Dutch Laday PureFarm


Korang suka minum susu tak? Lagi-lagi bila time breakfast. Actually, Sis bukan penggemar susu. Rasa nak muntah kalau dipaksa minum susu putih atau susu segar. Tapi susu Dutch Lady nie lain macam sikit. Sedap pulak! Hahhaa...


Minum susu pada pagi ha­ri dapat menambah energi serta mening­kat­kan aktiviti ketika bekerja/belajar 

Lagipun mengenangkan usia makin senja, keperluan susu nie sangat penting. Mahu tak mahu, kenalah juga jadikan tabiat minum susu sebagai daily routine macam anak-anak Sis. Dorang kat rumah nie memang ‘hantu’ susu Dutch Lady PureFarm terutama yang Full Cream Milk.’
Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi sumber nutrient yang tinggi, antaranya protein, kalsium, vitamin A vitamin D dan juga Vitamin B2.
Mulakan hari korang dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! 
SUSU SUMBER KALSIUM DAN PROTEIN TERBAIKMujurlah anak-anak Sis, tak liat macam Sis nak minum susu. Sekurang-kurangnya dorang dapat kebaikan atau khasiat penuh dari susu.Lagipun protein dan kalsium yang terdapat pada susu akan membantu mengoptimalkan pertumbuhan tulang dan gigi terutama pada anak-anak yang sedang membesar.



Minum susu ni bukan setakat menjaga tulang supaya tetap sihat dan kuat, tetapi susu juga membantu pertumbuhan dan perkembangan anak secara keseluruhannya. Bagi Sis, susu adalah salah satu sumber protein dan kalsium terbaik.

Secara tak langsung pengambilan susu turut mempengaruhi tinggi badan anak-anak. Hehehe… maklumlah Sis kan rendah, tapi bila tengok anak-anak semakin meninggi, dengan khasiat susu sedikit sebanyak Sis percaya dan yakin pengambilan susu secara rutin sangat membantu.

Untuk orang-orang berusia macam Sis, susu kaya dengan kalsium dan dapat mengurangkan risiko osteoporosis dan hipertensi. Di samping itu, dapat mengurangkan pedih ulu hati yang mana pengambilan susu ini dapat meneutralkan asid di dalam usus.

RUTIN BERSARAPAN PAGI DENGAN DUTCH LADY
Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

1. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;

2. Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;

3. Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;

4. Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;

• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.
Segelas susu masa breakfast cukup untuk memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh tubuh.
Segelas susu dan dua keping biskut oat untuk breakfast

Segelas susu dan bijirin
Segelas susu dan dua biji pisang cukup memberikan Sis energi ketika bekerja. 
Segelas susu dan nestum dan racikan pisang 
Salah satu cara untuk mence­gah kera­puhan atau kereputan tulang dan menyihatkan gigi adalah me­minum susu secara teratur 
Minum susu memberikan sejuta kebaikan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Jadi, rugi besar kalau kita mengabaikan kebaikan meminum susu yang sangat elok ini.

Chop! Sebelum tu nie ada berita baik...

JOM SERTAI PERADUAN SARAPAN PAGI #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Okay, sekian sahaja catatan Sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tatataa…

Setiap hari ketika bersarapan pagi, Dea Marissa mesti minum susu.Susu menguatkan tulang dan gigi ser­ta membantu tumbesaran anak-anak. 
Lurve,
Sis Anie Mohamed