“Baby Shark doo... doo… doo... doo... doo...” Sememangnya mencetuskan fenomena di seluruh dunia dan disukai oleh ramai orang. Bukan setakat kanak-kanak sahaja, di media-media sosial turut tertular pelbagai video orang-orang dewasa yang turut serta menari lagu ini. Hebat tak hebatlah penangan Pinkfong dan Baby Shark!



Sis sekeluarga pun tak terkecuali, turut terkena tempias lagu Baby Shark dan lagu tersebut turut menjadi kesukaan anak bongsu Sis, Dea Marissa.Bahkan, anak kecil ini juga boleh ingat setiap langkah tarian dan hafal lagunya. Pantang buka Youtube mesti nak Baby Shark.





Bagi Sis, lagu yang diikuti dengan gerakan sederhana ini sebenarnya banyak membawa kebaikan manfaat yang tak terduga. Aktiviti sederhana ini bukan sahaja mampu meningkatkan quality time antara ibu dan anak. Malahan dapat menstimulasikan IQ dan EQ anak-anak.

Muzik sememangnya dapat menstimulasikan seluruh bahagian otak terutama ketika anak-anak kita sedang menyanyi. Mereka boleh memperoleh stimulasi bahasa dan mempelajari pelbagai kosa kata baru daripada nyanyian tersebut. Begitu juga dengan tarian. Secara tak langsung, koordinasi atau gerakan tangan dan kakinya juga akan jadi lebih aktif.

So, janganlah korang bimbang apabila anak-anak kecil kita amat menyenangi dunia muzik. Biarkan sahaja mereka memilih dan bermain alat muzik yang digemari, kerana muzik dapat merangsang otak untuk membaca dan juga mengira dengan lebih baik!



Okay, kita sambung cerita tentang kehangata Mini Konsert Pinkfong dan Baby Shark.Penghujung April lalu telah berlangsung selama 3 hari, Mini Konsert Pinkfong dan Baby Shark di 1 Utama Shopping Centre, GF Highstreet.Sis pun tak lepaskan peluang untuk bawa Dea Marissa ke mini konsert tersebut.

Excited giler Sis dan family dibuatnya sebab Sis tahu Dea Marissa memang fanatik dengan Baby Shark. Tiba di sana, woww! Ramai betul peminat Pinkfong dan Baby Shark nie rupanya. Pada hari tu juga terdapat banyak aktiviti menarik yang dianjurkan. Bagi yang nak dapatkan cenderahati Pinkfong yang comel-comel tu, pun boleh beli kat situ.







Di samping enjoy habis menyaksikan mini konsert PINKFONG & Friends dan turut sama berjoget lagu Baby Shark, dapat juga tak lepaskan peluang menikmati aiskrim Pinkfong Baby Shark. Opss… bukan si kecik tu seorang sahaja yang menikmatinya, abang-abang dan papanya pun tak ketinggalan sama. Nak juga merasa keenakan aiskrim berperisa strawberi berintikan susu nie. Apa ada hal kan…. Lagipun harganya murah habis, hanya RM1.80 sahaja. Memang boleh boronglah! Hahhaa…




Kebetulan juga Hari Raya Aidilfitri dah tak lama lagi, so apakata korang jamu anak-anak kecil yang datang ke rumah dengan menikmati askrim Pinkfong Baby Shark.Begitu juga kalau orang nak buat open house, memang elok sangatlah.Sis pun bercadang nak buat macam tu masa Hari Raya nie. Jamu anak sendiri dan anak-anak buah dengan aiskrim sedap nih.

Tapi nak beli kat mana ya? Ok, korang boleh dapatkannya di Petron, Shell, BHP, Giant,99Speedmart ataupun Mynews. Aiskrim nie telahpun dijual sejak 16 April, 2018 lalu dan korang kena cuba bagi anak-anak rasa! Lagi-lagi kalau anak-anak korang tu peminat setia PINKFONG Baby Shark. Mestilah anak-anak akan rasa lebih gembira pada Hari Raya Nanti. Sis yakin! Hahhaa...




Sampai Jumpa Lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed

#pinkfong #babyshark #babysharkicecream