BILA TIBA BULAN RAMADAN, AYAM PERCIK ADALAH MENU UTAMA YANG DICARI RAMAI ORANG KALAU SINGGAH DI BAAZAR RAMADAN. LAGI PEKAT DAN PEDAS KUAHNYA, LAGI MERECIK SELERA!
Jadi, jika mahu lebih jimat dan dapat makan dengan lebih puas, Sis kongsikan RESEPI AYAM PERCIK yang menjadi kegemaran Sis seisi keluarga. Yang bestnya, korang boleh buat ayam percik nie dalam dua versi ya. Samada ayam tersebut dibakar ataupun digoreng. Mana-mana pun boleh, ikut korang suka.
Kalau macam Sis, kalau nak cepat memang Sis akan buat ayam percik goreng. Jangan risau, kedua-duanya pun merecik selera. Tapi untuk gambar-gambar nie, Sis share RESEPI AYAM PERCIK BAKAR ye... Terlebih rajin di hari pertama puasa.Hahhaaa… gitew!!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN:
· 6 ketul peha ayam (Sis selalu beli kat Kedai Ayamas sebab senang dah siap-siap potong pehanya tu)
· 5 Biji Bawang Besar (dikisar)
· 2 Biji Bawang Putih (dikisar)
· Sedikit lengkuas (dikisar)
· 8 Batang serai (dikisar)
· 10 tangkai cili padi (dikisar – nak letak boleh tak nak pun tak apa)
· 8 sudu cili kering yang sudah dikisar
· 8 sudu sos cili
· Secukup rasa kicap manis
· Secukup rasa garam
· Secukup rasa gula
· 1 ketul stok ayam Maggi
· 1 paket serbuk santan atau 1 kotak santan segera (sebab nak cepat kan)
Nie lah rupa bahan-bahan yang telah dikisar
CARA MEMASAKNYA:
1. Sis akan buat macam nie untuk AYAM PERCIK GORENG.
Setelah ayam dibersihkan, dan ditoskan, Sis akan garamkan sedikit dan lumur dengan serbuk kunyit dan halia tumbuk. (kalau tak nak letak halia pun ok jer) Biarkan seketika sebelum digoreng separuh masak.
Setelah ayam dibersihkan, dan ditoskan, Sis akan garamkan sedikit dan lumur dengan serbuk kunyit dan halia tumbuk. (kalau tak nak letak halia pun ok jer) Biarkan seketika sebelum digoreng separuh masak.
2. Kalau untuk AYAM PERCIK BAKAR, diamkan seketika ayam yang sudah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit tu sementara kita nak masak kuah percik.
3. Campurkan kesemua bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili padi dan cili kering, stok ayam ke dalam kuali atau periuk.
4. Apabila sudah mendidih, masukan santan, kicap manis,sos cili, gula dan garam. Biarkan ia kembali mendidih sambil dikacau-kacau dengan api yang sederhana besar.
Bila tengok kuah percik dah sebati, masukkan potongan peha ayam dan biarkan separuh masak sebelum dibakar
5. Untuk AYAM PERCIK BAKAR, apabila kuah percik nie sebati, masukkan potongan peha ayam tadi dan biarkannya separuh masak.
6. Bila dah separuh masak, keluarkan dan bakarlah. Lebihan kuah percik yang ada tadi dicurah ke atas AYAM PERCIK BAKAR. Ok, siap untuk dihidangkan.
7. Untuk AYAM PERCIK GORENG pula, apabila kuah percik tu dah sebati, masukkan potongan ayam yang sudah digoreng separuh masak tu. Biarkan sampai kuahnya mengering. Cukup segala rasa, bolehlah tutup api.
Itulah RESEPI AYAM PERCIK versi Sis masak kat rumah nie. Selamat mencuba ya. Bulan-bulan puasa nie, memang tak lalu nak duduk lama-lama kat dapur.Hahaha…
Okaylah, sebelum Sis mengakhiri catatan kali ini, sebelum ketemu lagi di resepi lain hari esok... Sis nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa korang semua. Semoga ibadah puasa tahun ini berjalan dengan lancar, kita diberikan kesihatan yang baik serta mendapat keberkatannya.
Mudah-mudahan juga, Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita hambaNya yang semakin banyak bertaubat dan terus berusaha menggali pahala! Insya-Allah.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments