Wedding Homestay

Kahwin? Sebut pasal kahwin, siapa yang tak mahu majlis perkahwinannya menjadi kenangan terindah untuk diabadikan sepanjang hayat!




Setiap pasangan pengantin yang bakal melayari bahtera perkahwinan pasti mengharapkan kesempurnaan untuk majlis perkahwinannya.Kalau boleh, langsung tak nak sikitpun ada cacat celanya.



Kalau korang nak majlis perkahwinan korang nanti berlangsung dalam suasana yang tenang,selesa dan tak kelam kabut, eloklah korang buat persediaan yang rapi. Sebenarnya untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang cukup berkesan, tidak semestinya korang perlu berhabisan wang ringgit.

Korang masih boleh memiliki sebuah majlis perkahwinan yang sederhana, tetapi cukup mengesankan dan lebih jimat dengan konsep “Wedding Homestay”.





CETUSAN IDEA BARUKalau korang nak tahu, konsep perkahwinan di homestay ini tak ubah seperti mengadakan majlis perkahwinan di rumah sendiri. Bahkan tiga majlis, akad nikah, malam berinai dan resepsi boleh diadakan sekali di situ keadaan yang lebih selesa, tenang dan tidak kelam kabut!



“Homestay’ atau rumah inap yang telah dilengkapi dengan dekorasi dalaman menarik serta fasiliti serba lengkap kini menjadi pilihan ramai bakal pasangan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan.

“Wedding homestay” boleh dijadikan alternatif sebagai saksi momen terindah dalam hidup korang. Lagipun, korang tak payah nak fikir-fikir lagi tentang kekemasan,kebersihan rumah atau kepenatan yang terpaksa ditanggung sebelum dan selepas majlis perkahwinan korang tu.

Datuk Jalaluddin Hassan dan Ybhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, antara tetamu Vvip yang hadir. 
Baru-baru nie Sis berkesempatan berkunjung ke salah satu homestay, bersempena Majlis Rumah Terbuka yang diadakan oleh Syarikat RNN Catering & Event Management . Kediaman dua tingkat ini sememangnya dijadikan lokasi majlis “Wedding Homestay" oleh pihak syarikat tersebut.

Terpegun seketika Sis dengan kemeriahan majlis serta keenakan masakan yang disediakan oleh Hot Catering & Event dengan kepakaran Chef Yang Jamil. Semua lauk pauk dan pemanis mulutnya enak-enak belaka. Sampai Sis tak tahu nak pilih mana satu makanan yang hendak dulu dirasa!

Team Hot Catering & Event bersama Chef Yang Jamil 








Untuk pengetahuan korang, syarikat ini kendalikan sepenuhnya oleh RNN CEM SDN BHD yang beroperasi di Jalan Sentul Kuala Lumpur. Ia diterajui oleh Puan Fadlina Lai (Pengarah Urusan),Encik Khairul Haizal (Marketing Officer), Encik Kamarul Izwan (Operation Manager) Dan Chef Norhashimah (Head Chef) serta team team hebat yang lain.

Tiada apa yang perlu korang risau jika mengambil perkhidmatan yang ditawarkan kerana syarikat ini punya pengalaman lebih 15 Tahun dalam industri katering dan pengurusan majlis sebegini. So, dan tentulah mereka nie dah ‘expert’ dan cukup professional dalam mengendalikan setiap majlis yang dipertanggungjawabkan.



Di samping itu, RNN Catering & Event Management juga turut menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis kecil- kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian dan lain-lain lagi.Jangan risau sebab makanan yang disediakan memang sedap dan terdapat dua pilihan menu makanan.

Nak menu biasa ataupun menu kampung, korang pilih jer. Begitu juga dengan Pakej Wedding Homestay. Antara menu yang menjadi hidangan mempelai ialah Ayam Golek, Udang, Ikan Siakap Masak Sweet Sour, Sayur Campur dan Buah-Buahan.



“WEDDING HOMESTAY” PILIHAN TERBAIK
Bagi korang yang inginkan suasana majlis perkahwinan seperti di rumah sendiri inilah pilihan terbaik. Korang tak payah nak pening kepala lagi kerana semuanya telah di sediakan.

Kediaman dua tingkat, 4 bilik tidur serba lengkap dengan perabot dan 5 buah tandas ini boleh digunakan pengantin dan ahli keluarga. Hiasan dalaman yang cukup menarik, tenang dan selasa ini merupakan sentuhan Pak Abu.







Okaylah, bagi yang berminat tu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan RNN Catering & Event Management Sdn Bhd. Lagipun sekarang nie dorang tengah mencari 10 orang bertuah untuk mendapat diskaun hebat iaitu REBAT sehingga RM8000!!
Seriusss…. Berbaloi sangat tu!

Kalau korang ada sebarang pertanyaan atau berhajat nak buat tempahan, sila hubungi:-

RNN Catering &Event Management Sdn Bhd,
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir,
Jalan Sentul,
51100,WP Kuala Lumpur.
Office: 010-3672383 / 013-2829394
Hotline : 016-873 4032 /012-325 2383
Email: sales.hotcatering@gmail.com

Jumpa lagi kita di catatan Sis akan datang. 
Jangan lupa tau, hubungi dorang kalau nak nampak majlis perkahwinan lebih eksklusif walaupun dengan konsep “Wedding Homestay”.
Meriah dan grand punye lah!!




Lurve,
Sis Anie Mohamed