Kulit Muka Rosak

Bukan sedikit produk-produk kecantikan wajah, terutama pemutih muka berlambak di pasaran yang boleh merosakkan kulit muka membuatkan kulit muka nampak seperti terbakar, bertompok-tombok hitam dan sebagainya. Ketahui cara merawat kulit muka rosak dengan mudah dan berkesan dengan SKII

Check it out!



Kali ini sis nak ceritakan pengalaman kali pertama guna produk SK-II yang mengandungi Pitera. Produk inilah yang mana telah menyelamatkan muka Sis daripada terus ‘jahanam’! Selama ini Sis tak pernah mengalami masalah kulit muka rosak, sampailah terjadinya mimpi ngeri itu dalam hidup Sis.

Apapun, Sis bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat mencuba, tiga produk penjagaan kulit wajah SK-II yang Sis rasa bagus dimiliki oleh setiap wanita yang mahu mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Lagi-lagi yang ada masalah kulit wajah dan yang umur makin tua, makin kertu macam Sis nih. Huahuauau…


Gambar Hiasan: Sumber Google 

Macam yang Sis ceritakan dahulu, kulit wajah Sis pernah bermasalah yang boleh tahan teruknya. Semua nie gara-gara terpengaruh dengan cadangan member, pakai local product untuk mendapatkan muka yang putih dan nampak flawless. Katanya, muka Sis nampak kusam, nampak macam orang sakit jer.Dia pun syorlah brand yang dia pakai tu.

Mula-mula Sis tak mahu, tapi lama-lama tu entah terpengaruh jugak bila tengok mukanya nampak licin dan lawa. Hahaha… Actually, muka Sis tak pernah nampak elok pun dengan produk yang disyorkan tu. Sebaliknya, semakin hari semakin ‘jahanam’adalah.Sis pun makin sakit hati, bila ramai yang tegur, apasal muka bertompok-tompok hitam, macam rentung terbakar?

Bila Sis tanya member, Why macam tu? Dia kata, mula-mula memang macam tu, nak serasi. Lama-lama nanti okay. Kau pakai jer....Hurmm... Sis pun, iyaa -iyakan jer dan teruslah pakai.

Lama-kelamaan kulit muka rosak menjadi semakin teruk.Balik kampung, family pun tanya menda yang sama.Nangis weeyyyyy…. Hahahah… Sayangnya tak ada sekeping pun gambo yang sempat Sis simpan time muka buruk tuh! Huuhu, tak sanggup nak bergambarrrrrr, alergik kamera hahahaa…dan tak suka nak keluar rumah dengan muka buruk tu!

Kena marah? Ahahaa… of coz la sebab gatai-gatai pakai produk yang sebegitu rupa. Nama jer lulus KKM. Hissh memang pedih bila ingat saat tu…Actually ambik masa lama juga untuk kulit Sis nak recover balik.

Time tu, memang tak guna apa produk, sebaliknya kembali pada cara Sis jaga muka dulukala. Tepek dengan tomato, tepek dengan yogurt + madu, tepek dengan beras pulut blender sekali dengan kulit kayu manis dan macam-macam yang seangkatan dengannya… cara tradisional.

Baca Juga: Lulur Beras Buat Kulit Jadi Awet Muda



SK-II PENYELAMAT!

Di saat gundah gulana itu lah Sis diberikan kesempatan untuk merawat muka dengan produk keunggulan produk terunggul SK-II, Facial Treatment Essence yang mengandung PITERA™ lebih dari 90%, Facial Treatment Clear Lotion dan juga R.N.A.Power Radical New Age. 

Inilah 3 cara yang Sis gunakan secara konsisten untuk merawat semula muka Sis yang ‘terbakar’ tu. Sis pernah cerita pasal kehebatan pelembab R.N.A.Power Radical New Age nie dalam post yang lepas.

Dah dekat setahun Sis guna kat set nih, dan allhamdulillah semakin hari kulit wajah Sis semakin ok. Nak kata flawless ‘giler babi’ tu tak adalah dan semua tu dah tak penting lagi.

Sis cuma nak kesan rentung tu nyah daripada kulit muka Sis dan biar ia kembali nampak bersih dan sihat. Walaupun tak sepenuhnya pulih, tapi okay dan Sis bersyukur sangat sebab kesan-kesan rentungan tu tak adalah ketara sangat nampaknya. Tepek-tepek dengan bedak, foundation dapatlah disembunyikan sikit-sikit.Huhuhu…

Okaylah, tak nak cerita pasal tu lagi, sebab Sis nak Si share adalah keberkesanan, kelebihan dan cara nak pakai SK-II, Facial Treatment Essence, Facial Treatment Clear Lotion dan juga R.N.A.Power Radical New Age yang betul. Kot-kot korang yang ada masalah kulit wajah, 'terbakar', 'breakout' dan sebagainya bolehlah try set ini.Mana tau serasi dan dapat memulihkan kembali wajah korang yang dah rosak tu.




CARA PERTAMA:
1. FACIAL TREATMENT CLEAR LOTION (FTCL)Sis pakainya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Lepas bersihkan muka dengan pembersih wajah, barulah Sis pakai Facial Treatment Clear Lotion nih.

Facial Treatment Clear Lotion adalah toner (penyegar).
Pemakaiannya sangat penting membantu menghilangkan lapisan sel-sel kulit mati dan melancarkan pergantian sel-sel kulit di permukaan wajah.



