Canmake

Sesiapa pun tak mampu untuk mengelak proses pertambahan usia. Semakin bertambahnya usia, kulit muka kita pun akan mengalami penuaan.Akan wujud tompok-tompok coklat dan garis-garis halus di muka. Tapi semua itu bukanlah penghalang untuk kita tampil muda remaja. 


Nak tahu produk make up apa yang boleh membuatkan wajah korang nampak lebih muda dari usia yang sebenar?Baca artikel ni sampai habis ok.



Korang pernah dengar, Canmake tak? Canmake, merupakan salah satu jenama kosmetik yang terkemuka di Jepun dan sudah 33 tahun bertapak di negara asalnya itu. Jadi, tak hairanlah Canmake nie begitu popular kat Jepun.
Ramai gadis, tak kira tua mahupun muda yang menyenangi produk make up Canmake. Korang nak tahu sebab apa? Sebab, bila kita make up dengan menggunakan rangkaian produk Canmake, tak kiralah foundation, bedak padat, blush on, eye shadow ataupun lipstik, ia tak membuatkan muka kita nampak “berat’ dan lebih tua.



Lagi satu, yang Sis perasan lah bila pakai foundation dan bedak secara nipis, ia akan memberikan kesan natural dan segar pada kulit muka kita. Efek natural dan segar di hasilkan oleh Canmake, membuatkan produk ini semakin dipercayai oleh ramai pencinta make up.



So, kalau korang suka trend make up yang natural dan segar, boleh try foundation, bedak padat, eye shadow, blush on atau lipstik Canmake nie. Nak cari kat mana? Cari kat Guardian ok.
Sis dah cuba main mekap-mekap dengan Canmake, hasilnya memang nampak natural. Untuk elakkan muka Sis nampak pucat, Sis gandingkan solekan natural dengan Canmake lipstik berwarna terang.
Kalau korang suka mekap yang simple-simple, nampak fresh bolehlah try. 

Sis paling suka:
* Canmake Beauty Powder 

* Canmake Marshmallow Finish Base

* Canmake Perfect Stylist Eyes

* Canmake Stay-On Balm Rouge
Inilah hasilnya... solekan Sis nampak natural dan fresh jer kan... 
Ternyta produk ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan solekan yang lembut atau natural.Selamat jatuh cinta dengan Canmake!

Sekian catatan Sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tata..

Lurve,
Sis Anie Mohamed