Wedding Studio Sdn Bhd

Kita dah semakin hampir ke penghujung tahun dan kalau korang ada plan untuk buat majlis kahwin, try la pakej perkahwinan di Summit Hotel, Subang USJ yang dibawakan oleh Wedding Studio Sdn. Bhd






Baru-baru ini Sis telah diundang untuk menghadiri Majlis Pratonton Dewan & Sajian dari Wedding Studio Sdn Bhd yang berlangsung di Summit Hotel, Subang USJ. Meriah tak terkata, dah macam betul-betul majlis kahwin. Dekorasi dewan, perghh… memang superb. Nampak gah dan cantik sangat.



Dengan pakej RM10,000.00 sahaja korang boleh sewa hall atau dewan untuk 10 meja tetamu, 100 kerusi banquet, 2 dome VIP, pelamin nikah atau tunang, sepasang baju untuk pengantin lelaki dan perempuan, sekali mekap, in house PA system, microphone, raw photograpy berserat CD, raw videography berserta CD, satu bilik standart Summit Hotel untuk satu malam.



Bercakap tentang menunya pula, untuk pakej tu korang akan dihidangkan dengan nasi putih, ayam goreng rempah, daging kari ubi kentang, sambal belacan, ulam-ulaman, buah tembikai, buah oren, air mineral, air sanquick oren, the tarik, kuih seri muka (50pcs) dan karipap(50pcs).





Tapi kalau korang ada bajet lebih, dari RM28,000.00 sehingga RM33,000.00, dah boleh dapat pakej lengkap.Ianya termasuk penyewaan dewan ballroom untuk 80 meja dan 800 kerusi bersarung riven, 4 dome VIP, sebuah pelamin moden, sepasang baju untuk kedua mempelai, satu kali mekap, PA System, pengacara majlis, meja makan beradap, raw gambar dan video berserta CD, 1 projector termasuk skrin, holding room, 3 parking VIp. Dan bukan itu ajer tau, pasangan mempelai turut disediakan Suite Summit Hotel untuk satu malam.









Sis rasa bertuah sebab turut diundang ke majlis pratonton tersebut, sebab pada malam itu Sis sekeluarga berpeluang menikmati menu hidangan yang enak, menjamu mata dengan dekorasi dewan dan koleksi baju-baju pengantin rekaan terbaru mereka yang begitu menambat hati. Halwa telinga pun turut enak disajikan dengan persembahan dua artis hebat tanah air, Ara Johari dan Hael Hussaini, serta persembahan mantap, band dan tarian yang dibawakan oleh Wedding Studio Sdn.Bhd.



So, kalau korang tercari-cari pakej perkahwinan yang serba berbaloi, jangan teragak-agak untuk menghubungi mereka. Pakej perkahwinan yang mereka sediakan ini bukan hanya di Summit Hotel, USJ subang jer tau. Tempat-tempat lain pun ada, antaranya Grand Bluewave Hotel, IDCC Shah Alam, SACC Shah Alam, Lava Garden & Atmosphere Sri Kembang dan Crystal Hall.



Okay, sekian dulu catatan Sis kali nie dan terima kasih Wedding Studio Sdn Bhd kerana sudi menjemput Sis sekeluarga untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Ianya sesuatu yang manis untuk di kenang!!



Jumpa lagi. Bye,
Lurve,
Sis Anie Mohamed