Guardian Wellness Retreat

Awal Oktober lalu, Sis join, Wellnes Retreat yang dibuat untuk para media dan juga blogger anjuran Guardian Malaysia. Destinasinya ialah di Philea Resort And Spa Melaka.



Kenangan 2 hari satu malam yang penuh dengan aktiviti dari siang hingga ke lewat malam masih kekal di ingatan sehingga ke hari ini. Biarpun kepenatan itu hampir seminggu baru hilang, namun keseronokan itu tak boleh Sis nafikan.



Selain dapat kenal dengan rakan-rakan media dan blogger baru,aktiviti yang disediakan langsung tidak membosankan. So, tak der ler rasa ‘sangap’ atau nak cepat balik ke bilik! Hahahhaa… hahha… Terasa penat sikit tu sebab aktiviti terlalu padat, memang tak berkesempatan langsung nak lepak-lepak, golek-golek ataupun merehatkan diri di dalam bilik Villa yang cantik itu.

HARI PERTAMA
Pagi-pagi sekitar jam 8.15 dah sampai kat Giant Seksyen 13, Shah Alam. Mujurlah tak jauh mana pun dari rumah Sis, so tak adalah terkejar-kejar sangat.Sepanjang perjalanan dalam bas, Sis macam biasalah memang tak tidur.Melayan perasaan gitew hahhaa...
Bila sampai di Philea Resort And Spa Melaka, Sis terpegun jugaklah.First time datang sini dan suasana yang dikelilingi dengan pemandangan alam semulajadi memang Sis suka! Hehehhe….



Sampai-sampai jer terus diadakan sesi briefing. Selepas tu bermulalah aktiviti yang cukup padat, tetapi amat menyeronokkan tu.
Welcome note drpda orang kuat Guardian-Guardian Malaysia's Head of Skincare Ms Sheryn Soo
Passport Challenge -Sepanjang dua hari tu, ada task yang perlu disettlekan. Banyak weyy... 
ICE BREAKER WITH BIOESSENCE & PANTENE
Aktiviti pertama kami. Pilih jangan tak pilih, mana satu yang sesuai dengan rambutmu... 
Setelah diberikan penerangan tentang produk ini, kita orang diminta berkongsi cerita dan juga pandangan tentang produk Pantene yang mampu merawat masalah rambut.Biasalah kan masalah rambut berkelemumur, kegatalan kulit kepala, rambut kusut, kusam leper dan sebagainya, semua tu boleh diatasi dengan Pantene.

Teka produk Bio-Essence dalam balang, dan kamilah pemenangnya. Yeaayyy.... 
Kemudian, bercerita pula tentang penjagaan kulit dengan Bio-Essence.Bagi yang dah try produk ini, pastinya tahu kebaikan dan keberkesanannya. Hari tu, kita orang juga diminta meneka kuantiti produk Bio-Essence yang terdapat balang. Hahhaa… tak sangka jugak Sis, tekaan Sis tu tepat. Ada 16 botol gitew!

LUNCH BREAK & SERAH KUNCI BILIK
Menginap di sini.... Pavillion Room. Bilik Sis kat atas tu! 
Makan tengahari, kami menjamu selera di Cravo Cravo
Masuk-masuk jer bilik dah ada hadiah yang menanti daripada Guardian Malaysia. Tqvm:)

THE STORY OF OIL GARDEN





Masing-masing khusyuk mendengar penerangan tentang produk organik Oil Garden 
Sempat juga berposing hahha... 
Selepas menjamu selera, kita orang diberikan penerangan pula tentang kehebatan produk organik yang dibawakan oleh Byron Bay Australia iaitu Oil Garden.Yang bestnya, kita berpeluang untk mencuba sendiri produk-produk penjagaan kulit ini. Memang bagus dan kalau korang nak cuba, boleh dapatkannya di Guardian tau.

ENCORE MELAKA
Selepas tu terus balik ke bilik dan bersiap-siap untuk ke Encore Melaka.Sis pun excited sebab tak pernah sampai ke sini. Teruja betul nak tengok sendiri persembahan teater yang dikatakan cukup hebat itu.Tapi, sebelum tengok konsert kita orang ada satu lagi task yang perlu dipenuhi daripada L'Oreal dan Maybelline.
Sampai-sampai jer terus bergambar...
AN EVENING TO IMPRESS WITH L’Oreal & MAYBELINNE
Sebelum tengok konsert kita makan malam dulu!!! 

