RESEPI CUCUR AYAM BUDDIES

Ada sesiapa yang pernah atau rasa cucur ayam pasta buddies tu? Tak pun dah try buat?
Sis baru nak cuba resepi yang dikongsikan oleh Tukang Masak Cilik, Danish Harraz. Enak tak enak, belum tahu lagi, tapi ada beberapa orang member Sis yang dah try, kata mereka, ‘heaven’. Kena cuba jugak nih!

So, saper-saper yang nak try bolehlah tengok resepinya kat sini. Resepi enak nih untuk sesi keluarga.Anak-anak lagilah suka kot.
Boleh pilih nak guna yang mana satu.... Campur kedua-duanya pun boleh... 
RESEPI CUCUR AYAM BUDDIES
Bahan-Bahannya:

1 pek pasta Prego Buddies (dimasak seperti arahan yang tertera di pek dan toskan)

Sos Prego Tradisi 300g

2 keping dada ayam (dipotong dadu)

¾ cawan tepung gandum

2 cawan parutan cheddar cheese

3 biji telur ayam(saiz besar)

½ cawan hirisan daun bawang

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam secukupnya

3 sudu kecil minyak masak.


Nota: Boleh ditambah cili padi yang dihiris nipis untuk yang suka pedas.





Cara-Cara Penyediaan:

1. Masukkan Pasta Prego Buddies yang siap direbus, dada ayam yang telah dipotong dadu, tepung gandum, parutan cheddar cheese, mayonis, telur, hirisan daun bawang, garam halus dan juga serbuk lada hitam ke dalam bekas. Kacau semuanya sehingga sebati dan biarkan selama 5 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat dengan api sederhana. Masukkan adunan menggunakan sudu ke dalam kuali dan ratakan dengan sudu menjadi bulatan selebar 3 inci.

3. Ulang yang sama sehingga kuali agak penuh. Semasa proses menggoreng, tekan sedikit bahagian atas cucur. Gorengkan selama 5 minit atau sehingga warna menjadi keemsan di kedua-dua bahagian.

4. Letakkan cucur yang siap ke dalam pinggan. Hidangkan dengan Sis Prego Tradisi.




Nota: Cucur ayam ini boleh dibuat dan dibekukan dan dipanaskan di dalam oven ketuhar gelombang mikro bila hendak dimakan. Cucur juga boleh dijadikan daging burger untuk burger ayam ataupun digunakan untuk Sandwich Keju Bakar!

Okay, selamat mencuba tau dan jangan lupa komen nanti ya kalau dah buat.

Jumpa lagi di catatan akan datang. Tata.

Dea Marissa sebenarnya dah tak sabar nak suruh momma masak Cucur Ayam Buddies nie... hehehe...  
Lurve,
Sis Anie Mohamed