Jadi, dulu masa muka Sis teruk tu, satu kapas tu memang jadi hitam. Sel-sel kulit mati tu terkeluar atau tertanggal sedikit demi sedikit.
Lepas pakai Facial Treatment Clear Lotion kulit muka akan terasa lebih fresh dan ringan sebab muka kita dah bersih. Biasanya ada sesetengah toner yang kita pakai tu, buat muka kita rasa macam tegang atau pedih semacam. Tapi Facial Treatment Clear Lotion nie langsung tak. Sebaliknya, rasa bersih, selesa jer. Cuma sebab ada kandungan Pitera tu, baunya tu kuranglah sedap sikit huhuhu…
Kebanyakan produk SK-II memang ada Pitera. Dalam Facial Treatment Clear Lotion pun ada Pitera yang mengandungi vitamin, amino acids, mineral dan organic acids yang mampu meremajakan kulit secara optimum.

CARA PENGGUNAAN:
A. Mula-mula, basahkan kapas tu dengan Facial Treatment Clear Lotion dan lepas tu sapukan ke bahagian zon T muka, terutama di kawasan yang berminyak.

B. Setelah tu sapukan pula dari dagu ke arah rahang dan pipi.
C. Akhir sekali sapukan dari bagian bawah hingga atas leher.

Take Note: Elakkan menyapu atau terkena kawasan mata yang mana kulit di bahagian ini amat sensitif.



CARA KEDUA:
2. FACIAL TREATMENT ESSENCE (FTE),

Selalunya lepas pakai SK-II Facial Treatment Clear Lotion, Sis tak adalah tunggu lama untuk pakai Facial Treatment Essence (FTE) sebab ia cepat meresap.
Nie Sis nak cerita masa pakai Facial Treatment Essence(FTE). Dua minggu pakai,memang Sis macam gerun jugaklah. Perasan mula rasa semacam,bila tengok muka kat cermin nampak gelap semacam. Memang rasa macam nak stop, tapi bila tanya member yang memang pengguna tegar SK-II, dia kata tu efek FTE yang sedang membersihkan segala kotoran muka dari dalam, dari dasar kulit muka. Maklumlah rentungan dulu tu agak teruk, kan…
Lama-lama tu, berkat kesabaran… berkat konsisten menggunakan set produk nie, kesengsaraan Sis melihat muka sendiri pun berakhir. So, Sis percaya keupayaan FTE ini memang berkesan dan membantu mencerahkan kulit muka yang rentung tu! Memanglah tak hilang serta-merta atau sepenuhnya, tapi perubahan demi perubahan tu Sis nampak dengan jelas.

Sis notice, tekstur kulit muka kini lebih rata dan nampak sihat. Kalau pakai foundation atau bedak tu, lebih smooth. FTE nie turut mengandungi Pitera yang mencerahkan kulit kerana terdapat asid organik, berfungsi menanggalkan sel-sel kulit matid an memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit. Secara tak langsung vitamin-vitamin lain yang terdapat di dalamnya turut membantu kulit wajah agar menjadi lebih sihat dan cerah.
Sis memang pakai FTE dengan kapas dan lepas tu ‘tepuk-tepuk’ kat muka atau tekan-tekan lembut kat kulit supaya semua Pitera tu masuk ke dalam pori-pori kulit dengan sebaiknya. Wahh… gitew.. Barang mahal, kan kenalah digunakan dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan result yang bagus.
Dan kalau korang nak tahu produk SK II Facial Treatment Essence(FTE) nih adalah produk yang mengandung Pitera tertinggi iaitu 90%, di antara produk-produk SK- II yang lain. Jadi, terus-teranglah Sis cakap, bau FTE nih sangatlah ‘mengancam’ hidung. Ahahaha… ala-ala bau 'hancing' masam. Kih.. kih.. kih.. Tapi, sebab nak muka Sis nih ok balik, tahannnnnnnnn jer lahhhhhh!!!!



CARA PENGGUNAAN:

A. Basahkan kapas dengan Facial Treatment Essence (FTE)

B. Sapukan dengan lembut pada muka dan leher selama satu minit.

C: Gunakan bahagian sis kapas belakang dan ‘tepuk-tepuk’ perlahan-lahan muka serta leher sehingga FTE tersebut meresap.



CARA KETIGA:
3. R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE

Lepas pakai FTCL dan FTE, barulah Sis pakai pelembab nih. Sis tak nak cerita panjang-panjang sebab Sis dah cerita hari tu. So korang boleh baca balik story Sis tentang R.N.A.POWER RADICAL NEW AGE nih. Cara penggunaan pun ada Sis share.
Memandangkan muka Sis ketika itu rentung terbakar penggunaan pelembab anti-aging nih sangat-sangat membantu untuk Sis mendapatkan kembali keremajaan kulit. Secara tak langsung ia turut membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, lembut dan berseri.

Garis-garis halus yang dahulunya menebal, semakin berkurangan dan dapat disamar sikit laaa… hahahhaa…Begitu jugalah dengan tompok-tompok hitam terbakar tu.




Apapun semua tu bergantung pada keadaan kulit muka korang ya. Ada yang boleh serasi dengan sesuatu brand. Lagipun biasalah tu, kita semua mempunyai keunikan kulit muka masing-masing. Kebetulan Sis serasi dengan produk SK-II nie, jadi allhamdulillah.

Lepas dah habis nie, bersiap sedialah mengeluarkan bajet untuk membelinya. Huhhuhu… Atau ada sesiapa yang boleh rekomend kan Sis, apa lagi yang set penjagaan wajah yang elok Sis cuba pakai selepas ini? Share ya…

Oklah, panjang sangat cerita Sis kali nie. Harap tak bosan membaca dan bermanfaat untuk semua. Ingat tau, jangan cepat terpengaruh produk-produk kecantikan yang belum tentu bebas bahan kimianya walaupun dah ada KKM! Nanti habis kulit muka rosak, hilang nak lawa... nak putih macam Sis hahaha.... Serikkkkkkk dahhh weyyyyyy!!!





Tatata…
Lurve,
Sis Anie Mohamed