti berikut:
·      Ibu Pejabat PPZ-MAIWP di Dataran Shamelin Perkasa.
·      Plaza Rah, Kampung Baru.
·      Masjid Negara.
·      KLSC, Wangsa Maju.
·      UTC KL, Pudu Sentral.
·      Presint 9, Putrajaya.
·      Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
·      Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong.
·      Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI.
·      Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong.
·      Labuan Times Square.

2. Portal PPZ-MAIWP
Kalau dah susah sangat, langsung tak ada masa untuk menjejak ke kaunter-kaunter zakat tu, gunalah portal PPZ-MAIWP. Pembayaran zakat dibuat secara online ini menggunakan FPX. Nak tahu lebih lanjut, layari www.zakat.com.my

3. Perbankan Internet
Tak pun, korang boleh guna cara perbankan internet. Terdapat 14 bank yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP untuk memudahkan pengguna pembayaran zakat.

4. Skim Thohir
Dulu masa Sis ‘makan gaji’, sebelum bekerja sendiri macam sekarang, Sis pun buat potongan gaji melalui Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat). Lebih mudah kot!Apapun korang kena isi borang 052 dan borang tersebut boleh ambil kat 11 kaunter PPZ-MAIWP atau di portal PPZ-MAIWP ataupun dengan pihak majikan.

5. Autodebit Maybank
Kalau nak buat pembayaran zakat menerusi kaedah autodebit Maybank nie, korang kena dapatkan borangnya dulu. Sekiranya tak faham ataupun inginkan penjelasan lanjut, Sis sarankan korang hubungi talian zakat: 1 300 88 5757

6. Guna MyEG
Kalau dah susah sangat, korang boleh juga buat pembayaran zakat menerusi MyEG. Cuba jenguk portal MyEG www.myeg.com.my

Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati

KEISTIMEWAAN BAYAR ZAKAT DI KAUNTER PPZ-MAIWP:
Sebenarnya kalau nak lebih senang atau puas hati, adalah lebih elok kalau korang pergi bayar di kaunter-kaunter yang disediakan.Ada 11 kaunter PPZ-MAIWP, so pilih sahaja yang mana satu senang korang nak berurusan. Bukan apa, kat situ nanti korang akan dapat taksiran zakat dengan lebih tepat. Turut disediakan juga khidmat nasihat berkaitan zakat, kot-kot kita masih lagi ada rasa ragu-ragu atau kurang faham. Bolehlah bertanya apa yang patut.
 
Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati
Cenderahati istimewa, produk asnaf seperti biskut menanti pembayar zakat
Di samping itu, turut disediakan juga mesin timbang emas untuk kiraan zakat emas, mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus.Bahkan pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran dan banyak lagi keistimewaannya.Lagi satu, pelbagai cenderahati istimewa turut  disediakan kepada pembayar zakat di keenam-enam saluran bayaran zakat yang disediakan. Antaranya adalah produk asnaf seperti biskut.

Bagi korang yang ingin tahu dengan lebih lanjut, sila layari www.zakat.com.my
Atau Hubungi Talian zakat 1300885757
“Ramadan Dinanti, Zakat Dihati”
#ramadanterbaik

Sekian dulu catatan Sis kali ini. Sama-samalah kita merebut keberkatan Ramadan ini dengan memperbanyakan amalan kebaikan. Jangan biarkan bulan penuh keberkatan ini berlalu dengan begitu sahaja dan sia-sia!

Ramadan Dinanti, Zakat Di Hati

Lurve,

Sis Anie Mohamed