Seminar Online Marketing

Korang dah jadi sahabat zakat? Yang dah jadi tu pasti tahu tentang kewujudan seminar online marketing, anjuran sahabat zakat PPZ-MAIWP, baru-baru ini. Sebagai sahabat zakat, sis juga tak mahu lepaskan peluang yang diberikan untuk turut serta menambah ilmu pemasaran online ini.




Kunci sesebuah kejayaan, tak kiralah bidang apa yang kita ceburi semuanya itu terletak pada kemampuan minat kita untuk belajar.Ramai yang ghairah nak buat bisnes online, tapi langsung tak ada pengetahuan berbisnes online nih. Belajar tak mahu. Tak kan... buta-buta sahaja menyerah diri untuk menanggung kerugian! Tu yang kita tak nak, kan…ada peluang, belajarlah. Tak rugi pun, kan...
Sis pun baru berjinak-jinak dalam bisnes online nie. Walaupun sekadar menjadi dropship, tapi Sis nak juga masuk ke dunia yang dinamik pemasaran digital ini. Jadi, platform yang telah dibukakan oleh Sahabat Zakat – Seminar Online Marketing ini, tidak mahu Sis sia-siakan begitu sahaja. Biarpun dalam tempoh setengah hari, sedikit sebanyak ilmu yang dicurahkan oleh Sifu Marketing, Raja Safuan sangat berguna.



Kami turut diperkenalkan dengan Formula 5P dalam bisnes (i. Produk ii.Pasaran Sasaran iii. Platform iv.Pembayaran v.Pemasaran) yang mana itulah formula asas yang perlu difahami oleh setiap daripada kita yang mahu memulakan bisnes.
Kami turut diajar tentang Strategi Branding Positioning, Asas Ayat Copywriting FB, Timing Update, Ayat Close Deal dan Cara Setting FB Ads. Secara peribadi, Sis topik-topik yang diketengahkan memang bagus sebab skill digital marketing ini perlu dipelajari dan didalami dengan tekun dan tak ramai yang sedar akan kepentingannya. Padahal, pengetahuan ini wajib diketahui oleh sesiapapun yang mahu mengembangkan bisnes onlinenya secara professional.

 

Semoga segala ilmu yang dikutip pada Seminar Online Marketing ini akan terus menjadi motivasi untuk kita lebih sukses dalam bisnes.
Sebab hanya dengan pengetahuan online marketing inilah kita boleh memasarkan produk atau bisnes kita dengan lebih mudah. Secara tak langsung, transaksi jual beli akan menjadi lebih besar. Cuma, disebabkan masa yang ada agak terhad, so topik-topik yang dibawakan oleh Sifu Marketing tu pun, ‘melaju’ sahaja. Hahaha… Tapi, sikit sebanyak adalah jugak yang tersangkut di kepala otak Sis nih.Sis rasa peserta yang lain pun berasa begitu juga.Hehehe... heheh...




Terima kasih Sahabat Zakat, PPZ-MAIWP kerana menganjurkan event yang sangat bermanfaat.



Okaylah, Sis berharap semoga ada kesinambungan lagi Seminar Online Marketing ini. Mungkin sudah tiba masanya kita bersedia dan menjadi mahir dalam Dunia Pemasaran Online! 

Bagi korang yang belum menjadi Sahabat Zakat, apa tunggu lagi. Jom, lah join dengan bayaran RM10 sahaja, korang dah boleh jadi Sahabat Zakat. Nanti, andaikata ada lanjutan untuk Seminar Online Marketing nie, join tau... kita sama-sama timba ilmu pemasaran digital.
Sekian dulu catatan Sis kali ini.
Jumpa lagi. Tataaaa….
Sis pun tekun mahu mengupgrade ilmu marketing terutama bab Copy Writing 
Lurve,
Sis Anie Mohamed