Korang pasti stress bila tengok kat cermin, muka nampak kusam macam orang sakit dan tidak bermaya. Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kulit kulit kusam.

penyebab kulit muka kusam

Fenomena Kulit Kusam


Kulit kusam juga seringkali dianggap sebagai petunjuk kepenatan dan kekurangan cahaya dalam rutin kecantikan harian. Namun, sebaliknya, kulit yang kelihatan kusam mungkin menyembunyikan beberapa sebab yang lebih dalam di sebalik tirai kecantikan.

 Artikel ini akan mengungkap rahsia di sekeliling fenomena kulit kusam, menggali sebabnya dari perspektif kekurangan kelembapan hingga pendedahan kepada sinar UV yang merosakkan. 

Jom  kita teroka bagaimana faktor-faktor seperti kurang tidur, pencemaran dan bahkan stres dapat menarik tirai kegelapan di wajah serta langkah-langkah praktikal untuk mengembalikan cahaya semulajadi kulit tersebut.

Punca atau Penyebab Kulit Muka Kusam

1.Pengumpulan Sel Kulit Mati

Sel-sel kulit mati biasanya akan terkumpul pada permukaan kulit dan akan membuatkan kulit muka menjadi kusam. Jadi, sebab itulah kita perlu melakukan skrub muka paling kurang 2-3 kali semiggu untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.

2.Pencemaran Udara 

Masalah kulit kusam juga kerap menyerang seseorang yang kerap melakukan aktiviti di luar. Terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan pencemaran udara juga boleh menjadi salah satu penyebab kulit kusam. 

Secara tak langsung pencemaran tersebut akan membuatkan kelembapan kulit berkurangan dan menjadikan kulit muka kering serta kasar. 

Baca Juga: 

6 Makanan Buat Kulit Awet Muda




penyebab kulit muka kusam

3. Kekurangan Air Dalam Badan 


Selain memerlukan nutrisi dan vitamin untuk menjaga kesihatan dan kecantikan, kulit juga memerlukan pengambilan air masak yang secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh membuatkan perjalanan darah menjadi tidak lancar serta mengurangkan jumlah darah yang mengalir menuju ke kulit.
Keadaan ini akan membuatkan kulit nampak kusam, pucat dan cepat mengalami penuaan semulajadi.

4. Kekurangan Zat Besi

Kekurangan zat besi juga boleh membuatkan kulit menjadi kusam. Antara mineral penting untuk kulit ialah zink dan iron. Mineral ini dapat membentuk anti oksidan semulajadi pada tubuh yang dapat menutrisi kulit supaya kekal sihat berseri.

5. Stress

Jangan main-main tau, fikiran kita juga boleh mempengaruhi kulit. Stress boleh menyebabkan kulit muka kita menjadi kusam!

Ketika fikiran kita stress atau tidak tenang, hormone cortisol dalam badan akan meningkat dan membuat pengaliran darah kita menjadi lebih laju. Sungguhpun begitu, pengaliran darah tersebut tidak menuju ke kawasan muka. Akibatnya, kulit muka kita nampak pucat dan kusam.

6. Kurang Tidur

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kulit kelihatan letih dan kusam. Kulit memperbaiki dan memperbaharui dirinya semasa kita tidur.


Cara Untuk Mencegah Kulit Kusam

Korang pernah dengar atau tahu tak, produk Safi Fair Beauty? Produk ini dikatakan mampu menyelesaikan masalah kulit wajah yang kusam serta tona kulit yang tidak sekata.

Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah – SAFI Fair Beauty sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis.


Safi Fair Beauty


Produk ini telah diberikan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang.Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. 


limau gedang


Ekstrak Organik Limau Gedang

Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

Safi Fair Beauty


8 Kelebihan Safi Fair Beauty


* Mencerahkan kulit

* Menyamaratakan tona kulit

* Kulit berseri merah jambu

* Mengawal pengeluaran minyak berlebihan

* Memberi perlindungan UV


* Melembutkan dan menghaluskan kulit

* Melicinkan kulit

* Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit.

Sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan wajah, turut diperkenalkan produk terbaru iaitu Krim BB Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty.

Okay, so korang yang ada masalah kulit kusam bolehlah try Safi Fair Beauty. Mana tahu serasi dan Sis dah cuba selama sebulan. Hasilnya, tak mengecewakan!