Korang pernah dengar tak, Skim Thohir? Skim Thohir atau Skim Potongan Gaji zakat ini merupakan salah satu cara mengeluarkan zakat dengan mudah dan cepat.



Pagi tadi telah berlangsung majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018), di Wisma PPZ, Dataran Shamelin.Untuk tahun ini,PPZ –MAIWP telah berkerjasama dengan Five Estec Travel Services Sdn Bhd, selaku penaja utama dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB),yang turut menjadi penaja kempen turun padang (kluster).



Pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Puan Sharizan Mohd Saad selaku Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn Bhd.
Selain itu, wakil-wakil daripada majikan seperti LHDN Jalan Duta, UTM KL, Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap kempen ini.
Kalau korang nak tahu, ini merupakan kesinambungan dari kempen Skim Thohir 2016 dan 2017. Objektif utama kempen ini berterusan diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah kutipan dan pembayar zakat pendapatan melalui medium yang paling mudah.Lagipun untuk tahun 2017, telah menunjukkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035 menerusi kempen Skim Thohir (dua fasa).

Manakala untuk tahun 2018 ini, PPZ-MAIWP menyasarkan 4,000 kakitangan membuat potongan zakat, tetapi menerusi satu fasa sahaja dan target keseluruhan kutipan untuk tahun 2018 ini disasarkan sebanyak 650 juta.

Jadi, korang yang makan gaji tetap tu bolehlah membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji. Serius, lebih memudahkan dan menjimatkan masa untuk korang yang memang ‘supersibuk’, pelupa dan selalu rasa tak cukup masa!

Korang tak payah nak pening-pening kepala,nak pergi membayar, bersesak-sesak dan sebangainya. Tahu-tahu sahaja, cukup bulan, tanggungjawab korang untuk zakat pendapat korang dah settle! . Potongan ini akan dibuat setiap kali pembayaran gaji dibuat pada setiap bulan.



Apa yang best, kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018), berlangsung empat bulan ini (1 Julai – 31 Oktober, 2018) turut menawarkan 10 hadiah percutian, termasuk hadiah utama iatu pakej Umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn.Bhd, bernilai RM28,000.
Bagi korang yang memang dah buat pembayaran zakat menerusi potongan gaji, korang hanya perlu membuat penambahan potongan gaji zakat ada sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.Korang kena isi borang potongan Gaji Zakat (Skim Thohir).
Secara tak langsung, korang pun turut berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik tu. Para pemenang akan diumumkan di Karnival Zakat yang bakal berlangsung pada November 2018.



JOM SERTAI KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018)

Silalah isi borang Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir). Korang boleh dimuat turun di portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my atau korang boleh ke 11 kaunter PPZ-MAIWP untuk mendapatkan borang tersebut.
Selain itu, boleh didapati di tujuh lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP atau menghubungi Talian Zakat PPZ-MAIWP di 1300-88-5757 untuk maklumat lanjut.


NAK TAHU LEBIH LANJUT, HUBUNGI:

Talian Zakat 1- 300 – 88 – 5757
Portal Zakat http://www.zakat.com.my

Lepas tu nanti, korang akan tengok kat slip gaji korang tertera potongan gaji zakat. Korang juga akan menerima penyata bayaran zakat dua kali setahun dari PPZ-MAIWP.
Senang, kan dan sis rasa inilah kaedah paling selamat dan pantas dalam membayar zakat. Semoga kempen ini dapat meningkatkan jumah pembayar zakat sekaligus dapat membantu dan membela nasib golongan-golongan asnaf yang memerlukan.
Sekian sahaja catatan Sis kali ini.Semoga dengan berzakat ini kita akan memperoleh rezeki yang lebih berkat dan bertambah!

Rezeki yang berkat, walaupun sedikit rezekinya, namun akan dicukupkan hidup kita oleh-Nya. Itulah antara kelebihan berzakat yang tidak boleh kita nafikan.




Lurve,
Sis Anie Mohamed