Resepi Sambal Tempoyak

Ada tak yang suka makan sambal tempoyak? Kalau orang Pahang, Negeri Sembilan ataupun Perak, sambal tempoyak nie memang favourite. Lagi-lagi sambal tempoyak daun kayu!

Memandangkan Sis orang Pahang, jadi Sambal Tempoyak Daun Kayu memang menjadi antara menu favourite bila pulang ke kampung halaman. Dulu masa emak Sis masih larat, emak memang rajin memasaknya. Tetapi, apabila kesihatannya kurang mengizinkan, Sis lah yang akan take over. Wahh.. gitew…

Sebenarnya baru, empat tiga tahun kebelakangan ini jer Sis pandai masak Sambal Tempoyak nie.Itupun Sis belajar daripada emak, sebab emak dah mula bising-bising. Emak mahu Sis pandai masak Sambal Tempoyak supaya senang nanti bila-bila teringin nak makan, Sis dah mampu memasaknya sendiri.

Petai wajib ada, kalau tak Sambal Tempoyak nie kurang 'kick' 
Cuma, bab-bab mencari daun-daun kayu tu kat bandar memang susah. Lain kat kampung, keliling rumah emak memang penuh dengan pokok-pokok tu, nak petik jer.... Jadi, kalau balik kampung, memang berangkutlah bawa balik bahan-bahan tu kalau rasa-rasa nak masak Sambal Tempoyak. Hihihi… gigih sangat!

Okaylah, tak mahu cerita panjang-panjang lagi. Nak tahu resepinya kan… Tapi Resepi Sambal Tempoyak nie, resepi turun temurun so Sis kongsikan apa yang emak Sis ajar yang Sis masak tu. Bahan-bahan tu pun sama juga, daun kayu yang Sis rasa agak sukar nak cari kat bandar nie ialah daun pucuk Ara tu.Kalau lengkap semua daun-daun kayu nie, memang sedap giler ler sambal tempoyak nie tau dan korang kena cuba buat.

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU



Segenggam daun pucuk ubi (dihiris halus)

5 helai daun kunyit (dihiris halus)

7 helai daun kadok (dihiris halus)

7 helai daun ara (dihiris halus)

7 helai daun kesum (dihiris halus)

10 biji terung pipit (dipotong dua dan direndam kejap supaya tak hitam)

Petai (ambil isinya sahaja)

Segenggam ikan bilis

3 batang serai (diketuk-ketuk)

I cawan tempoyak (ikut sukalah nak taruh banyak ataupun sikit)

Sukatan tempoyak tu, ikut citarasa kita sendiri, ada yang suka letak banyak-banyak! 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

I biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)

15 tangkai cili padi (dtumbuk halus) – kalau tak nak terlalu pedas boleh jer kurangkan.

3 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)

2 cawan santan pekat.

CARA MEMASAK: 

1. Masukkan kesemua bahan yang dihiris halus tadi serta terus pipit ke dalam periuk atau kuali.

2. Kemudian masukkan pula cili padi dan kunyit hidup yang sudah ditumbuk halus.

3. Masukkan juga santan dan tempoyak. 

4. Perasakan juga dengan gula dan garam secukupnya.

5. Apabila sudah mendidih masukan pula ikan bilis dan petai. Masaklah sampai kuahnya pekat dengan api yang perlahan.

6. Apabila sudah cukup masak, rasakan sekali lagi garamnya. Jika ok, bolehlah tutup api.

7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan juga ikan masin… hehehe.. (kalau Sis lah… )

Masak sampai kuahnya pekat ye... 
Okaylah sekian dulu perkongsian RESEPI SAMBAL TEMPOYAK daripada Sis. Selamat Mencuba ya…

Lurve,
Sis Anie Mohamed