Epal hijau adalah antara buah yang menjadi kegemaran sis. Korang jangan pandang sebelah mata ok kerana buah nie bukan sahaja mengandungi nutrisi dan mineral. Malahan banyak khasiatnya untuk kita jadi lebih sihat dan cantik!
Cantik? Hahaha… siapa tak nak cantik, kan…Tapi, bukan semua orang suka makan epal hijau sebab rasanya masam-masam manis.Lebih ramai yang memilih epal merah, tapi tak kisahlah sebab kedua-dua buah ini mempunyai keunggulan tersendiri. Kalau dimakan, tak kiralah epal merah atau hijau, manfaatnya tetap kita peroleh.
Rasanya selepas korang baca antara kebaikan ataupun khasiat epal hijau nie, Sis yakin lepas nie ramailah akan suka makan epal hijau. Marilah kita sam-sama berjemaah jadi #gengepalhijau ya … hehehe…
INILAH ANTARA KEBAIKAN/KHASIAT EPAL HIJAU:

1. TURUNKAN BERAT BADAN
Kalau korang punya misi untuk menurunkan berat badan ataupun menjaga kadar gula darah,makanlah epal hijau sewaktu perut kosong.
Cara sebegini dikatakan mampu memberikan tubuh konsentrasi serat lebih tinggi yang mana dapat meningkatkan penghadaman. Secara tak langsung, ia akan membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
2. KULIT LEBIH CERAH DAN BERMAYA
Korang tahu tak, epal hijau nie kaya dengan vitamin C. Dalam pada tu, epal hijau turut mengandungi vitamin A, vitamin B dan juga pelbagai mineral penting seperti zat besi,kalium dan zinc yang sememangnya bagus untuk menjaga kesihatan sel tubuh kita serta melancarkan oksigen di dalam kulit kita.
Memandangkan epal hijau mengandungi vitamin A, B dan juga C, menjadikan gabungan ini berupaya membant dalam melawan radikal bebas dan juga menjaga kulit kita supaya lebih sihat dan nampak segar ataupun bermaya.
Kalau korang rajin, buatlah masker muka. Parut kulit epal dan campurkan dengan sedikit madu. Lepas tu tepek-tepeklah kat muka. Insya-Allah, jika dilakukan secara rutin, kulit muka korang akan jadi lebih halus, cerah dan menyamarkan garis-garis halus atau kedutan di muka.

Lagipun antioksidan yang terkandung dalam epal mampu melawan tanda-tanda penuaan semulajadi di kulit. Di samping itu, buah ini juga bagus untuk merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang merupakan zat yang menjaga kulit supaya tetap anjal dan awet muda.
3. MENYIHATKAN RAMBUT
Bagi Sis, bila berhijab, kita memang perlu lebih menitikberatkan soal penjagaan rambut. Kalau tak jaga betul-betul, mahu diserang kelemumur dan gatal kulit kepala. Seksa! Tanpa sedar, boleh buat kita tergaruk-garuk kepala.
Pengambilan epal secara rutin dikatakan dapat membantu mencegah terjadinya kerosakan rambut serta menjadikan rambut kita menjadi lebih sihat dan nampak cantik.

Kulit epal (dibuat masker) juga dikatakan dapat mengatasi masalah kelemumur ataupun rambut leper disebabkan kelebihan minyak pada kulit kepala.So, nak rambut cantik, sihat dan bersinar, rajin makan epal, rajin pakai masker rambut daripada kulit epal.
4. GIGI LEBIH SIHAT DAN KUAT
Epal hijau juga mengandungi vitamin K dan juga kalsium tau. Ianya sangat bagus untuk menyihatkan dan membuatkan gigi kita menjadi semakin kuat.
Bermakna menjaga gigi supaya tetap sihat bukan sekadar hanya dengan menggosok gigi secara rutin.Apabila kita menggigit dan mengunyah buah ini, serat pada kulit dan juga isi epal hijau akan merangsang pengeluaran air liur.
Apabila kadar air liur tinggi, ia akan menurunkan kadar bakteria dalam mulut yang menyebabkan gigi kita berlubang.
5. MENCEGAH KANSER KULITSebut pasal penyakit kanser, gerun dibuatnya. Apabila ramai di antara kawan-kawan Sis yang terkena penyakit paling ganas ini, Sis semakin menyedari betapa perlunya kita menjaga kesihatan diri, termasuklah menjaga pemakanan harian kita.
Memandangkan epal hijau mengandungi vitamin C yang berguna untuk mencegah terjadinya kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Pengambilan epal hijau secara rutin dikatakan dapat mencegah terjadinya kanser, terutama kanser kulit dan kanser usus.
Itulah sebahagian daripada kebaikan buah epal hijau yang mungkin selama ini tidak kita ketahui. Bila dah tahu nie, marilah kita mulakan hidup sihat dengan menikmati sebiji epal hijau pada setiap hari. Kalau tak nak 'ngap-ngap' begitu jer,minum jus epal hijau pun ok, tak ada masalah dan kita masih boleh mendapat khasiatnya.
Okaylah itu sekian dahulu perkongsian info berkenaan khasiat atau kebaikan epal hijau. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sis Anie Mohamed
0 Comments