expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 20 July 2018

KETAHUI 5 PUNCA BERAT BADAN NAIK MENDADAK

Punca Berat Badan Naik

RASANYA RAMAI YANG MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN NAIK DENGAN MENDADAK ATAU TIBA-TIBA. APA AGAKNYA YANG MENJADI PUNCA MENYEBABKAN BERAT BADAN KITA NAIK SECARA MENDADAK DAN DRASTIK TANPA DISANGKA-SANGKA?



Punca Berat Badan Naik

Sis pun pernah mengalami situasi sebegini. Masa zaman remaja dulu dan juga zaman dah berusia lanjut nie.Walaupun Sis rasa pengambilan makanan Sis tu ok, tapi berat badan nie adakalanya mendadak juga naik. Tau-tau jer, bila nak sarung seluar jeans tu dah terketat pula! Adoiii…

Memandangkan ketinggian Sis tidak melepasi paras model antarabangsa, masalah berat badan memang Sis ambil peduli. Apatah lagi bila sudah semakin berusia, kesihatan diri termasuklah berat badan perlu diambil kira untuk mencegah dari didatangi pelbagai penyakit.

Apa yang Sis tahu ada beberapa punca atau penyebab yang boleh membuatkan berat badan kita naik mendadak. Antaranya:

Punca Berat Badan Naik

1. STRES
Jangan main-main dengan stres nie tau sebab ia boleh mengundang kenaikan berat badan. Jadi, untuk menjaga berat badan kita supaya tetap ideal, kita kenalah berusaha untuk mengawal emosi dan sentiasa bersikap tenang.

Bukan apa, bila stres atau rasa tertekan, mungkin ada di antara kita yang ‘ngap-ngap’ makanan tanpa disedari.

Punca Berat Badan Naik

2. GANGGUAN TIROID
Bagi kita, wanita yang sudah berusia memang kena lebih berhati-hati. Ambil tahu juga tentang penyakit tidoid nih. Sis dulu pun memang tak pernah kisah, tapi bila tengok member menghidap penyakit ini, teruslah Sis ambil tahu.

Kelenjar tiroid ni rupa-rupanya berfungsi untuk menghasilkan hormone tiroid dalam badan kita. Hormone inilah yang memainkan peranan utama untuk mengatur proses metabolisme serta penghadaman dalam tubuh.

Sekiranya kelenjar tiroid bermasalah, secara tidak langsung metabolisme kita akan terganggu. Metabolisme yang lambat akan membuatkan berat badan kita meningkat naik secara drastik.

Punca Berat Badan Naik

3. PENAT DAN KURANG TIDUR
Kepenatan dan kurang tidur juga boleh menjadi punca berat badan kita naik mendadak tau. Kekurangan tidur akan membuatkan seseorang itu mengalami peningkatan hormone leptin di dalam badannya.

Hormon ini dikatakan mampu menimbulkan rasa kenyang serta dapat membantu mengawal nafsu makan. Kalau hormone leptin kita tinggi, bermakna badan kita akan mengalami gangguan terhadap reaksi rasa kenyang. Akibatnya kita akan berasa kurang kenyang walaupun sudah makan dengan banyak!

4. PENINGKATAN USIA
Pertambahan usia, terutama kita-kita yang sudah menjangkau 40 tahun selalunya lah sukar untuk mendapat berat badan yang ideal.Nak tahu sebab apa? Ini adalah kerana pembakaran kalori dalam badan mula berkurangan sebab pergerakan tubuh kita dah tak sama macam zaman kita muda-muda dulu.

Jadi apa yang kita makan pada setiap hari tidak boleh dibakar sehingga terjadilah pengumpulan segala lemak di dalam tubuh dan membuatkan berat badan kita semakin naik.

Punca Berat Badan Naik

5. TERLALU BANYAK MENGAMBIL GULA ATAU MAKANAN MANIS-MANIS
Korang suka minum minuman yang manis? Sis tak berapa suka sangat, sekali sekala tu oklah. Bukan apa, minuman manis nie banyak kalori dan kandungan gula yang boleh membuatkan lemak terkumpul dan membuatkan badan menjadi gemuk. Apatah lagi minuman tersebut menggunakan gula dan pemanis  buatan.

Itulah antara penyebab atau punca yang boleh menyebabkan berat badan kita naik mendadak. Bagi yang nak kurus boleh KLIK SINI. Rahsianya di situ. Selamat mencuba!


Sekian sahaja. Jumpa lagi. Tataaa…

Lurve,

Sis Anie Mohamed

Kredit foto: Sumber Google