Sebelum ini 123mamanet.com telah melaksanakan program amal ini menerusi Program Eco Free Market, kerjasama MBSA sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada 13 May, 2018 lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Objektif projek #darihati123mamanet 2.0 ini merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk memberikan kegembiraan serta keriangan kepada anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera
No: 23 Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, Cheras,56000, Kuala Lumpur.
Pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka lalui apabila kehilangan kasih sayang dan juga perhatian insan-insan disayangi. Tambahan pula di usia yang masih mentah. Rumah Bakti Nur Syaheera menempatkan 30 orang anak yatim, yatim piatu dan juga asnaf terbiar sejak 2009.
Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan memupuk semangat bertimbang rasa seluruh warga Shah Alam serta para pembaca 123mamanet agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan sumbangan.
Aktiviti sambil belajar yang berlangsung lebih 5 jam di Kidzania memberikan anak-anak ini merasai keseronokan dunia pekerjaan impian mereka. Apa yang pasti, kunjungan anak-anak dari Rumah Bakti Nursyaheera ini menjadi satu pengalaman berharga buat mereka.
Pelbagai pengalaman kerja yang dirasai dan ia boleh menjadi pencetus semangat dan azimat kepada anak-anak ini untuk lebih fokus dalam bidang yang ingin mereka ceburi nanti.
MENJAMU SELERA DI McDonald's
Setelah penat menimba ilmu, bermain sambil belajar di Kidzania, anak-anak ini dijamu pula dengan menu Happy Meals, tajaan McDonald’s Malaysia. Keseronokan dan kegembiraan jelas tergambar pada raut wajah masing-masing.
Terima kasih kepada Kidzania Kuala Lumpur dan McDonald’s Malaysia kerana sudi untuk turut serta menjayakan Projek #darihati123mamanet kali ini. Harapan Sis, semoga lebih banyak lagi syarikat korporat, NGO dan agensi kerajaan yang sudi bersama-sama kami untuk Projek #darihati123mamanet akan datang.
Jadi, kepada sesiapa yang sudi tu jangan ragu-ragu ya untuk hubungi Sis. Marilah kita bersama-sama memupuk semangat menjadi warganegara yang prihatin, bertimbang rasa dan bertanggungjawab terhadap komuniti di persekitaran. Lagipun Malaysia nie kan #kitapunya
Okay, sampai jumpa lagi.
Terima kasih yang tak terhingga.

@liza_ali_penulis @beeabdullah @kolinzainal - Tq beb.
Kita sambung lagi untuk projek #darihati123mamanet3.0 yang akan datang.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments