RESEPI SAMBAL PETAI IKAN MACKEREL

HARI INI HARI KEDUA KITA BERPUASA.KEBETULAN STOK PETAI MASIH ADA DI DALAM PETI SEJUK. BEGITU JUGA DENGAN STOK SARDIN DAN IKAN MACKEREL CAP AYAM.JADI,APAKATA UNTUK JUADAH BERBUKA NANTI KITA TRY RESEPI SAMBAL PETAI IKAN MACKEREL.MAKAN PULA DENGAN NASI PANAS, FUH! ‘TERANGKAT’ KESEDAPANNYA!




Bagi korang yang belum pernah buat atau masak sambal petai ikan mackerel, try lah resepi nie. Actually, RESEPI SAMBAL PETAI IKAN MACKEREL ini dibawakan oleh Ayam Brand sendiri.

Selalunya Sis masak Sambal Petai Ikan Mackerel atau Ikan Sardin Ayam Brand nie, ikut resepi ‘air tangan’ Sis sendiri, tapi hari ini Sis pun nak cuba sama-sama korang resepi istimewa daripada Ayam Brand nie. Ubah selera sikit....




Sis suka ikan mackerel Ayam Brand nie sebab terlajak sedap, ikannya tak mudah hancur hehehe… Pelbagai masakan yang boleh kita buat dengan menggunakan ikan mackerel ataupun sardin dalam tin ini. Sis suka masak nasi goreng atau buat sandwich bubuh ikan mackerel nih. 

Dan sebab itulah mackerel atau sardin dalam tin ni memang sentiasa ada stok kat rumah Sis.. heheh… Paling senang nak masak, lebih-lebih lagi kalau time tak ada mood nak menjengah ke dapur. Mackerel atau sardin Cap Ayam nie lah penyelamatnya. Hehhee….



CUBA! RESEPI SAMBAL PETAI IKAN MACKEREL

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 tin Ikan Mackerel Cap Ayam (Ayam Brand)

4 sudu besar minyak masak

4 ulas bawang putih, dihiris

6 bawang besar, dihiris

1-2 sudu besar cili kisar

4 -5 biji cili padi, ditumbuk

1 inci halia, dikupas dan ditumbuk

1 batang serai, ditumbuk

1 tomato, dipotong enam

1 keping plum kering

½ mangkuk petai (ikut suka hati korang sebenarnya nak letak banyak mana)



Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak dan tumis halia dan bawang putih sehingga layu.

2. Masukkan cili kisar dan cili padi. Masak dengan api kecil sehingga cili masak sepenuhnya.

3. Masukkan serai, plum kering, tambahkan sedikit air (separuh cawan) dan masukkan mackerel. Kacau sebati. Masukkan tomato dan masak pada suhu rendah.

4. Tuangkan petai ke dalam periuk dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga petai masak dan matikan api.

Senang giler kan…. Kejap jer dah siap masak.Rasa sekali pasti nak lagi! Ok, selamat mencuba resepi tersebut dan besok insya-Allah Sis kongsikan resepi-resepi yang lain pula dan confirm sedap!



Selamat memasak semua. Babai…

Lurve,

Sis Anie Mohamed