Siapa sangka, waktu tidur pun kalori dalam badan kita boleh terbakar. Sis pun baru tahu, jadi Sis kongsikan beberapa info tu di sini.
Walaupun kita sedang tidur, tapi organ-organ tubuh kita nie seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang nie tak pernah berhenti bekerja tau.
Walaupun kita sedang tidur, tapi organ-organ tubuh kita nie seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang nie tak pernah berhenti bekerja tau.
Masa kita tidur jugalah proses regenarsi sel berlaku dan semua tu memerlukan kalori sebagai energinya.
Terdapat beberapa cara yang perlu kita ketahui jika ingin membakar lebih banyak kalori ketika tidur. Antaranya:
1. TIDUR YANG MENCUKUPI
Pastikan waktu tidur kita cukup.Orang yang tidur selama 8 jam pada setiap malam dikatakan mampu menghapuskan lemak di tubuhnya dua kali ganda berbading mereka yang tidur setakat 5 jam. Lagipun, orang yang kurang tidur akan lebih mudah berasa lapar.
2. MAKAN PROTEIN SEBELUM TIDUR
Kalau suka mengunyah yang bukan-bukan sebelum tidur,eloklah minum minuman berprotein.Protein dikatakan sangat membantu pembentukan otot badan. Semakin banyak massa otot yang dimiliki, semakin banyaklah kalori yang kita bakar ketika tidur.
Masa kecil dulu, Sis takut sangat kalau tidur dalam gelap.Macak sekarang pun sama, cuma taklah terang benderang macam dahulukala.
Bagus rupanya kalau kita tidur dalam gelap ini. Ini adalah kerana tidur dalam gelap dikatakan akan membuatkan kita rasa lebih mengantuk dan tubuh kita pun akan menghasilkan lebih banyak hormone melatonin yang berfungsi untuk membakar lemak.
4. JAUHKAN DAN PADAM SEGALA GAJET!
Bukan semua orang sanggup nak berjauhan atau melepaskan genggaman handphone. Padahal, tabiat kita yang tak boleh jauh dan padam gajet itulah yang boleh ganggu pengeluaran hormone melatonin dan kualiti tidur kita.
Serius, kalau korang nak turunkan berat badan, selain daripada pengambilan makanan yang sihat dan bersenam, kualiti tidur juga penting untuk dijaga ok!
5. TIDUR BOGEL
Hahahah… nie memang semacam tak masuk akal.Tapi, tidur tanpa pakaian ini dikatakan mempunyai banyak manfaat termasuklah membantu membakar kalori.
Suhu sejuk membuatkan tubuh menjadi dingin dan kedaan inilah yang membantu pengeluaran lemak baik yang tugasnya membakar kalori dalam badan.Begitulah ceritanya....
Haahaa… tapi Sis ada satu idea lain yang juga berkesan sangat untuk membakar kalori makanan dalam badan. Manalah tau kot-kot ada di antara korang nie yang berhajat nak hapuskan kalori dalam badan dengan cara yang lebih selamat.Nak tahu apa? Baca kat SINI ye.
Okaylah, sekian dulu. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang.
Tataaaaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit foto: Google
Okaylah, sekian dulu. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang.
Tataaaaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit foto: Google
1 Comments
Ok aku nal tidur skrg.hahahah
ReplyDelete