Safi Shayla

Rambut rosak, berkelemumur dan rambut berbau adalah masalah rambut yang paling besar dan kerap dialami oleh wanita bertudung. Masalah ini sebenarnya boleh ditangani dengan penjagaan rambut yang teratur.

Safi Shayla

Sejak mengenakan tudung, Sis memang tak pernah abaikan penjagaan rambut. Sis tahu, kesan yang terpaksa ditanggung apabila kita kurang menitikberatkan soal penjagaan rambut. Bukan itu ajer, kesilapan memilih syampu yang tepat juga boleh menimbulkan masalah rambut rosak dan sebagainya.


Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur ini mengandungi Micro ZPT Complex, mampu mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan sekali korang bersyampu. 


Mengandungi citrus dan mentol yang dapat membantu mengawal rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma dan memusnahkan minyak yang berlebihan, menghilangkan kotoran dan menyegarkan kulit kepala. 

Mengandungi citrus dan mentol yang dapat membantu mengawal rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma dan memusnahkan minyak yang berlebihan, menghilangkan kotoran dan menyegarkan kulit kepala.
Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut. 








Mengandungi amino complex yang berupaya memulihkan rambut rosak dan memberikan kelembapan pada rambut. 
Terkenang zaman sekolah menengah dahulu, masa awal-awal Sis mengenakan tudung. Masalah gatal kulit kepala dan rambut berkelemumur kerap Sis alami. Tak sah kalau tak hancur tudung, berlubang sana sini tang kepala.Hahaha… bukan apa, sebab tak tahan dengan rasa gatal tu. Jadi, Sis pun cucuk-cucuk kepala yang disaluti hijab berwarna putih tu dengan pensil tekan-tekan ataupun pin tudung. Heaven sangat rasa!! Kihh… kih… kih…






Oklah, tu cerita lama… cerita zaman comot-comot.Hahaha… Sekarang nie, Sis nak cerita tentang produk SAFI yang mana telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung - SAFI SHAYLA. Maklumlah wanita bertudung mempunyai potensi yang lebih besar untuk mengalami masalah rambut. 

Ini adalah kerana keadaan rambut yang terlalu lama terkurung di dalam anak tudung sehingga helaian rambut kita tidak cukup udara untuk bernafas. Keadaan inilah yang membuatkan rambut kita jadi berminyak dan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan dari kulit kepala.



 
Safi Shayla Serum Rambut terdapat dalam dua versi. Mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Moroccan Argan Organik, Minyak Zaitun Asli dan Minyak Vitamin E yang kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksida yang dapat membantu mengurangkan kerosakan rambut, menguatkan rambut dan membekalkan nutrisi untuk rambut supaya lebih sihat dan kuat.


PRODUK PENJAGAAN RAMBUT BERKUALITI

Produk SAFI SHAYLA bukan sahaja telah ditambah baik di dalam variasi syampu, malah kini SAFI SHAYLA turut hadir dengan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang mampu membuatkan kulit kepala menjadi lebih sihat.

Di samping memilih produk penjagaan rambut yang berkualiti, sebagai wanita bertudung kita juga perlu menjaga kesihatan rambut. Jangan sesekali memakai tudung ketika rambut dalam keadaan yang masih basah. Rambut kita boleh jadi berbau dan leper. Ayoooo… nilah yang kita tak mahu. Boleh patahkan mood dan semangat untuk beraktiviti.





Korang yang aktif, kini dah tak perlu risau lagi tentang masalah rambut ni. Sebab apa, sebabnya rangkaian produk penjagaan rambut SAFI SHAYLA ini telah dicipta khusus untuk membantu mengatasi masalah rambut yang dihadapi para wanita bertudung, terutama golongan wanita yang aktif dan lasak. 

SAFI SHAYLA berupaya mengurangkan kegatalan dan masalah kulit berminyak serta meninggalkan kesan keharuman sepanjang hari. Solusi terbaik untuk segala macam masalah rambut. SAFI SHAYLA betul-betul pakar penjagaan rambut wanita bertudung!
Tiada halangan untuk wanita bertudung kekal aktif dan melakukan sebarang akitiviti, mahupun aktiviti lasak.

Bagi Sis, rambut tetap menjadi salah satu bahagian tubuh yang penting. Kalau tudung sahaja cantik, tapi bila duduk sebelah menyebelah, sudah terbau ‘kekepaman’ rambut yang tersorok di sebalik kecantikan dan ‘kemahalan’ tudung yang dipakai, tak berguna juga kan. Kalau korang ada masalah rambut, tyrlah pakai produk penjagaan rambut Safi Shayla – pakar rambut wanita bertudung.




Ok, sampai di sini sahaja catatan Sis kali ini.
Pastikan rambut kita tetap sihat dan terawat sekalipun bertudung!

Lurve,
Sis Anie Mohamed