Aliza Sara, pemenang untuk aktiviti ini. 

ENCORE MELAKA THEATRE SHOW



Show hebat, kalau ada peluang memang nak tengok lagi!! Kita orang duduk kat Premium Seat, yang harganya RM228.00





Persembahan yang memakan masa satu jam setengah tu begitu mengujakan. Sebagai rakyat Malaysia, korang kena tengok dan pasti akan rasa bangga.

HARI KEDUA
Penuh cabaran gitew, sebab awal pagi lagi kita orang dah kena berkumpul berhampiran dengan kolam renang untuk acara senaman bersama dengan Jurulatih Kesihatan, Joanna Soh. Disebabkan dah lama tak melakukan senaman sihat macam nie, 'pancit' jugaklah Sis dibuatnya.

MORNING WORKOUT WITH JOANNA SOH
Senaman dan regangan badan punya banyak manfaat untuk kesihatan badan. So, janganlah kita malas bersenam hihii... 


Selesai cabaran bersenam, bergambar lagi! 

HEALTH&WELLNESS 101 SESSION WITH JOANNA SOH
Selepas aktiviti bersenam, diadakan pula penerangan tentang pemakanan dan diet yang betul

                        Aktiviti Edible Terrarium. Dah terror dah untuk membuatnya... 


Untuk membuat Edible Terrarium kita orang diberikan produk Nature's Heart. Sedap sangat! 
Lepas bergambar nie, kita orang terus balik ke bilik, mandi dan check out. 

REFRESH WITH APRIL SKIN



Antara aktiviti paling best sepanjang dua hari tu. Kita orang diperkenalkan dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit April Skin. Bukan tu jer, kita orang siap kena buat 'flower crown'. Sis macam biasalah, bab menda-menda macam nie memang 'keras tangan' dan tak kreatif langsung. Hahhaa... Tapi menjadi jugaklah walaupun pada hakikatnya memang tak lawa pun. Kih.. kih.. kih...

Lawa kan... memasing dengan flower crown hasil kreativiti tersendiri. 

Semua produk daripada April Skin nie, boleh didapati di Guardian tau.  

ANTARA AKTIVITI PENUH KENANGAN KAT BALLROOM SEBELUM BALIK...
A ‘QUICKIE’ WITH NIVEA DEO & MEN
Sembur jangan tak sembur... hahhaaa... 
Ainul Aishah dan Daler Yusof, Duta untuk Nivea Deo and Men
ANNIVERSARY BEAUTY BASH WITH HADA LABO,DOVE, SILKYGIRL & GUARDIAN

Pernah cuba produk Hada Labo? Ramai yang kata ianya bagus mampu meratakan warna kulit, mencegah kulit muka daripada kekeringan dan membuatkan kulit wajah lebih anjal serta nampak segar. 
Produk penjagaan badan dan kulit daripada Dove. Sis dapat Hand Cream nie, ok sangatlah sebab kulit Sis nie memang jenis kering. 
Produk cantik daripada Siklygirl 
Game yang dibawakan oleh Silkygirl nie paling gamat!!! 
Kalah menang adat bertanding... siapa yang menang, dah tentulah dapat habuannya kan... 
Acara sebelum penutup yang memang cukup gamat. Mana taknya, masing-masing mahu menyiapkan task yang diberikan, Guardian's Wellness Passport Challenge.Sebab diakhir acara tersebut akan diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang dah berjaya menyiapkan task tu. Walaupun tak berjaya, tapi Sis tumpang gembiralah pada kengkawan yang berjaya tu. Kita orang semua enjoy!!
Sebelum berpisah, rakamkan kenangan... semoga berjumpa lagilah ya... 
Itulah antara rentetan kenangan selama dua hari.Terima kasih tak terhingga buat Guardian Malaysia yang sudi menjemput Sis untuk turut serta dalam program nie. Oh ya, sebelum berpisah Sis nak bagi tahu korang semua sempena Guardian 51th Anniversary Celebration nie, sepanjang Oktober nie jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Guardian tau.Boleh jimat tau sebab ada diskaun hebat untuk produk-produk terpilih. Ada masa tu, jenguk-jenguklah ya.

Sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Bye.
Lurve,
Sis Anie Mohamed